Thursday 6 April 2023

SAMBAL PENYET UNTUK BAWA BALIK ASRAMA

Masuk minggu ke-2 Ramadhan, anak dara bongsu tu kata dia dah tak boleh nak selalu balik berbuka kat rumah Dah banyak assignment katanya.


Saya buatkan Sambal Penyet untuk dijadikan booster kalau makan nasi.
Kalau beli lauk tak pedas,boleh la add on sambal ni.
Waktu sahur pun boleh la goreng telur letak topping sambal ni..
Ramai student sekarang pakat bawa  multi cooker untuk jimatkan sikit kos makan.sekurang-kurangnya untuk masak megi dan nasi serta goreng telur.


Dapat sebotol ni..+- 500gm

Saya guna :
-Cili padi merah Bangldesh
- Buah tomato
- Bawang merah
- Bawang putih
-sikit belacan,garam,gula & minyak


Semua bahan ni dibasuh dulu sebelum potong.
Goreng dalam minyak panas.Tutup kuali takut cili meletus.

Blend semua  bahan goreng tersebut dengan¾ cawan minyak.Jika guna blender basah guna mood pulse .
Masak hingga naik minyak.Perisakan.


Biar suhu bilik sebelum masukkan dalam bekas kaca bertutup.


Saya tak pasti berapa lama boleh bertahan kerana hanya mengharap minyak sebagai pengawetnya.Sebelum-sebelum ni kalau buat macam ni boleh bertahan seminggu dengan syarat masa nak makan cedok dengan sudu bersih dan isi dalam piring.Lepas cedok tutup kemas.


6 comments:

  1. Terliur kita menengok sambal dalam botol tu. Sibuk betul TTK sampai tak sempat balik walaupun rumah sepelaung. Act sampai skrg tak tahu TTK ambil course apa, sy agak, assignment dia tu lebih sesuai dibuat dalam kemudahan u ya, atau mgkin kena buat berkumpulan secara bersemuka. Semoga tahanlah sambal tu, Iman pun bawa multicooker wpun barang larangan. Ada sebab benda dilarang tapi tulah, terpaksa juga bawa.

    ReplyDelete
  2. rasanya tak sempat seminggu ni dah habis..makan pula ramai2 pakat cedok sorang sikit bertambah nasi...kicap ada bawa tak tu?telur goreng nasi panas sambal penyet umi renjis kicap sedak dooh hehe

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaa....ooo student boleh bawak eh multicooker..nak suruh la Dania bawak...jenuh belanja kat asrama sebab mahal kan skrg ni...at least boleh la masak untuk menu yang senang2 je..dah la lepas ni Sem 2 nak bawak kereta pi kolej kan...

    ReplyDelete
  4. Namanya pun booster.. mn cukup tu mak cella.. 🤩

    ReplyDelete
  5. Sedapnye. Beli ikan goreng n nasik. Makan dengan sambal penyet ni, renjis kicap..fuhhh laju peginye 🤭

    ReplyDelete