Assalamualaikum rakan-rakan semua....Rindu nak bersembang di alam maya..Pada yang bertanya khabar terima kasih diucapkan kerana masih ingat pada saya..Harapnya kita semua akan kekal bersahabat hingga ke syurga..In shaa Allah..
Balik dari Sarawak lepas cuti Deepavali...diuji kesihatan tidak menentu.Alhamdulillah saya bebas penyakit darah tinggi,kencing manis dan sewaktu dengannya..tapi diuji demam on off.
Alhamdulillah dah sihat.Baru dapat kembali berblog..sambung cerita ke Kuching yang terhenti separuh jalan..hihihi
Kami semua suka dengan Sarawak..Persekitaran dan makanannya saya suka..Kalau boleh sebulan sekali nak pi Sarawak tapi sayangnya takda kapal terbang sendiri..hihihi
Ni kali ke empat saya dan anak jantan saya ke Sarawak..Tapi saya dah agak lama,sedangkan anak jantan tu awal tahun hari tu pun dia fly ke Kuching sengsorang dia untuk habiskan cuti tahun lepas.Cella & neneknya pula ini merupakan kali le tiga mai Kuching.Sayangnya kali ni family Achik tak dapat join.Kurang la sikit meriah..
Saya dan mak saya adalah peminat buah dabai..Asal ada sesapa ke Sarawak saya akan kirim buah dabai kalau kena musimnya...
Kali ni datang..buah dabai dah penghujung musim.
Tapi syukur Alhamdulillah,setelah dua hari mencari..hari ke-3 baru jumpa...
Kat Pasar Kubah Ria...
Hari Ahad dah datang tapi sebab dah tengahari,buah dabai dah habis.Esoknya Isnin datang lagi ..pun takda dabai dan pasar pun sunyi ja kerana Monday blues agaknya!
Hihihi...
Hanya kami empat beranak beria memilih buah dabai...Ada beberapa kumpulan pelancong dari KL dan Kelantan tertarik melihat kami memilih dabai tapi kemudiannya mereka berlalu pergi tanpa membeli..Mungkin mereka bukan peminat dabai..
Penjual ni bagus sangat..
Melayan kami dengan baik..
Tambahan pula hanya kami sahaja yang beria membeli...
Buah pun tak la segar sangat...Ada 3 gred sederhana dengan harga RM48/kg
RM38/kg,RM38/kg dan yang RM20/kg tu memang dah kecut benar..
Awal tahun hari tu anak jantan tu beli RM50/kg
Kalau 10/15 tahun dulu harga ni rasanya dah boleh dapat gred A..
Saya dan mak borong juga beberapa kilo yang RM45/kg dan sekilo RM38 tu..Keseluruhannya RM250++ juga berhabis borong buah dabai..
Kat area KL ni kadang kalau kena musimnya di Sarawak ada juga yang jual kat Pasar Borneo @ Seri Kembangan.Katanya harga sekilo sekitar RM70-RM85...Logik la kan sebab buah rare yang takda kat semenanjung ni...
Mengambil iktibar sebelum ni,banyak buah dabai yang bawa balik semenanjung jadi rosak..Kali ni kami minta penjual tu bungkuskan..Dari pembacaan saya katanya kalau nak tahan la kena bungkus buah dabai dersama daunnya dan kalau boleh cari dabai yang masih ada tangkai...
Tapi penjual ni cakap daun dabai tak ada ,jadi beliau hanya bungkus dengan surat khabar beberapa lapis.
Habis bab borong buah dabai
Mak nak beli Terubuk Masin..Dulu tahun-tahun 80-an & 90-an bila dengar ada sedara mara pi Sarawak..mak selalu mengharapkan la ada yang bagi sepotong dua ikan terubuk masin Sarawak...
