Hari ni sarapan @
THIS IS NASI KERABU... kat Teras Jernang,Bangi.
Puncanya minggu lepas masa gi sarapan di
Anak bujang parking kereta kat depan Restoran This Is Nasi Kerabu.Kami dh ke roti canai.Lepas makan roti canai tu nak ambil kereta tu yang nampak restoran ni.
Pic daripada fb
This Is Nasi Kerabu
Tengok kat Google,pukul 6.30 pagi restoran ni dah buka.
Memang plan minggu ni nak sarapan sini pulak.
Nak gi mana-mana,malam dah kena plan dengan anak-anak..Satgi tetiba ada la yang lagi sayang bantal...hihihi.
Dah whatsApp Cella pukul 7.00 pagi ready kat kolej,kalau nak ikut pi sarapan.
Dah cakap dengan anak bujang tu & Adah pukul 6.30 kita dah kena gerak.Nak pick up Cella lagi kat UPM.
Tapi tu la..anak-anak bertuah..Tunggu anak bujang tu bersiap mengalahkan anak dara.Pukul 6.50 baru gerak dari rumah.Call Cella pula tak jawab-jawab..Sudahnya kami 3 beranak saja pergi.
KL-Seremban tu exit Tol Bangi.Dari Tol Bangi masuk bulatan ambil pukul 3 ...street sampai nampak Masjid Teras Jernang yang warna kuning tu betul-betul kat simpang tiga.Belok kiri..dalam 5 minit dah nampak deretan tempat makan termasuklah roti canai kambing minggu lepas tu dan restoran nasi kerabu ni..
Jom,masuk..Kami pilih meja tepi.Order air ..
Konsepnya beratur dulu.Sampai kaunter makanan,bagitau nak nasi kerabu atau nasi dagang.Pekerja akan bubuh nasi dan eksesorinya.Pastu pilih la lauk apa nak..Ada ayam bakar,daging bakar,gulai ikan,gulai ayam,hati,pedal & beberapa jenis lauk lagi.
Selain menu utamanya Nasi Kerabu & Nasi Dagang...Terdapat aneka kuih muih Kelantan.
Yang saya nampak ada Pulut Pagi,Nasi Kapit Sambal,Lompat Tikam,Boko Ubi Kayu,Kuih akok,Buah tanjung,Tahi itik,Jala mas,Kuih peria,Kuih koci,Karipap,Bengkang dan beberapa jenis lagi yang saya tak ingat.
Tengah nak baca doa,Cella whatsApp minta maaf dia tak dengar bunyi call sebab malam tadi dia kata meeting & silent handphone.Mmmm...
tu la akibat silent phone...tak dapat la ikut kan...hihihi
Tapi bungkus jugak la Nasi Kerabu Ayam Bakar 3 bungkus untuk dia dan kawannya...hihihi
Sangat berbaloi kan...
Portion banyak .ayam besar..ulaman dan kelapa dia melimpah..Ayam tu depa bakar kat tepi restoran tu..Bakar guna arang ye...panas-panas tu.
Biasa saya beli kat kawasan tempat kerja dan kawasan perumahan saya tu...siap bungkus rm7 juga.Tapi portion kecil dan ayam bakar tu saiz ½ dari dalam gambar tu.Cuma kat sini nasinya putih..bukan biru dan bukan kuning.Tak tau samada memang takda stok bunga telang tu ke atau memang trademark depa nasi putih..
Saya pilih Nasi Dagang Gulai Ikan Aya..Pesan kat Adah suruh ambil cili padi tu lebih untuk saya....hihihi
Nasi Dagang Kelantan..nasinya merah..berbanding Nasi Dagang Trengganu nasinya putih..Itu yang saya tau la...betul tak betul tak tau..hihihi
Tapi saya agak sama jugak la dengan yang saya beli bungkus untuk Cella..Nasi Kerabu Ayam Bakar RM7.
Lauk lain mungkin harga lain.
Ni kalau mak saya....suka ni tempat macam ni..
Sayangnya hari tu masa mak datang saya tak tau tempat ni..huhuhu
Ditulis sebagai Tiga Serangkai..Mengandungi
3 jenis manisan daripada telur
-Seketul Tahi Itik - putih.
- Seketul Jala Mas- kuning
- 7 biji Buah Tanjung-oren
Biasanya dessert ni agak mahal sikit leceh nak buat dan jarang orang jual.
