Friday 30 September 2022

AL- FATIHAH UNTUK AIMAN KAWAN CELLA

Semalam petang hampir maghrib ,Cella beritahu rakan sekelas @ UniSZA iaitu Aiman baru kemalangan dan kritikal di HKL.
Tengahmalam dapat khabar,rakannya itu telah kembali ke Rahmatullah..


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku..  Ampunilah dia, kasihilah dia.. rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya...

AlFatihah

    

   . بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

 ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱ

لضَّاۤلِّينَ۞امين

Rezeki Cella untuk dapat menziari jenazah kerana semalam bergerak balik dari Kedah ke KL..

Sekarang ketika hampir maghrib ni Cella update Cella masih kat Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah bersama rakan-rakan mengiringi perjalanan terakhir rakan sekelas.Rakan-rakan dari Trengganu juga katanya ramai yang terus bertolak dari Trengganu malam tadi sebaik sahaja mendapat berita dan sempat tiba sebelum jenazah dikebumikan selepas asar tadi.Kalau ikut perancangan awal,lagi 30 hari mereka semua akan sama-sama menaiki pentas graduasi @ UniSZA setelah berjaya menyelesaikan pengjian peringkat diploma pada bulan lepas.

Nampaknya mereka akan kekurangan seorang calon kerana Allah lebih menyayanginya.Perginya di malam Jumaat akibat kemalangan ketika sedang bekerja part time sebaik habis diploma tempoh hari(sepatutnya hari ini hari terakhir ya bekerja kerana akan menyambung pengajian peringkat ijazah dalam masa terdekat)

Perginya di hari malam Jumaat penuh rahmat .Sepanjang hari ini mendung tanpa hujan seakan mengiringi pemergian Aiman,salah seorang  anak soleh bekas pelajar tahfiz.Kata Cella tadi masa jenazah sampai diperkuburan beberapa kumpulan burung terbang seakan membuat formasi sambil mengiring jenazah...entah dari mana datangnya burung yang banyak itu.Mungkin dari persekitaran atau belukar berdekatan...

Wallahu'alam 


6 comments:

  1. Innalillahiwainna ilaihirojiuuuunnn...

    Allah.. rasa nak pecah dada 😓

    ReplyDelete
  2. Innalillahi wainnailaihiraajiuun.
    Tiada kata mampu diungkapkan melainkan semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal Soleh. Dan diberikan ketabahan serta ketabahan buat keluarga arwah terutamanya ayahanda dan bondanya. Allahu Akbar.

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwainnailaihirojiun...semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh...

    ReplyDelete