Wednesday 9 August 2023

MASAK MACARONI SARDIN ADABI TIN MERAH


Hari ni masak macaroni sardin ja.


Menu ulangan macam siaran Astro ja pun...hihihi


 Pic Google


Cuma kali ni saya masak guna sardin Adabi tin merah.Selalunya guna mecerel cap ayam tu

Tapi kebetulan ada stok 2 tin kecil sardin Adabi tin merah ni.Sardin Adabi tin merah ni biasa saya suka guna untuk masak nasi goreng sebab rasa dan warnanya lebih menyerlah.Antara nasi goreng sardin Adabi tin merah ni ialah NASI GORENG SARDIN ADABI TIN MERAH...kat sini

Cuma kena terima la saiz ikan sardin Adabi ni memang sebesar ibu jari ja..Tu pun kalau ibu jari tembam,lagi besar ibu jari dari ikan n.Tu yaang saya hanya guna buat perencah pasta atau perencah nasi goreng ja sebab saiz ikan dia comel sangat.Setiap tin ada  lebih kurang 5-6 ekor  "anak ikan" sardinnya🤭


Tapi tu la...harga dah naik..Bulan puasa hari tu beli 1.tin kecik ni RM4.50...Beberapa hari lepas tengok lat kedai sama....1 tin dah jadi RM4.99( bacanya rm5)


MACARONI SARDIN ADABI TIN MERAH

1 pack macaroni ( saya guna brand San Remo)
2 tin kecik saedin Adabi tin merah
½ bawang Holland cincang
3 bawang putih cincang
1 kiub ayam
minyak,garam,daun sup/daun bawang,chilly flakes

1. Jerang air untuk rebus macaroni.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang bawangan.Sambil tu rwbus macaroni

3. Masukkan sardin dan biar mendidih sekejap.

4. Terus masukkan macaroni( tak perlu tapis)

5.Perisakan dan tabus daun sup/daun bawang dan chilly flakes


Keistimewaan sardin Adabi tin merah ni ialah warna sos tomato dia  lebih menyerlah.


Balik kerja tadi tengok ada baki lagi dalam kuali..tuang sikit ait..panaskan...mmmm..sedap sedap..hihihi


Ni bekal anak dara tu pergi kerja pagi tadi.Takda garnishing apa..hanya sertakan juga satu sachet  chilly flakes Domino's tu supaya senang nak bawa...
Kalau beli McD dapat sos.dalam sachet memang simpan buat stok untuk bekal yang perlukan sos.Begitu juga kalau beli Dominos pizza dapat sachet chilly flakes tu memang simpan buat stok untuk bekal pasta.

Esok nak masak apa la pula?


7 comments:

  1. SA x pernah lag buat macaroni sardin..boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  2. Mmg pening fkr nk msk apa.. tu yg sllu jengah blog umi cella ni.. 😉

    ReplyDelete
  3. sardin pun dah mahal sekarang ni kan...
    arwah suami MA memang suka makan spagethi sardin...since dia x de jarang sgt MA masak dah menu ni...

    ReplyDelete
  4. Menarik olahan masakan mama cella ni. Sekarang semua barang dah naik harga kan. Nak membeli barang kena banyak fikir dulu. huhu...Lama tak dengar perkataan jerang tu.

    ReplyDelete
  5. kalau dekat mau hulur piring kosong ni,nak masak sendiri makan sorang je yg dua orang tu paling tak suka sardin..

    ReplyDelete
  6. abih tu kalau dah ikan sebesar ibu jari..di manakah premiumnya?

    ReplyDelete
  7. sy pagi tadi buat macaroni cheese utk bekalan #theIMANs ke sekolah

    ReplyDelete