Masak Kelupis vs Kuah Kacang Daging
Saya pilih daun ang kecil -kecil..Ada juga daun lerek jenis besar sebesar daun anak pukuk pisang..Yang tu biasanya depa buat Lemang daun Lerek..
KELUPIS
1 kg pulut susu
1 kg santan pekat
3 cawan air
1 sudu makan(1 sudu rata) garam halus
1 sudu makan gula pasir
1 helai pandan
20-30 helai daun nyirik
1. Basuh beras pulut & toskan dalam tapis
(untuk hasil lebih kenyal, rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam) Tetapi boleh
sahaja masak tanpa rendam
2. Campur santan & 3 cawan air & masak hingga mendidih. Sebaiknya guna
kuali supaya mudah nak kacau
3. Tambah pandan, garam & gula
4. Masak sambil kacau supaya tidak meruap. Masak anggaran 1/2 jam hingga nampak
santan agak pekat & nampak berminyak.
5. Masukkan beras pulut yang sudah ditoskan.
6. Kacau tanpa henti hingga santan semakin kering & pulut bersalut santan
dan sedikit melekit.Matikan api.
7. Bila agak sejuk,cedok 1 sudu besar pulut dan bungkus seperti
membungkus lepat.Ikat dengan tali agar tidak terburai ketika direbus.
8. Masukkan dalam rice cooker dan isi air hingga kelupis
tenggelam Rebus hingga air hampir kering.Angkat dan toskan.
KUAH KACANG +DAGING
½kg kacang tanah
½ kg daging -potong kiub
( rebus hingga empuk)
1 asam keping
1keping kecil gula melaka
1½ sudu teh garam
1 batang serai- ketuk
Bahan Blend:
30 cili kering( saya guna 1 cawan cili kisar)
1 bawang besar
3 bawang putih
segenggam ikan bilis bersih
1. Basuh kacang tanah dan masukkan dalam kuali bersama 3 sudu
minyak dan sentiasa kacau hingga kacang garing.
2. Angkat kacang dan biarkan suam sekejap & blend dalam blender basah + 3
cawan air hingga agak halus
3. Panaskan anggaran 1 cawan minyak dan tumis bahan blend Masukkan asam,garam
dan serai & masak hingga naik minyak
4. Masukkan pes kacang blend tadi dan gula melaka.
5. Masak hingga mendidih.Tambahkan daging rebus bersama air rebusannya.Masak
lagi hingga mendidih
6. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan supaya kuah naik minyak dan cantik
dan pekat
7. Sesuaikan rasa
kalau masuk dapur akak memang xsah kalau tak terliur,rajin sangat akak ni
ReplyDeleteKadang datang mood rajin...kadang ..kelauttttt...hihihi
DeleteCara masakannya hampir sama dgn ketupat palas dan lepat kan cuma cara bungkus dan daunnya lain. Apapun, peminat pulut mcm sy mesti suka.
ReplyDeleteKan...
DeleteRasa dia pun lebih kurang juga.Kalau kat Johor macam lepet daun kelapa tu jugak..Saya suka lepet daun kelapa
Rindu pula nak makan kelupis air tangan orang Brunei. Makan dengan sate Brunei aduhai.....!
ReplyDeleteKelupis Brunei ada kelainan tak cikgu?
DeleteDepa mesti lagi pakar sebab memang makanan depa kan
Biasanya kelupis orang Borneo dikukus.
DeleteWaduh sedapnya Mak Cella...
ReplyDeleteKuah kacang daging tu pun kemain dok lambai² nooo...
Saya la ni kalau ketupat palas & lemang pun suka cicah ngan kuah kacang tapi kuah kacang yang pekat la..pastu jangan terlalu manis..ish..sedap PH
Deletewaahhhh namanya Kelupis ye? kalau org Banjar ada juga buat pulut bungkus mcm tu tp disebut Pulut Pasung / Pulut Dakap selalu buat time raya eheee
ReplyDeleteSedapnyaaa...yang penting kena rajin bila mood dah sampai kan
ReplyDelete