Saya tak tau harga detail.Tapi semua yang saya ambil
- 1 set tiga serangkai
- 1 bekas lompat tikam
- 1 bekas boko ubi kayu
- 2 ketul karipap
- 3 ketul burger Malaysia
- 1 bungkus pulut pagi
Semua tu total RM19
Tamak kan...hihihi
Kalau boleh semua saya nak beli..Semua nampak sedap.Tapi saya tapaw la..perut dah kenyang nasi dagang.
Cantik kan dessert 3 serangkai ni.Saya memang pecinta manis...kerana saya tau saya belum cukup manis...hihihi
Seumur hidup saya..sebab teringinnsangat nak makan tapi tak jumpa orang jual , maka saya pernah sekali buat jala mas dan 2 kali buat buah tanjung tu guna telur itik dan dimasak dalam air gula pekat.Tahi Itik tu saya belum pernah buat.
Pukul 8.20 kami pun bergerak balik....Inilah lebih kurang gambaran sekitar restoran ni.Banyak juga parkirnya walau agak sempit.Ada banyak juga kedai makan sekitar tapi rasanya malam lagi meriah sini.Landmark dia Dewan Adam dan Hawa.Bagi peminat makanan Kelantan..recomended sangat kat sini..
Sedap dan harga sangat-sangat berpatutan.
Ops lupa nak bagitau...
Restoran ni buka pukul 6.30 pagi - 2.30 petang sahaja..
Kalau lalu PLUS boleh la exit Tol Bangi..Tak jauh..untuk yang drive slow macam saya ni dalam 10 minit saja dari tol..Kalau yang laju tak sampai 10 minit kot..!
Kawasan situ juga saya nampak dah macam Trengganu.Ada Kedai Keropok Trenggnu..Kedai Roti Paung dan yang lain tu banyak gerai makan dan gerai ikan bakar.Malam la agaknya gerai-gerai ikan bakar tu.Teringin nak beli roti paung tu tapi dia buka agak lambat.Minggu lepas dalam pukul 9 depa baru dok set up..Hari ni masa balik dalam pukul 8 gerai tu belum buka.Nanti bila-bila nak datang petang pulak lah..Bangi ni banyak port makan menarik.Rajin dengan tidak saja nak explore.
+++ kena la siap kertas cap kepala agong(duit la) tu jugak kan....hihihi
Kami exit Tol UPM..
Terus ke kolej Cella hantar Nasi Kerabu Ayam Bakar..
Kena cepat..Adah kerja pukul 9..Cuma tak terkejar sangat sebab dia dah bawa sesiap laptop boleh terus on dalam kereta.
Minggu depan rasa macam nak pi explore lagi la tempat sarapan erea Bangi..
Hihihi....
Memang besar ayam bakar tu.. kalau sy mmg x habis lah.. kalau sy mst ambik daging bakar atau ikan keli.. hehehe.. nmpk gaya mmg syurga kelate lah kat situ.. kuih2 jala emas taik itik tu semua sy x penah lg rasa.. hehehe
ReplyDeleteAyam dia memang kita saiz besar kakmim..
DeleteJala mas dan taik itik tu memang jarang jumpa kecuali kat Kelantan & kat Thailand memang banyak.
Portion banyak, harga RM7, nampak pun sedap yakmat. Menggoda sungguh! Hehe...
ReplyDeletePortion dia banyak ..Nanti Syaz pi la..tak jauh kan dengan rumah Syaz🤭
DeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteNampak sedap rice to wednwsday tu
Saya belum cuba rice to wednessday dia Wak..tapi nampak sedap
DeleteMurah tu RM7, sedapnya..SA plak idamkan nasi kerabu daging bakar panas- panas...pernah beli kat KL tapi lepas PKP akak tu x meniaga dah...
ReplyDeleteSini ada daging bakar panas-panas juga rasanya SA..Sebab ayam pun depa bakar situ..tak jauh dah dr Nilai tu..lagi dekat dr saya
DeleteWhoaaa..Menariknya menu menu kat sini!!! Saya terliur jugak lah 😃 Oh Nasi Kerabu nya kaler kuning..tak biru ye... Janji sedap.. 😍 Saya suka kuih akpk...Wow..jala emas mcm sedapp
ReplyDeleteNasi dia putih ns..🤭
Deleteyang biasa saya makan nasi kerabu biru atau kuning..tapi kat sini putih..jala mas ,buah tanjung dan taik itik tu saya suka
kalau dapat ayam percik kelantan makan dengan nasi kerabu tu sedapnya kak..orang kata bangi dan shah alam syurga makanan
ReplyDeletetokleh gi nasi dage...nasi kerabu onzzz
ReplyDelete