Sunday 11 September 2022

DAH LAMA TAK SINGGAH MAKAN MEE KARI ZUL @ R&R ULU BERNAM

Ramai dah sunyi sepi di hujung minggu ni.Ada yang bercuti peristiwa🤣...baru balik jalan-jalan cari penat🤭..Pergi kenduri kahwin🥰 dan tak kurang juga yang tengah berpeluh lipat kain dan seterika pakaian stok untuk seminggu.
Rutim yang berulang setiap hujung minggu kan.....hihihihi.


7.55 pagi ..
Bye  bye  Gunung Jerai...Jumpa lagi in syaa Allah kalau ada rezeki umur panjang dan kesihatan mengizinkan..

Melepasi Bukit Gantang. menuju Jambatan Sungai Perak.Bukitnya berkabus sekitar 9.30 pagi


9.56
Baru melepasi Terowong Menora.Sebelah kanan Tol Ipoh Utara...Dulu kat tengah hiway PLUS ni pun ada Tol  Jelapang yang sudah banyak menelan mangsa.Tol yang juga ada kenangan pahit manisnya kepada saya.
Pernah mendapat pertolongan juru tol menghubungi Hospital Ipoh kerana sakit dalam bas nak melahirkan anak sulung.Jadilah Ipoh itu tanah tumpah darahnya..
Pernah bermalam di pejabat Tol Jelapang bila kereta pertama ( saga 2nd hand) buat hal dalam perjalanan balik KL lepas raya.Masa tu Adah masih baby.Semua staf melayan kami dengan baik.Mempelawa tidur dalam ofis mereka takut kami keembunan,tapi kami memilih tidur dalam kereta kerana segan dan tidak mahu menggangu pivacy mereka.Esok pagi kami exit Ipoh mencari bengkel.
Tapi sekarang Tol tu dah tinggal bekas..dah boleh jalan terus..sapa nak exit Ipoh boleh guna Tol Ipoh Utara dan Tol Ipoh Selatan.


10.01 pagi
Bukit- bukit dan gunung batu kapur di Perak memang unik bentuknya.


10.14pagi..
Gunung/Gua Tempurung.Tiap.kali melewati pasti saya teringat kehilangan Acap yang hingga kini masih misteri.



10.18...
Menuruni jalan selepas Gua Tempurung.Kenderaan agak ramai menuju ke utara..
Makan kenduri agaknya🤭


Setiap kali lalu sini pasti saya akan menoleh kaki gunung di bawah sana.Banyak penempatan di kaki gunungnya persia kaki Gunung Kinabalu.Sayang tidak dapat mengambil gambar penuh untuk menjelaskan.


TERLEPAS R&R TAPAH sebab duduk lorong tengah..Tak sempat nak belok kanan sebab terhalang treller.Lain kali sila rancang perjalanan anda..!



11.31
Singgah R&R Ulu Bernam..67.6km selepas R&R Tapah..


Pilih Mee Kari Zul yang dulu pernah jadi kegemaran setiap kali perjalanan dari Kedah nak balik KL.Sehinggalah Covid melanda...Selama itu juga tidak lagi menyinggah.Tak tahulah mee kari tu jual ke tak masa PKP dulu.
Tu yang berhenti ja R&R Ulu Bernam terus deside nak makan Mee Kari Zul 
Sayangnya sekarang macam ada yang kureng.Kuahnya masih sedap seperti dulu tapi mee kuning seperti mentah tidak dicelur dengan baik.Terung goreng juga sudah tiada ..sebaliknya diganti ½ batang bendi rebus.Ada mee kari biasa RM6..
Ada  3 jenis mee kari special dengan pilihan ayam,daging dan kerang.Saya memilih mee kari special ayam.Ayamnya hanya coet..tiada lagi seketul besar ayam goreng macam dulu.Wahai Mee Kari Zul...kembalikan mee kari zul yang dulu..
Faham,semua bahan mentah naik.Tapi kan harga pun dah naik daripada RM6 kepada RM8..Boleh kurangkan porsinya jika masih terbeban kos..tapi tolonglah teruskan kekal rasa yang dulu!
Sayang sebab kuahnya dah pekat dan sedap ..mee tu tolong la celur ya staf Mee Kari Zul.
(tak nak ikut pun tak apa sebab saya dah tak selalu berhenti kat situ dah)🤭
Tapi kalau tersinggah lagi..mungkin akan repeat bila teringin.. hihihi


12.25...
Baru 8 minit melepasi Tol Duta.Sedang bersesak di belakang Tasik Perdana menuju ke Muzium untuk melalui Jalan Istana..
Alhamdulillah dah menjejak bumi KL semula.
Esok jangan nak Monday Blues pulak..!

8 comments:

  1. Sejak2 Covid ni tak pernah lagi singgah makan/minum di R&R. Kalau berhenti solat pun tapau ayaq ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..bila kenang masa PKP...nak solat pun kena bawah pokok ja..
      Nasib baik sekarang surau dah buka

      Delete
  2. Alahai, kenapa Cik Zul buat hal ni. Mee kari antara makanan terakhir jadi pilihan sy sebab sy risau tak menepati selera. Ulu Bernam ni pun rasanya macam tak pernah singgah.

    Oh, ada peristiwa penting rupanya kat Tol Ipoh tu ya, nasib sempat ke hospital, kalau tak tentu terpatri kenangan bersalin dalam bas, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun bukan peminat mee kari tapi mee kari Zul ni pernah saya suka🤣
      Tiap kali lalu tempat-tempat kenangan..pasti mengusik jiwa

      Delete
  3. dah lama x berjln ke utara duku Mak Pah cuci air buah pinggang 2 kali sehari boleh je pi travel sbb gap masa cuci tu panjang..la ni susah nak travel sebab dh kena cuci 4 kali sehari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu ..
      Semoga baik-baik saja Mak Pah..tak apalah tak dapat berjalan jauh..Tapi Allah masih kurniakan nikmat dikelilingi keluarga yang penyayang

      Delete
  4. Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

    .................................................................

    ▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

    ..................................................................

    ▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
    Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

    ...............................................................

    Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..😉

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete