Monday 25 July 2022

MAKAN SOTONG CELUP TEPUNG @ KUALA IBAI

 Masa kat KL lagi Adah dah cakap nanti nak gi makan sotong celup tepung kat Bawah Jambatan Kuala Ibai.

Tempat tu pukul 5.30 petang baru buka..

Cella pun call bagitahu pukul 3 petang baru dia habis kerja-kerja mengemas kelas,studio dan bengkel...Dia minta pick up dia kat Pantai Batu Buruk sahaja.Nanti dia pergi naik maxim dengan kawan-kawan.

Pukul 5.30 terus gerak dari Arena Hotel tu.Tak jauh pun dalam 10 minit gitu dah sampai.

Dah pick up Cella & 3 orang lagi kawannya.Bersesak la depa 4 orang kat seat belakang.Nasib baik badan kecik-kecik belaka🤭


Lebih kurang 20 minit dari Pantai Batu Buruk dah sampai Medan Ikan Bakar Kuala Ibai ni.
Kami sampai dalam pukul 6++ memang kerusi meja yang mengadap kuala dah penuh.Semua tengah tunggu makanan sampai sebab baru buka 5.30 tu..
Nampak ada satu meja tepi lorong masuk macam takada orang.Rupanya ada sorang budak perempuan dalam umur 6@7 tahun ada kat meja tu.Agaknya mak bapanya tengah pilih ikan kat kat luar.Uiiiii....dia nampak kita pi dekat meja dia...Dia punya cekak pinggang sambil tepuk-tepuk meja kalah Sarip Dol Samseng Kampung Dusun baq ang...!!!!🤣🤣🤣🤣🤣
Bekeng tak leh bawa bincang...!!!🤭
Kita lalu jer kot tepi meje tu sebab nampak macam takda orang...😁
Akhirnya duduk la kami di meja tengah tak mengedap laut 


Alhamdulillah,tak lama lepas tu ada meja yang dah siap makan tepi tangga jeti...Dapat la kami pindah meja untuk mengadap kuala dan open air.

Baru dapat sebahagian makanan yang dipesan..
Pakat dok gelak mengenangkan budak perempuan yang bekeng tadi..🤣


Alhamdulillah makanan dah sampai semuanya..
Pesan 2 pinggan Sotong Celup Tepung.Dua pinggan tu +-RM60..
Saya pesan Nasi Goreng Ikan Masin.
Adah pesan Kue Teow Ladna.
Cella Nasi Goreng Seafood
Mimi Nasi Goreng Patayya.
Haiqal Mee Goreng Mamak
Lokman Nasi Gorwng Tomyam
3 Teh Peng
3 Air Buah
Total RM 130++

Kata Cella Mimi dan Haiqal tu classmate dia.
Lokman tu pulak katanya junior depa.Dia nak ikut sebab malam dia dah nak balik Kulim naik bas untuk cuti sem.

Cella,Haiqal dan Mimi ni semua dok KL..Semua rakan lain dah balik.


Lepas makan hantar depa balik kolej semula.Dah sunyi sepi kerana kebanyakan dah balik kerana cuti sem dan dah habis sem.Kos Cella antara yang paling akhir paper nya..Ramai classmatenya dah balik sejak Khamis semalam.Cella dan beberapa rakan akan balik hari Sabtu

Sebenarnya ni sem akhir dah untuk Cella dan rakan-rakan kelasnya.Pejam celik pejam celik dah genap 2 tahun Cella kat Trengganu.Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana telah memudahkan urusan dan Cella berjaya menghabiskan pengajian diplomanya.
In sha Allah bulan Oktober/November nanti konvo
Semoga Allah kurniakan rezeki untuknya dapat pula sambung degree lepas ni.
Beberapa hari sebelum Raya Haji hari tu dia balik untuk interview kat salah sebuah IPTA di Lembah Klang ni.Selain tu kata Cella dia ada isi UPU  beberapa IPTA lain.In sha Allah bulan Oktober nanti result UPU keluar.
Mohon sama-sama doakan agar ada rezeki Cella untuk sambung degree lepas ni...
Amiiinn...🤲🤲🤲


14 comments:

  1. Semoga Cella dapat menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi

    ReplyDelete
  2. Fuh... kalau #theIMANs tgk sotong tu mmg hepilah diorg meratah... all the cella... tahniah dh abis dip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...tapi sayap ayam panggang kat Sarawak pun sedap juga kakmim

      Delete
  3. Amin ya Allah. In syaa Allah Cella akan dapat sambung pengajiannya.
    Sekejap jew masa berlalu kan Mama Cella. Fuad pun sudah degree pada 20 Julai dan kelmarin menjalani praktikal di Klang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn...
      Alhamdulillah...tahniah juga Fuad...& selamat menjalani praktikal...wah
      tak jauh la dengan Bukit Hijau tu ..🤭

      Delete
  4. Pejam celik, pejam celik, ehhh.. dah habis diploma dah Cella. InsyaAllah dapat sambung degree nanti. Sambung kat Puncak Alam mehhhh.. hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin....
      Dia cakap ada apply juga UiTM tu...tapi tak tau la mana nak jadi rezeki dia...
      Terima kasih atas doa..Moga Ahnaff & Sofea juga menjadi anak cemerlang dunia & akhirat

      Delete
  5. Aamiin..semoga dipermudahkan segala urusan Cella...Auntie doakan yang terbaik untuk Cella dan family...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn...
      Terima kasih SueGinola...
      Doa yang sama juga untuk anak-anak SueGinola

      Delete
  6. boleh tahan guna harga sotong tu ye kak... tapi mungkin pinggan besar kot tu nampak banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sotongnya memang besar,fresh dan ada telur pulak tu Dana...
      Kalau kat KL yang mentahnya pun belum tentu dapat harga tu...

      Delete
  7. Betul, rasa sekejap je dia kat sana. Anyway, alhamdulillah dah nak convo.
    Moga ada rezeki utk sambung degree aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn..
      terima kasih atas doanya....amiinnn

      Delete