Sunday, 20 November 2022

PENGALAMAN JADI PETUGAS PRU15

Hari ini  Sabtu ,19 Nov 2022..semua medsos penuh dengan 👆yang berdakwat sebagai tanda sudah menunaikan tanggungjawab mengundi.

Hari ini juga memberi pengalaman baru untuk saya yang kali pertama memegang amanah sebagai salah seorang petugas di salah sebuah pusat mengundi P124 BTR yang menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara(Dato Kamaruddin Jaafar PN,(Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail)PH & (Datuk Chew Yeen Kin) BN

Kalau ikutkan asalnya Pusat Mengundi yang saya bertugas ni katanya melibatkan 18000++ orang pengundi.

Dalam hati...goyang dah nak jadi petugas kerana ramainya pengundi.Tapi akhirnya dari update dalam group ..katanya daripada lebih 18k tu telah dipecahkan sebahagiannya kepada pusat mengundi yang baru.Lega sikit hati kerana sudah pasti jumlah pengundi dah tinggal separuh.


Sawal 6.15 pagi saya sudah otw ke pusat mengundi.Saya minta Adah hantar kerana kalau bawa kereta bimbang pula tak tau nak parking kat mana..

Sebelum pukul 7 pagi..kami para petugas sudah sibuk memastikan semuanya dalam keadaan siap siaga untuk beroperasi.
Pusat Mengundi ini agak besar..
Kami ada 12 saluran mengundi...

Ketua bahagian saya bertugas ..yang cergas ke sana sini memastikan berjalan lancar.
Staff KKM pula akan bertugas mengiring pengundi yang +ve Covid mengikut prosedur sewajarnya..
Mmm...rasanya lebih 10 orang juga yang diiringi oleh petugas KKM tu..

Yang luar pagar tu...barisan pengundi...beratur seawal 7.15 pagi.

Rakan setugas..Suzy..
Jauh dia datang...dari Shah Alam bersama rakannya dari Cyberjaya.Suzy ni cekap buat kerja dan banyak bantu saya..Saya biasa la..slow ja...hihihi
Kali ni petugas hanya dibekalkan bib  kuning tu sahaja sebagai seragam..topi..tag tugas dan sehelai towel good morning🤭

Kalau kami rasa agak panas kena pakai bib tu..Bayangkan pula petugas KKM yang kena pakai PPE suit.Cuma kelebihannya mereka ada 2 shif berbanding kami memang 1 shif sahaja.
Saya sempat bertanya kepada polis bertugas..mereka bergilir @ 1 shif sahaja.
Polis pun 1 sahaja.

Khemah menyemak saluran undi..
Ada juga kes tersalah datang pusat mengundi Tapi rasanya ada juga kes macam ni kat tempat lain kan..Maklumlah PRU 15 adalah julung kali membenarkan pengundi berusia 18 keatas pendaftaran secara automatik.Pastinya akn berlaku perubahan pusat mengundi kerana jumlah pengundi yang bertambah.

Seawal 7.15 pagi ramai yang sudah tiba dan beratur..
7.30 hingga 12 tengahari merupakan waktu puncak dan rasa juga la sedikit termengah nak banding dengan petugas yang lain majoritinya lebih muda belia ..hihihi..
Dari pagi hingga tengahari,rasa jugak la sedikit penat  jadi petugas PRU ni sebab masa pagi sangat ramai...mungkin ramai datang awal sebab sekarang ni bila petang biasanya hujan.

Alhamdulillah...selepas itu tidaklah terlalu padat.
Dah dapat tune kerja..baru la rasa  seronok dan lebih santai...
Kalau bulan depan...tahun depan pilihanraya lagi...nak saja bertugas lagi..hihihi
Kalau PRU...lagi 5 tahun tu ...pun rasa nak saja bertugas..tapi lagi 5 tahun mungkin dah jadi nenek kot...🤣in shaa Allah kalau anak-anak dikurniakan jodoh dan rezeki ..hihihi.
Masa tengahari membilang waktu nak habis tugas..Dah pukul 6..dah habis tugas..eh..pakat leka taknak balik pula...hihihi
Sambil tu sempat juga berbalas whatsApp dalam group family..

