Sunday, 22 February 2026

KE NAT RABU :PERSIAPAN NAK SAHUR HARI PERTAMA

Kat utara terutama Kedah & Perlis masih wujud pekan sehari atau disebut " pekan nat".

Kalau pekan sehari tu hari Sabtu disebut " nat Sabtu" kalau hari Ahad disebut " nat Ahad" .Begitulah juga hari hari lain akan disebut nat mengikut nama hari.Pekan sehari ni antara nostalgia yang pastinya menjadi  salah satu kege.biraan zaman kanak -kanak bagi kabanyakan warga kelahiran 1990-an dan sebelumnya.Saya warga kelahiran 70-an,memang menjadi satu kebahagiaan zaman kanak-kanak bila dapat ikut mak ke pekan nat Sabtu @ Pendang.Tapi dek kerana kami tinggal jauh dipedalaman,lebih 20 km  jaraknya dengan pekan Pendang,maka jarang sangat dapat ke pekan nat.Rasanya seingat saya sejak kecil hingga sepanjang sekolah rendah tak sampai 10 kali dapat ikut mak ke pekan nat Pendang.Maklumlah,bukan ada kenderaan nak keluar.Jalanraya pun takda kat kampung sehingga tahun 1990-an baru ada mini tar.Itupun kena jalan kaki atau berbasikal hampir 10 km baru jumpa jalan raya yang ada perkhidmatan bas.Dapat naik bas ,happynya macam dapat naik belon udara panas.Asyik nak jenguk keluar tingkap.Berdebar nak tekan loceng takut tak bunyi & takut bas tak berhenti..Mungkin kerana jarang dapat pergi tu yang menjadikan ianya kenangan berharga yang masih dikenang hingga kini..Kata orang kampung " Less Is More.." ...hihihi


Kini pekan nat  Sabtu kat Pendang  tidak lagi semeriah dahulu kerana telah ditawan oleh Pasar Kemboja @ Pendang yang menjadi "syurga" kaum wanita pada setiap hari JumaatLagipun sekarang nak dapatkan barang dapur dan barang basah tidak lagi bergantung sepenuhnya pada pekan nat ,sebaliknya ada banyak pilihan pasaraya yang menjadi pusat sehenti untuk aneka barangan.


Namun masih ada sebuah lagi  pekan sehari berhampiran yang masih meriah hingga kini.Terletak hanya sekitar 3KM dari Pekan Pendang iaitu Pekan Nat Rabu @ Pekan Tanah  Merah Pendang.Ni bukan Tanah Merah Kelantan..tapi Tanah Merah,Pendang yang merupakan sebuah pekan kecil berdekatan pekan Pendang.Beroperasi setiap Rabu seawal 8.00 pagi hingga 12 tengahari.Kalau dulu pekan sehari memang seharian dari pagi hingga petang,tapi sekarang kebanyakan hanya separuh hari sahaja.


Pekat Nat Rabu Tanah Merah ni saya hanya berpeluang pergi bermula  tahun 1990-,an .Sebelum tu tak pernah pergi.Dah kerja ada motor baru pi.hihihi...Hinggalah kini,kalau berpeluang balik Kedah & kebetulan hari Rabu,memang saya & Achik akan pi bersama..Latates kami pi pada hari Rabu beberapa lepas iaitu sehari sebelum puasa.Ada yasa kongsikan video ke Pekan Nat Rabu Tanah Merah tu


Jom tengok apa yang ada di Pekat Nat Rabu Tanah Merah..
Nampak merah menggoda memang buah....
Buah tomato...hihihi
Kat KL beberapa minggu lepas kemain mahal...sekilo cecah RM15...Minggu lepas turun sikit harga 1kg RM8
Ni kat nat Rabu ni sepinggan RM5
Saya beli sepinggan...



