Wednesday 22 June 2022

BUNGA BETIK TUMIS PEDAS


Makan nasi berlaukkan Bunga Betik Tumis Pedas..

Alangkah nikmatnya kalau ada lagi bunga betik untuk saya tumis lagi..

Minggu lepas (sebenarnya dah masuk 2 minggu lepas) masa balik Kedah...rezeki dapat bunga betik yang lebat di tebing  tali air tepi rumah Achik..

Takdak sapa yang suka makan..

Maka jadi rezeki saya la memetiknya bawa balik KL..


Bila dah seharian dalam bonet kereta...bunganya mudah lerai dari tangkai


Bunga yang mekar mula layu..

Saya kutip bunga yang masih kudup seperti cotton bud rupa dia.


Saya masak ikut gaya Cikgu Amie dari blognya

BUNGA BETIK TUMIS PEDAS

1 mangkuk bunga betik.

Minyak,garam dan sedikit perasa.


Bahan Tumbuk:

10 cili padi.

5 bawang merah.

5 bawang putih.

1 genggam bilis 

1 ketul kecil kunyit( saya tambah supaya warna lebih segar)


1. Celur bunga betik dan tapiskan.

2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum.

3. Masukkan bunga betik celur dan bahan perasa( saya guna secubit kiub pati ikan bilis)

4. Kacau rata dan sesuaikan rasa.Siap

**masa saya tengah taip resipi ni,En Solan menjenguk screen handphone saya & dia tanya " hantar resipi kepada siapa?"

🤭🤭🤭🤭

Saya hanya gandingkan dengan lauk kontroversi ni sahaja ..
Ayam kan menjadi kontroversi sekarang ni kan.

Katanya lepas ni nak dinaikkan RM15 sekilo.
Huhuhu

Oleh kerana sayur ni hanya saya sorang yang makan..maka makan la dengan aman dan bahagia..Meratah sambil baca surat khabar.Surat khabar online je la yang ada pun..hihihi

10 comments:

  1. Sy kalau sayur kampung mcm ni cepat ja telioq haha ...
    Entahlah MC, serba-serbi mahai la 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan nostalgia kita kan kalau lauk2 kampung .Tapi bunga betik ni sedap betul la PH

      Delete
  2. Tak pernah masak bunga berik. Menarik ni. Nanti boleh Cuba.

    Terima kasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la fizalinolie..
      Saya rasa sedap sangat sebab sebelum ni dok masak saya tak rebus dulu.Bila rebus dulu rasa dia lebih sedap

      Delete
  3. wahhhh blh mkn rupanya bnga betik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ezy.fia
      Bunga,pucuk,dan buahnya.
      Saya tengok kat youtube,di Indonesia batang betik yang masih muda(dekat pucuknya) pun dijadikan ulaman mentah.Nampa sedap betul dorang kunyah rangup.

      Delete
  4. Dulu saya tak tahu bunga betik boleh dibuat sayur. Dah kawin baru tahu. Keluarga Encik Suami suka masak bunga dan pucuknya sekali. Sekarang kalau nak makan lauk bunga betik, Encik Suami minta dari pekerjanya yang rajin tanam pokok betik. Kalau ada pokok jantan, memang selalulah dapat bunga betik. Sejak berumur ni, saya suka makan yang pahit2 Heheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..banyak dapat ilmu masakan dari blog cikgu terutama masakan Sabah dan Cocos..Lepas ni kalau ada bunga betik lagi nak try lodeh Cocos la...

      Delete
  5. Xprnh terbayang bunga betik tu bole dimasak.. 🤗

    ReplyDelete
  6. buat kerabu sedappp.... mak selalu buat ma kita kecik kecik dulu..alahai sekarang susah nak jumpa pucuk dan bunga betik

    ReplyDelete