Wednesday 11 May 2022

MASAK SAMBAL SARDIN & BILIS GORENG CILI BAWANG UNTUK IFTAR

Ramai yang dah raya puasa 6 ke?

Tahniah kepada yang dah selesai puasa 6..Saya baru half way ..

Baru masuk hari ke 3..

In shaa Allah...kalau rajin nak direct minggu ni agar dapat beraya 6 pada hari Ahad.Isnin kan cuti Hari Wesak..Kita sambung raya kita la..hihihi


Masak sambal sardin ja untuk iftar hari pertama iaitu hari Isnin.

iftar pun sorang-sorang sebab Adah & abangnya balik malam.

Walaupun iftar sorang,tapi selera ya ampun!


SAMBAL SARDIN

1 tin kecil sardin mecerel

2 sudu besar cili kisar + 1 sudu bawang merah kisar

5 biji cili api hijau-belah

½ bawang besar -hiris bulat

5 ulas bawang putih-biar sebiji sebiji

1 buah tomato masak-belah6

Minyak,garam & secubit gula


1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik minyak.

2. Tambah tomato,bawang putih dan bawang besar,garam dan secubit gula

3. Jika terlalu kering+ sedikit air.

4. Masukkan sardin bersama sosnya..Biar mendidih sekejap.Tambah cili padi belah dan sesuaikan rasa



Gu pula dengan bilis goreng cili bawang...


Ulamkan dengan kobis mentah..
Masha Allah rasa sedapnya...
Alhamdulillah masih ada nikmat makan dengan berselera walau hanya berlaukkan sardin dan bilis..

Semalam iftar saya hanya masak Nasi Goreng Sardin.Sebabnya nasi ¾ periuk masih elok.Sambal sardin hanya berusik kuah sebab saya tak makan pun ikannnya.Adah dan anak bujang tu tak jamah pun  sebab depa dah makan kat luar sebelum balik.


Gu dengan keropok ikan.Dua hari iftar sengsorang tapi seleranya...kus semangat!

Anak bujang tu turut berpuasa 6 tapi dia beriftar kat luar sebelum balik..

10 comments:

  1. Semoga terlaksana hajat nak beraya ahad & isnin.

    ReplyDelete
  2. Sedap2 juadahnya
    selamat menunaikan ibadah puasa 6

    ReplyDelete
  3. Sedapnyeee.. selamat hari raya, maaf zahir batin kak 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya juga untuk Jaja dan famili...Maaf zahir batin ..

      Delete
  4. Nikmatnya dapat makan bilis goreng,sambal sardin..lari dari ayam dan daging..selera kita mak2..
    Sama la saya pun baru mula berpuasa enam..selamat hari raya,maaf zahir dan batin pada Puan..dan salam ingatan dan salam sayang anaknda Cella..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Ogy...
      In sha Allah akan disampaikan salamnya ..

      Delete
  5. Selamat hari raya kak..Insha Allah thn dpn nak tempah biskut kat akak plk..harap sgt ada rezeki merasa air tangan akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya elyda...
      Alamak,malu kalau nanti biskutnya tak sesedap yang dibayangkan🤭
      Apapun in sha Allah semoga ada rezeki kita berjumpa

      Delete