Tembikai tengah murah sekarang...Sepanjang jalan gerai tembikai ...Ada yang RM0.99 /kg







Mempelam agak mahal sekarang.Di KL pun minggu lepas beli memepelam water lily yang biasa RM3/kg pun sekarang RM7.99 /kg
Kat sini pun sekitar harga sama..mungkin bukan musimnya



Tapai daun getah...
RM8/10 pcs
Dulu tak pernah nampak tapai yang dibungkus daun getah.Biasa orang bungkus guna daun pisang,daun keladi,daun rambai & kalau kat kampung sayan paling famous tapai dibungkus daun medang.Daun medang tu macam daun ketalang tapi permukaan lebih kasar.
Saya beli juga 10pcs...tapi jujurnya saiz terlalu kecil...hanya sebesae 1 sudu kecil untuk 80 sen harganya.Tapi buatannya  kemas dan bersih.


Tapai daun pisang....RM7/10pcs..
Yang ni memang sedap sangat.Manis dan saiz setiap pc macam nasi lemak RM1.Ni kali ke-2 saya beli pada saler yang sama.1st beli .kat Pasar Malam sini juga hari Ahad 
Tapi sebab saya dah beli tapai daun getah  dulu baru nampak tapai yang ni.Maka beli je kedua-duanya.





Kebanyakan pengunjung sini yang separuh baya dan yang berumir..Kebanyakan juga seumur saya dan sedikit muda serta yang lebih berusia daripada saya..Mungkin yang datang ni selain nak cari kepetluan,ada juga yang sekadar nak mengutip sisa sisa kenangan yang tertinggal dulu...hihihi



Pisang...sepinggan ni RM10...buah besar besar...ada yang 2 sisir dan ada yang lebih,bergantung saiz agak nya.Saya hanya beli pisang hujung sana yang sedikit kuning tapi  masih ada hijau tu...pisang awak namanya....plan nak goreng..
Juga beli sebiji betik mengkal yang masih keras konon nak buat somtan...


Limau lokam mini tu RM10 /pack


Tudung sarung RM10...saya beli juga 2 pcs buat pakai harian time orang datang rumah ke @ time nak gi buang sampah bagai..Sebelum ni tak pernah pakai tudung sarung sebab tak sesuai muka saya...tapi kali ni beli jugak sebab rasa macam payah betul time orang datang rumah,kalau nak buka pintu  J&T hantar barang bagai jenuh nak pakai tudung bawal...Lantak pi lah tak sesuai dwngan muka pun..yang oenting senang nak sarung celat-cepat.Tapi nak pi kerja saya belum yakin nak pakai tudung sarung...hihihu



Asam gelugur aka asam keping melambak....sepinggan rm5
Amik juga sepinggan & seketul asam jawa yang dah buang biji..
Pasti sampai hari ni saya taktau mana pi kedua jenis asam tu...Saya tak ingat mana sata letak...mungkin dah terbuang....huhuhu



Maman segar....beli 2 ikat RM5....
Nanti saya share resipi yang Achik masak..
Gulai Lemak Cili Api Maman +Udang...Sedap sangat walaupun tanpa dijeruk terlwbuh dahulu...
Suasana di Pekan Nat Tanah Merah ni  ada saya share video pendek  kat



Tapi paling best sebenarnya kalau datang sini banyak pilihan ulaman kampung dan seafood segar....Cuma dek kami datang lewat dah pukul lebih pukul 10 pagi...ditambah pula dengan ramainya manusia memborong segala ikan...udang...sotong bagai...
kami tidak berlama di sini.Taktau pasai pa semua tu habis licin..Penjual semua tersenyum lebatr....tak sampai 3 jam berjualan depa dah berkemas kerana nualan sudah habis....Nasib baik juga kami dah ada stok daging segar baru beli untuk persiapan lauk sahur...


                           kredit pic : https://www.facebook.com/share/1AjXWnEy3s/
Ni pandangan dari atas suasana Pekan Sehari Nat Tanah Merah (mungkin guna dron ) yang saya dapat dari FB (ada saya share link..Tak kenal pun pemilik akuan FB ni...tapi saya pinjam gambarnya kerana nampak beliau selalu update tentang pekan sehari di Kedah..

2 comments:

  1. Meriahnya nat. Geram tengok pisang ranum tu...sedap buat lempeng, buat pengat, buat kek....

    ReplyDelete
  2. Jarang dah jumpa pekan sari yang meriah. Kat Lipis ni tak meriah dah. Tak macam dulu. Maman tu buat jeruk sedap.

    ReplyDelete