BAYAM BRAZIL
2 cekak bayam brazil.
Minyak,garam,secubit gula.
Bahan tumbuk:
2 cili merah
5 cili api merah.
5 bawang merah.
2 bawang putih.
Sikit bilis & belacan
1. Rendan dan bilas bayam brazil beberapa kali supaya hilang pasirnya.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.Tambah garam dan secubit gula untuk seimbang rasa .
3. Bila mendidih dan naik minyak,masukkan bayam brazil.
4. Balik-balikkan sekejap sahaja dan sesuaikan rasa
Paginya saya goreng mihun untuk bekal dan sarapan pun saya campurkan sekali bayam brazil ni.Selagi ada ...hihihi
Kerana bayam brazilnya masih banyak..
Sebelum maghrib,tanak nasi,dan goreng sayur ni.Sayur Bayam Brazil Tumis Belacan ni sedap makan panas-panas sebelum daun hijaunya bertukar gelap.Masak pun jangan lama sangat baru sedap...kat tekak saya la...hihihi
Tambah juga Ikan Bilis Goreng dengan Lentang,Bawang dan Cili sebagai tambahan.
Anak bujang tu tak makan sebab lauk tak kena dengan tekak dia.Adah keluar makan kat luar..
Makanlah saya bersama tuan tanah kedaung dua beranak..hingga tersandar kekenyangan.Lauk seadanya sahaja tapi cukup meransang selera hingga tak sedar perut dah penuh terisi..hihihi.
Saya pun suka tambahkan bayam brazil dalam bihun goreng, gantikan sawi.
ReplyDeleteSedap kan bayam brazil ni...Sawi selalunya anak-anak jarang yang suka .
DeleteSA suka bayam brazil...selalu tambah dalam maggi kari kalau takde sawi...goreng berlada tanpa belacan pun sedap kak....cuba la buat...
ReplyDeleteOhhh...lupa pula pasal boleh masuk dalam megi..macam lama tak makan megim.dah habis la pula bayamnya
Deletesedapnya kak, kt belakang rumah ada 1 pasu tapi jarang petik sbb kadang ada ulat...
ReplyDeletePernah baca petua...nak halau ulat secara organic katanya tumbuk bawang putih,tapis airnya buat sembur pada tanaman
Deletesedapnya!
ReplyDeleteSedap Syaz...lepas ni kalau ada lagi nak try masak lemak cili api
DeleteLauk gini yg selalu buat terlajak makan ni MC :D
ReplyDeleteBenar sekaliiiii PH...hihihi
DeleteLama tak masak BB ni. Dulu anak sedara Izzat rajin tanam masa pkp, hihi.
ReplyDeleteKan..masa PKP pokok ni viral la juga sebab pakat tanam dan mudah membiak
Delete