Salam 4 Ramadhan 1444H
Menu iftar semalam 3 Ramadhan.
Saya masak Kari Kambing
1st day Ramadhan iftar bertiga..
2nd day iftar berdua..
Nangka ni pemberian cleaner kat tempat kerja saya.Dia dah rebus sesiap,Saya bawa balik frozenkan.Rasanya dah lebih 2 bulan dia bagi🤭
Ni baru sempat masak.
Baru nampak rupa nangkanya...hihihi
Nipis-nipis benar.Rasanya di lamb slice tapi depa depa potong kiub pula slice tu..
Sesambil tu saya rebus sesiap masa pagi.Petang tinggal masak tak la lama sangat nak tunggu daging empuk.
KARI KAMBING + NANGKA MUDA
½ kg daging kambing
( stok kambing saya dalam 300gm sahaja)
1 mangkuk nangka muda siap rebus
½ kotak santan Kara
1 paket kecil serbuk kari daging.
½ paket kecil rempah kari ikan
minyak,garam,sikit gula perang
Bahan Tumis:
3 bawang merah-mayang
3 bawang putih-ketuk
1 ketul kecil halia-racik
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang & cengkih
1. Saya rebus dulu daging kambing sebab nak jimat masa memasak nanti.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis.Patutnya letak daun kari dan pandan.Tapi takda stok.
3. Masukkan rempah kari yang dibancuh bersama 1 cawan air.Biar pecah minyak.
4. Masukkan daging kambing beserta air rebusannya.
5. Masukkan juga nangka muda dan santan.Jika air rebusan daging tidak cukup untuk kuah,adjust dengan menambah air + santan.Perisakan
6. Biar menggelegak beberapa ketika sebelum perlahankan api dan biar merenih supaya naik minyak.
7. Sesuaikan rasa.
Gulai Kambing + Nangka ni memang famous kat kampung saya dan sekitarnya.Dulu bahan rampai dalam kari/gulai terutama gulai kenduri hanya menggunakan bahan yang ada disekeliling seperti nangka muda,kundur,labu,pisang muda,keledek,ubi kayu,rebung dan sebagainya.
Tapi kalau kambing memang diregukan dengan nagka muda la.
Tapi kalau kat kampung saya gulai kambing,daging & ayam haruslah dimasukkan kerisik.Gulainya pekat berminyak.Makin dipanaskan makin sedap.
Sesetengah tempat di selatan Kedah dan utara Perak katanya depa lebih famous dengan gulai kambing dicampur buah ara (buah spesis buah tin liar)
Kat kawasan perumahan saya ni nampak beberapa pokok ara berbuah lebat menempel pada batang pokok ara tu.Nak saja saya pi petik dan campur dalam gulai kambing ni.Tapi segan pula sebab kebanyakan pokok tu tepi jalan🤭
Takut kena segah dengan DBKL pula🤣
Saya buatkan salad telur sebagai ganti sayur.Plan nak masak sayur bok choy tapi macam tak kena dengan kari kambing ni..
Dah 3 kali dah sayur tu keluar peti ais tapi masuk semula...masih belum tersayur...hihihi
Tahun ni puasa takda tembikai..🤭
Tembikai harga kayangan sekarang ni..
Kita makan betik saja la.. Sesuai la makan betik kalau berlauk daging.Betik mengandungi papain yang bagus untuk penguraian protien..
Katanya antara petua nak melembutkan daging ialah meramas bersama daun betik biar seketika sebelum dicuci bersih.
Ini yang saya baca dalam buku Sains Rumah Tangga Tingkatan 3 ke tingkatan 2 camtu la.Tapi orang kampung dah lama tau...Depa masak gulai ayam tua + betik..memang cepat empuk ,..Terus boleh makan semuanya dengan ayam dan dengan betiknya sekali...hihihi
Bancuh juga secangkir teh hijau panas.Cuba untuk tidak minum ais sepanjang Ramadhan ni.
Harapnya bertahan...🤭
Nasi putih bersama kari kambing + nangka.
Salad telur.
Buah betik.
Asalnya nak buat wrap saja untuk diri sendiri makan.Tapi kot anak bujang tu balik awal nak berbuka kat rumah pula.Lupa nak tanya dia balik berbuka kat rumah atau tidak.
Pastu anak dara bongsu tu pun call kata dia nak balik lepas habis program bersama gelandangan nanti.Tu yang masak juga lauk ni.
Adah pula,katanya ada janji bersama kawan nak beriftar kat Dataran Putrajaya..
Sekali dia post tengah berwefie dengan mantan PM ke4 & ke7 ...Tun M
Kata Adah,terserempak Tun kat Bazar Ramadhan dekat Masjid Besi tu.
Pergh...sedap menu Berbuka ..betol pun favourite saya tuh!! 😃 Teringin pulak betol..hehehe..
ReplyDeleteEh, hi Tun M! Syoklah bergambo! Huhu..
Selamat Hari Nangka Muda Sedonia MC 🤣
ReplyDeleteLama x makan gulai ikan dgn kundoq! Arwah mak dulu tanam kundur, kalau ada org kg kenduri arwah suka sedekah... tumpang kenduri katanya..
Nampaknya tiga penjuru lauk nangka muda. Mama Cella, Puan Hazel dan saya. Selamat Hari Nangka Muda Sedonia kata PH ye.
ReplyDeleteMemang tembikai harga kayangan sungguh! Selalunya buka puasa tak terkira berapa gelas teguk jus tembikai. Sekarang kena berkira pula hihihiii.
dari KL smp ke LD ni menu nangka muda...
ReplyDeleteTun M larat dia jalan2 ke bazar ye kita yang muda ni rasanya takmau dah ke bazar hahaha
Ya rabbi sana sini nangka ha pagi ni SA baca..nasib baik SA x leh makan nangka
ReplyDelete