Thursday 23 March 2023

LONTONG KERING SAMBUT RAMADHAN

Salam Ramadhan Kareem.


Lontong Kering a.k.a Lontong Darat.
Sepanjang minggu ni penuha acara makan dari Isnin hingga Rabu sebelum berpuasa hari ini Khamis.


Lontong Darat ni hari Selasa.

Saya masak Rendang Daging  Adabi:

RENDANG DAGING ADABI....
1 kg daging lembu -
1 paket rempah rendang Adabi
1 kotak santan
1 asam keping
1 sudu besar kerisik
1 daun kunyit
1 sudu garam
1 sudu besar gula melaka(1/2 ketul)
½ cawan minyak

Bahan  Blend:
20 cili kering
3 batang serai- kecik
1 ketul lengkuas - besar ibu jari
1 ketul kunyit - saiz ibu jari
1 bawang besar
5 bawang putih

1. Daging dipotong 4 dan rebus empuk, baru dihiris- hiris.( rebus dulu baru potong supaya lebih manis & berjus).Tetapi jika hendak dimasak terus dalam kuah,hiris dahulu,tetapi perlu masak lebih lama hingga empuk.

2. Masukkan bahan blend bersama daging hiris dan masak hingga pekat kerana santan akan mengeluarkan minyak bila dimasak lama.
3. Bila naik.minyak masukkan daging rebus hiris dan air rebusan daging
4. Tambah garam,gula melaka,asam keping dan masak hingga agak kering baru masukkan santan kotak.
5. Masukkan kerisik dan masak dengan api kecil sambil dikacau sesekali supaya tidak berkerak
6. Masak api perlahan supaya naik minyak cantik dan sesuaikan rasanya..
7. Tabur daun kunyit & siap.

Saya juga masak Serondeng Kelapa.

SERONDENG KELAPA

1 biji kelapa parut putih
1 asam keping
1 ketul gula Melaka- hiris
1 sudu teh garam
3 helai daun limau purut
1/2 kotak kecik santan ( 1/2 cawan santan pekat)
1 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu minyak

Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 cawan ikan bilis belah ( buang tulang)
1 bawang besar
3 bawang putih
3 hiris kunyit
3 hiri lengkuas
1 batang serai

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend + serbuk kari ( bancuh bersama)
2. Tambah asam keping, garam dan gula Melaka
3. Sesuaikan rasa dahulu sebelum masukkan kelapa parut putih..
4. Tambah santan pekat dan daun limau purut.
5. Sentiasa kacau seperti mengacau nasi goreng supaya bahagian bawah tidak berkerak.
6. Perlahankan api dan terus sangai sehingga sedikit berderai..

Tip:

* Tujuan dimasukkan santan pekat supaya serondeng menjadi lebih lemak dan lembab


Rendang Ayam by Ruby.

Sambal Goreng Jawa by Yati

Tertunai sudah hajat anak tekak nak masak & makan Lontong Darat..
Ada yang bercadang ke nak masukkan dalam list menu iftar?
🤭


9 comments:

  1. ya Allah rajinnya akak, siap dengan serunding kelapa lagi... adush

    ReplyDelete
  2. Adoi, menggoda!
    Selamat berpuasa utk MC sekeluarga 💐

    ReplyDelete
  3. waduhh sedapnye rendang dgn serondeng gituu., huhuhu
    salam ramadhan almubarak ., aminn

    ReplyDelete
  4. alamak lontong kering menggoda dah petang2 ni rendang semalam ada balance lagi balik rebus nasi impit aje lah nanti ni

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa kak...SA x pernah makan lontong kering tu..tapi nampak menarik dan rasa nak mencuba

    ReplyDelete
  6. Serondeng kelapa tu menggamit kenangan!
    Di kampung saya, serondeng kelapa bukan sahaja menu wajib dalam nasi ambeng, tapi di hari raya pun dihidang juga untuk cecah ketupat. Sekarang, jarang sangatlah nak tengok hidangan serondeng di hari raya!

    ReplyDelete
  7. Saya panggil Lontong kering.. Sedap betul! Orang Johor mmg favourite ni 😍

    ReplyDelete