Tuesday 10 January 2023

PAGI-PAGI HANTAR ANAK BUJANG KE KLIA,HAMPIR-HAMPIR PUNCH CARD MERAH..

Pagi tadi pukul 3.50am dah kat atas jalanraya...

Pi hantar anak bujang tu ke airport.Kalau ikut dia,dia nak naik bus @ KLIA train tu ja.Tapi last tripnya pukil 10.30 malam..Pagi tak tau pukul berapa starat.Ikut dia,ok ja nak naik bas atau train tu malam tadi,pastu tidur ja kat airport sementara nak tunggu pagi.Tapi kesian pula kat dia.Lagipun Adah ada,boleh drive..kita jadi peneman saja.Hantar pun drop off ja kat lobby..tak masuk dalam pun.


OTW balik,anak bujang tu update ...

Sampai rumah pukul 5++ saya boleh terlelap.Padahal dah mandi dah siap pakai baju,tudung semua dah.Sedar-sedar azan subuh.Maknanya dah pukul 6.09 am.Kelam kabut bangun.Boleh pulak sakit perut..
Dah masuk kereta,eh handphone pula tertinggal..Dah la rumah atas kayangan..lift pula kalau dah pukul 7 memang prime time la.
Sudahnya,kelam kabut la..Lagi seminit punch card nak merah.Nasib baik masih selamat...hihihi
Seingat saya,tak pernah saya selambat hari ini.

Tak masak bekal hari ni.Jus makan roti bakar vs garlic spread + telur rebus. Inilah,makanan yang bertahan dalam perut hingga petang.Eh,tengahari makan biskut tak cerita pulak yer🤭

Ruhil ada ja bagi pulut kuning sorang sebekas ni.....tapi takdan nak makan sebab berkejar untuk meeting.Semalam,hari ni dan esok adalah hari meeting sampai lebam..hihihi..
Petang tadi,sampai ja rumah,cari nasi la dulu..Nasi goreng pun jadi...Pastu sambung pulut pemberian Ruhil ni..Dia baru balik umrah semalam...Hari ni dah kerja..

Tarikh Ruhil terbang pergi  dan balik umrah sama dengan tarikh Cikgu Amie.Apa khabarlah agaknya Cikgu Amie?


Flight dia pukul 6.45am.Pukul 6.15 dia dah dalam perut pesawat...

Alhamdulillah..on time..
Dok baca komen orang kata sekarang ni,risau juga takut deleyed.Hari tu masa HANTAR MAK BALIK pun Alhamdulillah..ikut jadual juga.


Pukul 8.27,ketika saya sedang mengunyah roti depan komputer,dia whatsApp bagitau dah selamat landing @ Kuching.
Alhamdulillah..

***Harap-harap kat Kuching ada la buah dabai...teringin sungguh setelah bertahun tak dapat makan dabai..Cuma katanya sekarang harga kayangan dabainya!

8 comments:

  1. Oh abang ke kch ke? Masih lagi dabai tp nk bawa balik kena bagitau seller nak bawak balik kl.. selalunya kena letak daun pokok dabai spy dabai tu x masak & x rosak

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah selamat mendarat dah.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah... x lambat, abg pun selamat sampai semuanya
    buah dabai? emmm..kena google ni

    ReplyDelete
  4. kira dekat juga ye kak rumah akak dengan klia tu sebab kul 5 lebih sampai umah dah. Hari ini tak sempat masak bekal ye kak, kalau tak macam-macam menu akak masak. Buah dabai camno lah rasanya, tp tengok kak Amie share harga dia kalah durian kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang harga dabai tinggi level kayangan hihihiii.... itu yang dijual di Sabah lah.

      Delete
  5. ooh abg balik kg nenek ye...haritu mcm ada terbaca nenek nak ke Kuching cuti CNY ni

    ReplyDelete
  6. Khabar saya baik.
    Sampai LD pada 9/1/2023, hari Isnin petang. Terus tunggu Firdaus keluar sekolah.

    ReplyDelete
  7. makan biskut tu takyah cerita....tu cerita dalam kain ahakssss

    ReplyDelete