Hidup ini putaran roda...Alhamdulillah masuk tahun abad 21,Allah kurniakan rezeki beberapa kali juga dapat jejak kaki ke Bumi Kenyalang..Setiap kali datang mak pasti beli ikan terubuk masin walaupun bukan makan tera mana pun...hihihi
Cella dengan muka penat jadi model "brief case UITM"..
Dulu penjual terubuk masin selalu sebut kat Sarawak banyak UITM...
Bukan Universiti Teknologi Mara ye..
Tapi Usahawan Ikan Terubuk Masin...hihihihi...
Habis bab terubuk...
Nampak pula buah kristal...Pun antara buah yang polular tapi sangat jarang jumpa kat semenanjung...
Ada dua jenis buah kristal yang kami jumpa..
Kristal hijau dan kristal hitam.
Kat Kubah Ria ni kami jumpa kristal hitam saja...RM12/kg
Semalamnya tu kami jumpa kristal hijau..RM10/kg sahaja
Tapi hari ni pi cari dah takda...
Mak saya suka kristal hijau yang kata mak lebih sedap..
Borong jugak la 5kg buah kristal ni..
Daripada congak2 lugage 28kg...
Suruh anak jantan tu booking tambah lugage lagi 16kg...
Karang ada yang kena tinggal buah dabai & buah kristal ni kat air port kang..hihihi
Penjual ni pun peramah dan layan kami dengan baik.Siap kupas kupas buah suruh rasa dan suruh makan saja kalau nak makan dia tak kira harga...
Selain buah kristal...ada juga buah tampoi...
Dah lama tak jumpa buah tampoi...Saya suka buah tampoi..
Yang besar sikit tu sekilo RM 10 Yang kecik sikit sekilo RM8..
Beli juga 2 kg...Tampoi ni kulit ja tebal..isinya lebih kurang besar isi buah dokong ja
Buah tampoi...
Buah tampoi ni kami buat makan dalam kereta ja..sebab rasa tak berbaloi nak bawa balik.Makan ruang beg tapi isi sikit.Baik isi ja dalam perut.
Ni buah engkalak...Kena rendam dalam air suam macam buah dabai jugak ni..Buah ni kalau yang suka memang sedap makan dengan nasi.
Saya tak beli.Tapi dulu dah pernah beli dan makan..malangnya taktau dimana silap atau mungkin saya yang alergi..bibir jadi gatal..
Kami beralih ke kios menjual aneka bahan makanan kering..
Kalau boleh semua nak diborong
Akhirnya capai juga sekeping dua belacan Bintulu...3kg gula apong..
Eh,nampak pulak tabaloi...kesukaan ni...kudapan daripada campuran tepung sagu rumbia yang diolah bersama kelapa gula dan garam ni memang sedap.Kali pertama makan tabaloi kira-kira 20 tahun yang lalu bila rakan sekeja dari Sarawak iaitu Francis Anak Uja berikan kepada saya.Dulu Francis kerja gomen macam saya tapi lepas tu katanya nak berhenti kerja makan gaji & nak balik jadi kontraktor kat Sarawak..Apa khabar lah Francis sekarang?
Tangan kiri kanan dah macam motor babu jual roti...penuh bergantungan macam macam bungkusan...Tapi ..saya lebih suka Pasar Satok dulu-dulu sebelum ada Kubah Ria ni..Walaupun sekarang lebih tersusun tapi Pasar Satok bagi saya lebih meriah dengan konsep pasar lambak.
Ini pandangan saya yang sesekali sahaja berkunjung ke Sarawak..Tapi mungkin pihak berkenaan ada alasan mereka sendiri ...Rakyat dan pemimpin Sarawak pasti lebih tahu.
Cuma kunjungan kami kali ini sedikit hambar.
Percaturan kami kali ini agak kurang menjadi kerana kami datang pada hari Ahad..Ditambah flight deley..sampai Kuching dah petang..
Tambah lagi...rupanya Sarawak takda cuti Deepavali..So Isnin tu merupakan hari bekerja permulaan minggu...Pekan Kuching tidak semeriah weekend dan hari cuti umum lain kerana warganya bekerja.
