Alhamdulillah....
Rezeki dapat makan buah dari Borneo ni. Buah Dabai
Tahun ni dah dua kali dapat makan buah dabai
Bulan Januari haru tu anak jantan tu pi Kuching.
Ni Cella kata geng geng Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) UPM Serdang ni ada program kat UPM Kampus Bintulu.Dalam MPK tu ada kawan kelas Cella.Saya pun ambil la kesempatan suruh Cella kirim kawannya beli buah dabai.
Mula kirim sekilo sahaja.Tapi bila rakannya kata boleh kirim lebih terus kirim 2kg......RM80
Yang warna pink kat atas tu "Buah Engkalak" kan KAKMIM..?
Saya pernah mencuba buah engkalak ni kat Sarawak,tapi taktau kenapa jadi gatal pada bibir.Mungkin saya allergy dengan buah engkalak.Nasib baik buah dabai ok..hihihi
Tapi sayangnya masa dapat buah ni petang tadi,banyak yang dah rosak.Dah benyek lembik.Ya la,kawan yang dikirim tu pun dia tak tau buah dabai ni cepat rosak sebab masa beli,buahnya keras macam kayu kan...hihihi
Dia pun lepas beli hari Khamis tu tak la dia buka.Masuk pulak dalam lagage sampai hari ni baru buka...empuk la buah tu🤣🤣
Kata kawan Cella yang dikirimkna buah dabai ni,ada salah seorang rakan mereka tak lepas nak bawa balik buah dabai yang dibeli sebab masa pemeriksaan hand lagage tu buah dabainya dah berair dan berbau & tak dibenarkan bawa masuk.Maka buanglah buah dabainya dan tak sampai la hajat dia la dia nak bawa balik kepada mak ayah.
Hmm..tapi kalau gagah bawa balik pun memang tak boleh nak makan dah pun kalau dah berair dan berbau..
Agaknya memang si kawan tu tak pernah makan dan dia memang tak tau buah dabai tu dah rosak.Kesian tak ada rezekinya nak bawa balik buah dabai.
Yang saya punya ni pun katanya nasib baik la masa tu masih elok.
Bila dapat kat tangan saya memang dah benyek dan hanya sebiji dua yang elok..Yang lain dah lunyai...hihihi
Nasib baik ada juga beberapa yang masih elok.
Sebenarnya hanya beberapa biji sahaja yang masih elok.Yang lain memang lembik benyek.Cuma mana yang isinya masih elok saya ambil juga walau dah lembik.Maklum lah...buah limited edition kan...hihihi
Dah rendam dengan air panas...dah lembut isinya...
Cicah pula kicap pedas..
Mmmmmm......nikmatnya buah dabai
Kalau yang tak pernah makan lagi saya boleh gambarkan rasanya lemak-lemak namun ada sedikit aroma khas.Rasa dan baunya seakan kombinasi buah avocado+buah zaitun hitam
Yang lain yang buah masih bulat tapi dah lembik,saya rendam juga dalam air panas dan buang bijinya..campur garam
Unik buah dabai ni kan.
ReplyDeleteKalau saya makan, kikis kulit kemudian rendam dalam air panas dan taburkan sedikit garam. Itu kali pertama makan buah dabai di Miri sewaktu kursus akhir abad ke-20 lepas, kawan sebilik yang ajar. Rasanya lemak-lemak masin sikit. Eiiii.... kecurlah!
Ooo...kikis dulu kulitnya yer cikgu...Lepas ni kalau dapat lagi saya try..
Deletemmg risiko bawak dabai ni naik flight... selalunya kena bgtau seller nk bawak naik flight diorang akn letak daun pokok dabai tu spy ia tahan lama... skrg ni musim buah mcm² kt sini... menjadi sungguh buah thn ni... ya yg pink tu buah engkalak... makan cicah dgn garam & cili... br pernah jgk dgr org alergik buah engkalak... kesian akak... suka engkalak ni lemak² manis rasanya
ReplyDeleteOooo kena letak daun dabai yer..Lain kali kalau jumla lagi buah dabai or nak kirim ..boleh guna oetua ni..TQ kakmim
DeleteLaaa.. dia terperam buahnya lama tu, hihihi.
ReplyDeleteHahahhaha...kan...
Deletetak pernah jumpa dan makan kak ,teringin la pulak sebab akak asik cerita, bila la nk ke sarawak untuk merasa buat dabai ni.
ReplyDeleteBuah ni bermusim juga katanya...kena plan pi sana ketika musimnya la Dana
Deleteoo buahnya asl keras, tapi dah terperap jadi lembik..sensitive jugak la buah ni ye...selalu baca yang akak citer ni je la..teringin rasa nak cuba
ReplyDeleteBetul SA..
DeleteKalau buah fresh memang keras macam buah kelapa sawit...
Ooh..walaupun keras, tapi cepat rosak pulak ya buah dabai ni. Tapi kalau dah kena peram berhari, haruslah rosak kepanasan..hehe
ReplyDeleteBetul....keras tapi kalah dengan suhu panas...hihihi
DeletePrnh mkn ns grg dabai kat dayang sarawak.. tp xprnh tgk buah ni & xprnh pegang.. keras rupanya ye.. 🤗
ReplyDeleteKena try kalau ada peluang rasa buah segar...saya suka sangat..
Deletemcm kurma pun ada yer..
ReplyDelete