Bangun pagi..seusai bereskan apa yang patut..duduk bertelaku atas katil sambil berfikir nak buat apa...& nak ke mana..
Sudahnya tukar baju..drive ke pasar ...hihihihi.
Masuk pasar tak tau nak beli apa..Akhirnya hanya capai perut ikan plotan dan 3 jenis pisang sahaja.hihihi...
Memandu menyusuri jalan melihat kemeriahan menjelang PRU15
Sana ni berperang poster.
Sini kawasan P24 Parlimen Bandar Tun Razak...
Luas kawasan P24 ni
Tengok meter ..eh feul warning .!
Drive seminggu sampai tak perasan tangki dah hampir kosong...
Cari petrol station...laburkan setangki penuh...Boleh la tahan seminggu...
Eh, bulan ni katanya kakitangan awam dibayar gaji awal ek..?
Saya tak terus balik rumah...Sebaliknya saya memandu ke Restoran Abadi..hajat nak isi perut dengan capati dan kari kambing.5x pusing mencari parkir..semua penuh..Restoran juga sesak dengan seragam parti-parti bertanding..Seminggu dua ni memang kebanyakan tempat makan penuh petugas-petugas aneka parti politik..
Akhirnya saya masuk parkir Taman Tasik Permaisuri melalui belakang Stadium Bolasepak Kuala Lumpur berhadapan Hospital UKM tu.
Tak turun kereta pun
Dari luar pagar saya hanya masuk melalui pandangan mata.👁️👁️
Mendengar Warta Berita 8 pagi dari Radio Klasik sambil melihat warga kota beriadah di pagi minggu.
Manikmati sarapan pagi Mc muffin & Arabica coffee yang saya sempat beli selepas kecewa tak ada parkir kat Restoran Abadi
Menikmati sarapan dalam kereta sambil mendengar radio serta melihat menjamu mata dengan pandangan air tasik dan gelagat manusia ada ketikanya mampu memberi ketenangan .
Tidak sedar sudah 1 jam masa berlalu..Teringat ikan sudah hampir 2 jam dalam bonet kereta...
Ketika menolak gear reverse..dari cermin sisi ternampak ada orang berjualan dibelakang ..
Eh,sejak bila ada orang berjualan.Masa memakir tadi tiada pun orang berjualan..Lama benar saya dalam kereta hingga tak sedar apa berlaku disekeliling.Mata hanya memerhati tasik dan orang beriadah di hadapan..
Belakang khemah orang berjualan tu bangunan Sekolah Sains Selangor..
Sepanjang pemanduan balik....Kiri kanan jalan meriah dengan poster.Lebih 2 jam meronda ...balik masak...
Buang masa betul saya hari ini...
Kalau terus balik tadi dah siap masak dan membasuh dah agaknya..
sekali sekala...
ReplyDeletehihihi....
DeleteLegakan fikiran sat
Tak apalah Mama Cella. Sekali sekala buang masa 2 jam apa salahnya. Ada juga yang dapat dilihat, diperhati dan diambil iktibar.
ReplyDeleteTu la..kalau pakai track suit...boleh gak menyelit bakar kalori..Ni dok tambah kalori🤣
DeleteMe time tu MC :D
ReplyDeletehihihi..kira me time la kan
Deleteboring kan hari minggu xtau nk buat apa2 😅😅
ReplyDeleteBetul..
DeletePatutnya buat la sesuatu kan..
Ni telah mensia-siakan waktu...hihihi
Umi cella senaman mata.. 😉
ReplyDeletePaling mudah bila xde parking, drive thru macmuffin je.. sdp!! 💃
Aaa la ..baru perasan senaman mat🤭
DeleteBukan selalu kak. Sesekali buang masa untuk diri sendiri takpe je 😊
ReplyDeleteHihihi..
DeleteKalau pakai track suit boleh gak turun tengok bangau bersarang kat pulau tengah tasik..
Ni dengan pakai long skirt..segan nak turun ..orang lain pakai pakaian jogging🤭
elok redup cuaca di sana ye kak..pantai timur semalam hujan tak berhenti nak keluar cuci mata pun tak boleh asyik nak pejam mata je ada la haha
ReplyDeleteMeriah bendera dan manusia ramai orang berkempen sana sini. Merah biru berlawan lawan. Sesekali lepak dalam kereta menikmati makanan ber me time why not kan :)
ReplyDelete