Tuesday 16 August 2022

ASAM PEDAS SARDIN ....SEDAP MAKAN DENGAN NASI PUTIH & CUCUR KEMBONG

Hari ni masak sardin saja untuk lunch depa dua beradik tu kat rumah.Masak yang senang dan cepat saja awal pagi tadi untuk Cella dan abangnya.


Masak  satu tin sardin saja.Cukup la untuk depa dua.Cella dan abangnya yang cuti hari ni.Adah takda.


Sebab dah plan nak masak sardin sajo,maka tak la kelam kabut.Pukul 5 pagi baru masak.Lagipun hari ni tak masak bekal..Just masak  asam pedas sardin ni...sayur kobis ala mamak & dah pesan kat depa nanti kalau nak makan goreng ja telur dadar buat gu dengan asam pedas.


Lauk lunch untuk depa 2 beradik tu..
Saya masak lebihkan kuah...Selalu saya masak asam pedas masuk serai lengkuas bagai.Hari ni masak super simple saja.Hanya tumis bawang blend bersama cili blend dan serai ketuk.Tambah bunga kantan untuk aroma asam pedas.Dah masuk 3 tahun kot memang jarang blend cili.Sejak Ros ada jual segala bahan kisar,memang saya order saja dari Ros.Cili,kering,bawang besar,bawang merah,bawang putih,serai,lengkuas,halia,garam kunyit semua Ros kisar sendiri.Sangat memudahkan rakan-rakan yang memang kebanyakan malas macam saya...hihihi

Padahal Ros tu sama umur dengan saya.Ibu kepada  6 orang anak yang masih sekolah menengah dan sekolah rendah.Kalau dia buat kerja sambil bercakap sama laju macam peluru.pra..pra..pra..pra..prapraaaa....Siap....!
Semua kerja dia sempat buat...Sebenarnya tangan Ros tu ada berapa??? 

 SARDIN TIN ASAM PEDAS SIMPLE SAJA..
1 tin sardin mecerel
10 batang bendi
¼ cawan cili kisar
² sudu bawang kisar
1 bunga kantan
1 serai
1 sudu teh pes asam jawa
minyak,garam,gula

1. Panaskan 4 sudu minyak dan tumis serai ketuk & bawang kisar.Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak 

2. Masukkan sos sardin dan pes asam jawa yang dibancuh dengan 1 gelas air.Biar mendidih.

3.Tambah ikan, bendi,kantan,garam dan secubit gula untuk imbang rasa.


Saya tak bawa bekal sebab memang dah plan nak makan Nasi Dagang Kak Chik lagi hari ni..

Sedap sangat walaupun  selera saya masih kata Nasi Dagang Atas Tol terbaik setakat hari ni.
Tak tau la kot kalau lepas ni boleh jumpa nasi dagang lain ka yang boleh mengatasi Nasi Dagang Atas Tol.

Balik kerja tadi..tak boleh tahan selera bila nampak asam pedas dan sayur kobis tu masih berbaki.Terus panaskan nasi beras perang tu dan goreng sekeping ikan tongkol rebus.Ikan tu bukan hangus sangat tapi sebab masa rebus ikan tu saya letak asam,garan dan gula nisan.Alhamdulillah...
Sedapnya macam nak tambah lagi sepinggan...hihihi

Sampai lewat petang,asam pedas masih berbaki kerana depa dua beradik tu tak ulang makan nasi pun.Depa lata hanya makan lunch tadi saja.

Makanya sebelum maghrib tadi saya buat cucur kembong..


Dah lama tak menyucur ...skill cucur kembong dah mula ke laut...Dulu kalau buat  cucur kembong elok kemas ja bulat-bulat sama size dan kembong helok saja macam CUCUR KEMBONG BULAT-BULAT...kat sini.
Sekarang asal boleh saja.....hihihi

Maka...ni la dinner kami..
Malas nak bancuh kopi sebab tadi kat tempat kerja dah 2 cawan buat kopi..Bebudak tu pun taknak bila saya offer nak buatkan teh 0 panas..So pakat minum air kosong saja...


8 comments:

  1. Sy dah jarang jumpa lauk sardin skrg. Kalau betul2 teringin, baru masak. Kadang jumpa lauk sardin kat kedai tapi memikiokan regenya kalah jugak ikan fresh, lebih baik sy makan ikan atau ayam, hihi.

    Agak2 kalau sy jual cili kisar boleh laku tak? Tambah kalau ada ramai kawan yg malas macam Mak Cella, haha. Tapi, sy percaya, ni bukan sebab malas tapi lebih kpd bantu dan sokong kawan2 meniaga, betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh,memang harga sekarang macam tak masuk akal...
      Bab cili tu,pun ye jugak...
      Hehehe...

      Delete
  2. tak pernah lagi masak asam pedas ikan sardin, kalau masak lemak atau kari ikan sardin biasalah kak. Boleh cuba lah nanti nih..... memang sedap tu kak cok kembong cicah asam pdas.... mau tak sedar ngap ngap tahu2 habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sardin ni masak apa pun bagi saya sedap ja..
      Lagipun penyelamat ketika sibuk.Tapi tu la harga dia la pulak

      Delete
  3. Dah lama x makan asam pedas sardin..nak buat confirm x jadi...nanti la cari...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish....apa pulak tak jadi..Banyak lauk-pauk masakan SA dok tengok dalam pos SA tu nampak sedap-sedap belaka...

      Delete
  4. Kalau lauk sardin, mesti nak tambah telur dadar. Itu sayalah. Sardin asam pedas memang sedap! Tapi memang sekarang nak beli sardin bila tengok harga memang tak berapa sedap mata nak memandang. Sudahlah sardin kegemaran kita tu cap kayangan hahahahaa. Marilah cari tangga, turun dari kayangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Telur dadar adalah gandingan mantop bersama sardin..hihihi.
      Betul..sekarang sardin harga kayangan..
      Cap 🐓 pulak memang la kayangan harganya..
      hihihi

      Delete