*Sebenarnya pada  pandangan saya ..sekarang ni proses dan pergerakan menjadi lebih mudah dan cepat kerana proses online banyak membantu.
Kalau dulu nak kena check sorang-sorang..
Sekarang semua boleh semak online..
-nama..pusat mengundi..nombor saluran..hinggalah kepada cadangan  masa mengundi pun dah boleh semak by  online

So,datang dah boleh terus ke saluran yang ditetapkan..
Memang ada juga kes tersalah pusat mengundi tapi sangat sikit kes ni...Itupun berlaku kerana perubahan pusat mengundi di saat akhir kerana ada pertambahan pusat mengundi di kawasan tersebut.

Cuma kadang jadi barisan beratur  jadi panjang mungkin disebabkan ada masalah teknikal dan perkara yang tak dapat dielakkan.Contohnya macam tempat saya ni ada satu saluran tu agak lambat kerana  salah kerani bertugas ni agak "senior"& terlalu berhati-hati..Membuat semakan berulang kali hingga setiap orang yang nak mengundi tu makan masa beberapa minit....hihihi

Saluran warga emas dan OKU kita faham la kan pergerakan agak lambat.

Saya banyak berurusan  dengan saluran yang ramai pengundi muda..Memang laju....

Achik upload...mak dan Achik dah selesai mengundi..
Anak-anak saya bertiga beradik tu juga dah selesai mengundi.
Selepas hantar saya,Adah terus gi pick up Cella @ UPM terus ke pusat mengundi seawal 7.30 pagi.Anak bujang tu pula keluar waktu tengahari...
Sempat juga silent reading group  rakan-rakan sekerja..meriah semua pakat kongsi mengundi.
Jumpa dua orang rakan tempat kerja mengundi di pusat saya bertugas.
Baru depa tau saya jadi petugas..hihihi
Syukur Allah mudahkan urusan kami dan kita semua.
Sempat saja sarapan..makan tengahari,minum petang bersolat Zohor dan Asar walaupun hakikatnya jumlah pengundi hampir 10k.Alhamdulillah Allah mudahkan urusan dan tiada kejadian tidak diingini.

Antara pengalaman bertugas di sini ialah  kehadiran calon -calon yang bertanding.Pastinya Datuk Seri Dr Wan Azizah lebih dikenali namun siapa yang menang kita tak tahu.Sama-sama nantikan keputusan nanti..Selain tu dapat berjumpa beberapa orang artis terkenal tanahair..
Sebaik pusat mengundi ditutup pada pukul 6.00 petang .. kemas-kemas peralatan .

Para petugas bergambar kenangan.
Seronok bertugas dengan mereka yang  cergas dan muda-muda ni.Ada lagi beberapa orang tiada dalam gambar.

Malam ni pastinya ramai tak tidur menanti keputusan PRU15...termasuklah saya..🤭

16 comments:

  1. Tahniah kak.. alhamdulillah kita dh menjalankan tugas yg telah diamanahkan spt dlm ikrar petugas spr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....
      Tu la banyak pic dan pengalaman nak share tapi kena tapis..takut melanggar perjanjian🤭

      Delete
  2. Ermmm..malam tadi tak boleh tido jugak. Bukan sebab tunggu result PRU tapi duk mengelek Sofea. Tak selesa perut dia kembung 🤣.
    Papepun, tahniah makngah, berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Jaja..
      Alaaa...ciannya Sofea..agaknya ada makanan tang tak sesuai dengan Sofea jadi kembong tu..moga cepat sembuh Sofea

      Delete
  3. Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab kita sebagai pemilih. Semoga yang terpilih benar2 berkhidmat kepada rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah selesai..
      Semoga yang baik-baik Allah takdirkan untuk Malaysia

      Delete
  4. ammi keluar mengundi pukul 2..sampai tempat mengundi pukul 2.10 minit...2.16 minit dah keluar.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...pengalaman tu..best!

    ReplyDelete
  6. SA sepatutnya mengundi petang tapi malas nak keluar dah..seklai keluar dengan Mak Abah....lagipun mak kan berkerusi roda..so kena la SA dan Dania temankan...pengalaman 5 tahun sekali kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ...
      Dengar citer siao jumpa Tokmat & keluar news kat paper🤭

      Delete
  7. Tahniah!
    Pengalaman yang mahal harganya.
    Bukan semua orang dapat merasa. Saya pun tak pernah.

    ReplyDelete
  8. next 5 years mcm nak apply jadi petugas PRU la.
    ramai juga friends kat melaka ni join as petugas.
    mereka up gambar kat media sosial.
    menjemput keterujaan dlm hari aida :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apply la Aida..Saya pun kalau ada peluang lagi dan keadaan mengizinkan...nak ...🤭

      Delete