Wednesday 24 August 2022

BAYAM BRAZIL TUMIS BELACAN

Malam tadi masak sayur Bayam Brazil Tumis Belacan.

BAYAM BRAZIL 

2 cekak bayam brazil.

Minyak,garam,secubit gula.

Bahan tumbuk:

2 cili merah

5 cili api merah.

5 bawang merah.

2 bawang  putih.

Sikit bilis & belacan

1. Rendan dan bilas bayam brazil beberapa kali  supaya hilang pasirnya.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.Tambah garam dan secubit gula  untuk seimbang rasa .

3. Bila mendidih dan naik minyak,masukkan bayam brazil.

4. Balik-balikkan sekejap sahaja dan sesuaikan rasa 


Banyak bayam brazil pemberian Haziq kawan anak bujang tu.Ada juga sedikit daun ulam raja.Dia selalu ja bagi macam-macam.Ni rasanya maknya balik kampung kat Johor ni.Sebab ada juga dia bagi sekali mee siput.Nanti nak goreng makan dengan sambal tumis.

Penuh plastik ni sayur bayam brazil tu.


Paginya saya goreng mihun untuk bekal dan sarapan pun saya campurkan sekali bayam brazil ni.Selagi ada ...hihihi



Kerana bayam brazilnya masih banyak..
Sebelum maghrib,tanak nasi,dan goreng sayur ni.
Sayur Bayam Brazil Tumis Belacan ni sedap makan panas-panas sebelum daun hijaunya bertukar gelap.Masak pun jangan lama sangat baru sedap...kat tekak saya la...hihihi

Tambah juga Ikan Bilis Goreng dengan Lentang,Bawang dan Cili sebagai tambahan.


Tambah lagi 2 biji telur dadar sebagai pelengkap.
Anak bujang tu tak makan sebab lauk tak kena dengan tekak dia.Adah keluar makan kat luar..
Makanlah saya bersama tuan tanah kedaung dua beranak..hingga tersandar kekenyangan.Lauk seadanya sahaja tapi cukup meransang selera hingga tak sedar perut dah penuh terisi..hihihi.

12 comments:

  1. Saya pun suka tambahkan bayam brazil dalam bihun goreng, gantikan sawi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan bayam brazil ni...Sawi selalunya anak-anak jarang yang suka .

      Delete
  2. SA suka bayam brazil...selalu tambah dalam maggi kari kalau takde sawi...goreng berlada tanpa belacan pun sedap kak....cuba la buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh...lupa pula pasal boleh masuk dalam megi..macam lama tak makan megim.dah habis la pula bayamnya

      Delete
  3. sedapnya kak, kt belakang rumah ada 1 pasu tapi jarang petik sbb kadang ada ulat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah baca petua...nak halau ulat secara organic katanya tumbuk bawang putih,tapis airnya buat sembur pada tanaman

      Delete
  4. Replies
    1. Sedap Syaz...lepas ni kalau ada lagi nak try masak lemak cili api

      Delete
  5. Lauk gini yg selalu buat terlajak makan ni MC :D

    ReplyDelete
  6. Lama tak masak BB ni. Dulu anak sedara Izzat rajin tanam masa pkp, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..masa PKP pokok ni viral la juga sebab pakat tanam dan mudah membiak

      Delete