Thursday 12 May 2022

BUAT KETUPAT PULUT HITAM- PERBEZAAN PULUT HITAM BUBUR vs PULUT HITAM KETUPAT

 

Ketupat palas .
Ketupat pulut putih vs Ketupat pulut hitam 


Sudah lebih 20 tahun rasanya mak saya tak buat ketupat pulut hitam.Kalau makan pun dari pemberian orang lain.

Ketupat pulut hitam mempunyai peminat tersendiri.Namun bagi saya ia lebih kepada nostalgia.
Dulu masa zaman mak masih muda,memang mak mengerjakan sawah bendang bersama arwah ayah.Selain padi biasa,pastinya sepetak bendang dikhaskan untuk tanam padi pulut.Kalau ada benih pulut hitam,petak padi pulut tadi dibahagi dua.Setengah padi pulut putih dan setengah lagi padi pulut hitam.
Padi pulut hitam mudah nak kenal kerana batang rumpun padi dan daunnya juga   berwarna kehitaman seperti tebu hitam.

Pic Google

Dulu dapat lihat live pokok padi pulut hitam,sekarang hanya tengok kat Google sahaja kerana mak saya sudah tidak lagi mengerjakan sawah bendang,sebaliknya dipajak kepada orang mengerjakannya

Raya baru ni mak masak ketupat pulut hitam banyak.Sayangnya saya lupa snap pic ketupat yang banyak itu.Hanya gambar ketupat dalam pinggan sahaja.


Ok saya nak bagtau (untuk yang tak tau la)perbezaan antara pulut hitam untuk bubur dan pulut hitam ketupat..

Pic Google
Pulut Hitam Bubur
Ni saya pinjam pic Google sebab kebetulan stok pulut hitam bubur tak ada pula kat rumah..
Pulut hitam bubur hitamnya berkilat dan warna hitamnya sekata cantik.
Pulut hitam ni sesuai masak bubur kerana ia berselaput dan keras.Bila masak bubur kena masak agak lama dan kulit selaput tu sedap kerana ada tekstur bila dikunyah.Ada juga orang yang guna pulut hitam ni dicampur dalam ketupat tapi kena rebus berasingan sebelum dicampur dalam pulut putih kerana ia lebih keras dan lambat empuk.Jika terus dijadikan ketupat tanpa rebus ia akan mentah sedangkan pulut putih sudah masak terlebih dahulu kerana lebih lembut



Ini pulut hitam untuk ketupat..
Saya beli dari shopee.Pembekalnya dari Perlis.Sekilo +postage lebih kurang RM20.
Sepanjang puasa  baru ni saya beli 3kg.Sekilo untuk saya sendiri dan 2kg pos kepada mak.

Pulutnya tidak hitam berkilat sebaliknya bercapok putih.Pulut hitam jenis ini lembut sama seperti pulut putih dan tidak perlu direbus berasingan 

Untuk membuat ketupat pulut hitam..kita tidak menggunakan 100% pulut hitam..
**Ni saya buat bersama masa bulan puasa 


Saya menggunakan ratio 1:2 iaitu 1 bahagian pulut hitam ketupat dan 2 bahagian pulut putih.Saya guna ½kg pulut hitam ketupat dan 1kg pulut putih.

Hasilnya selepas diaron(dikacau ½ masak dalam santan mendidih).
Walaupun hanya sebahagian pulut hitam dan dua bahagian pulut putih tapi bila dimasak bersama,warna hitam(sebenarnya macam warna ungu pekat) akan mempengaruhi
Untuk resipi dan step by step boleh rujuk 

Resipi dan sukatannya sama sahaja macam pulut biasa cuma yang ini menggunakan campuran pulut hitam

Saya aronkan 1½kg campuran pulut hitam dan pulut putih.Hasilnya dapat dapat hampir 100 biji ketupat saiz sederhana



Warna hitam pulut tu berbayang dalam daun palas.Ni masa ni belum rebus.

Guna daun palas dah kecut-kecut..Bawa dari kampung


Ni hasil bungkusan dari Ruby..


Yang saiz besar saya bagi kepada Ruby dan Yati

Saya hanya ambil 10 biji .Selebihnya saya bagi kat depa.

Rebus kat rumah.

Jadi hidangan iftar..

Ini hasil yang saya masak bersama Ruby dan Yati masa bulan puasa beberapa minggu lepas..
Ada saya cerita dalam post 

Begitulah perkongsian tentang ketupat pulut hitam.Saya plan nak buat lagi weekend ni untuk Raya 6..In sha Allah





8 comments:

  1. Buat lebih kak..boleh dtg berayaaa 🤣🤣

    ReplyDelete
  2. Dapat pengetahuan baru
    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. x penah rasa ketupat pulut.. mst sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah sedap kakmim,..kat Sarawakrasa dia lebih kurang macam ketupat pulut daun kelapa yang rebus dalam santan tu

      Delete
  4. Oh, begitu. Jadinya, adakah yg biasa sy beli pulut hitam tu, utk buat ketupat? Sebab rupanya sama macam dalam gambar. Yg utk buat bubur saya jarang jumpa.

    Rasa macam nak order frozen pulak, tapi cekana nak ameknya, heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..tak pastilah pulak pulut yang SK beli tu..tapi dari pengetahuan saya kalau pulut ketupat dimasak bubur dia " pecah biji" maksudnya pulut tu nanti kembang benyek..wallahua'lam

      Delete