Makanya.....haruslah dalam hati nak datang lagi lepas ni kan...
hihihi...
Semoga Allah izinkan kami menjejak lagi kaki di Bumi Kenyalang ini..
In shaa Allah..
Pesanan saya ...kalau nak mai Sarawak dua tiga hari saja baiklah rancang dan pilih hari yang sesuai.
Jumaat,Sabtu dan Ahad adalah pilihan terbaik kerana pada hari tersebut ada pasar malam dan pasar pagi yang meriah.Kalau permulaan minggu seperti Isnin ,Selasa dan Rabu...payah nak jumpa pasar malam dan pasar pagi pun suam suam ja...hihihi
Ni video kat rumah KL dah ni...
Lihatlah longgokan buah kristal dan buah dabai ni....mana la tak berat lugage tu...hihihi
Untuk buah dabai dan kristal sahaja kami belanjakan RM300++...orang lain belanja beli musang king..kami beli dabai & kristal...hihihi
Isi buah kristal
Kulitnya keras dan agak tebal..
Ni isinya...macam isi laici tapi tidaklah terlalu berjus macam laici.Manis yang amat..
Mak dah asingkan untuk bawa balik kat Achik & Pakcik.
Saya bawa juga sikit buah dabai dan kristal ni untuk Shifa dan cleaner serta letak kat ofis sikit buat raso-raso..
Selepas beberapa hari dah tak laray nak makan...mak saya kopek kulitnya dan ambil isi simpan dalam peti ais...makan sejuk-sejuk..layann..
Dah panjang naw...nanti lah kita sambung lagi...
Catatan ni dah 4 hari saya catat sikit berhenti...catat sikit berhenti...hari
Hari ni baru post...
Yeaayyy Mama Cells sudah bersiaran.
ReplyDeleteRindu nak baca celotehnya.
Moga sudah sembuh sepenuhnya.
Alhamdulillah seronoknya tengok akak dah kembali..moga sihat2 selalu ye kak
ReplyDeletemoga cepat sihat yer ..
ReplyDeleteseronok nya jenjalan, mcm2 buah ada kat sana yer..MA x pernah dgr pun sebelum ni..mcm buah dabai tu la..kat blog ni je ada
Alhamdulillah...mamacella dah kembali...risau..hari- hari berkunjung nak tanya khabar tapi xde update terbaru..semoga terus sihat ye kak
ReplyDeleteTudiaaaa. Syok borong segala jenis buah rare 🤭.
ReplyDeleteMoga terus sihat ye makngah 😊.
Ambil bijinya dan semai
ReplyDeleteBolehlah tanam lepastu
Amboi mak dgn anak sama² borong buah² kegemaran 👍
ReplyDeleteKecuali buah tampoi, semua buah yg MC beli sy tak pernah jumpa @ makan. Nak kena pi Sarawak jugak kot :p
mak oi borong gulapong sampai 3 kilo.. hihihi... buah kristal letak dlm peti sejuk mkn chill sedappp
ReplyDeleteBanyaknya borong buah.. kagum sy. Sy sejenis yg suka enjoy jer, tak suka berangkut² lagilah klu mikir balik tu nak naik belon.
ReplyDeleteUish.. mcm2 buah rare umi cella beli.. 🤩
ReplyDeletebila orang yang pandai makan berjalan...abis segala buah rare dia beli
ReplyDeleteBuah kristal itu sedikit mirip Ama buah matoa yang ada di Papua. Tapi buah dabai saya penasaran sangat. Apalagi kakak tulis bisa untuk nasi goreng? Belum terbayang jadi rasanya seperti apa. Tapi bagus Kaka tulis waktu sebaiknya datang ke sana, jadi setidaknya kalo saya nanti nak ke Sabah Serawak dah tahu setidaknya hari apa dan berapa lama di sana. 👍
ReplyDelete