Tuesday 3 May 2022

HARI RAYA AIDILFITRI 2022 @ KAMPUNGKU

 Raya Puasa 2022...

Antara yang dapat dirakamkan sepanjang hari pertama Syawal 1443

Pagi-pagi kami bertolak balik kampung.Walaupun raya terkejut,tapi Alhamdulillah....sempat kami masak sepanjang malam raya dan pagi raya untuk hidangan seadanya kepada tetamu.Seperti sebelum ini juga...kami masak di rumah kat pekan...dan bawa balik ke kampung.

Cuma..plan asal hari Selasa kalau belum raya,kami nak la balik kampung dulu nak bersihkan rumah.Maklumlah,rumah tinggal,setahun 2x sahaja kemas untuk tetamu datang.....hanya balik beraya...
Itupun dah dua tahun tak beraya di rumah kampung kesan pendemik covid.,..
So,tahun ni semua orang teruja nak beraya....


Belum siap kemas depan rumah....dah ada kanak-kanak datang beraya.....
Alhamdulillah...walau rumah kampung ...mak dah tak tinggal situ...hanya pada hari raya....open untuk tetamu datang...


Ketua kampung yang tak pernah lupa datang bertandang ziarah mak setiap kali lepas solat raya


Kanak-kanak juga yang selalu memeriahkan suasana ceria dan raya.Mereka masih setia datang beraya saban tahun

Walau hanya sekadar bertamu di anjung yang atapnya sudah berlubang sana sini...itu bukan masalah...


Makan kuih raya dan ketupat saja dulu.Nasi tomato yang menjadi menu wajib pagi raya saya dah siap masak bersama acar timun nanas papadom dan kari daging.Ayam masak merah Achik yang masak.Tapi Achik belum sampai masa ni sebab depa tersangkut kat Petronas beratur nak beli air mineral...kampung takda air....Dah beberapa kali raya kampung takda air...huhuhu


Masih dengan kehadiran tetamu cilik...Kampung kami tak la besar...rumah tak sampai 100 buah pun..terbahagi pula kepada dua dipisahkan bendang dite gah-tengah.Sebelah rumah mak memang semua dah warga emas..Hanya meriah bila raya ketika anak cucu pulang.


Seronoknya menjadi kanak-kanak.Beraya tanpa prejudis..


Yang lelaki dengan bermotosikal...

Tetamu dewasa..
Anak-anak sedara mak..

Tetamu dari Sarawak katanya...student UPSI & UniSel..
Anak-anak gadis boleh makan dalam rumah.


Tuan tanah pun tumpang sekaki makan bersama tetamu sebab lauk ayam masak merah by Achik baru sampai...

Seronok kembali dapat bersalaman dan kunjung mengunjung setelah 2 tahun tidak dibenarkan..

Antara famili yang saban tahun setia menziarahi mak...
Demikian lah antara senario dan warna warni hari raya pertama @ kampung.

Mencuri masa ke kuburan sebentar menziarahi "rumah" tokwan,ayah dan kakak kami..

Kuburan sederhana untuk kampung kecil kami...


Dipenuhi semak samun lantaran sudah 2 tahun tidak dibersihkan..


"Rumah" ayah hampir hilang dihempak pokok keriang tua yang tumbang sedikit masa dulu.

Haikal mengetuai bacaan doa untuk atuk dan moyangnya merangkan ayah kami dan tokwan kami.


Kami mengaminkan doa yang dibaca Haikal.

Usai menziarah kuburan kami menyusuri lorong ke kampung lama tempat kami membesar sebelum berpindah ke tanah mak pada 1984.



Kami memyusur tepian tanah sawah kepunyaan mak.Mengimbau kenangan mengutip buah keriang lada.Pohonnya masih gagah berdiri walau dimamah usia.Seakan terdengar suara-suara kami bersama anak-akan kampung berlarian ditengah bendang dengan baju raya.Dulu ditangah bendang itu jalan yang menghubungkan seberang sana dan seberang sini serta  sibuk dengan laluan motosikal dan basikal.Parit-paritnya sebahagian masih ada dan selebihnya sudah hilang ditolak jentera meluasakan sawah.Landskapnya sudah jauh berubah namun kenangan itu tak pernah hilang dalam ingatan.
Serasa ingin menangis tatkala bayangan kenangan lalu melintas di depan mata tapi gagal untuk masuk ke dalamnya kerana kenangan lalu tak kan berulang.Jika pun berulang pastinya tidak sama..Enggan berlama dibuai memori silam...kami beransur meninggalkan dataran kenangan itu.

Petang sebelum maghrib ...kami mengemas semula dan kembali ke rumah di pekan...
Apa juadah yang kami hidangkan untuk tetamu?
Next entri kami kongsikan juadahnya...

2 comments:

  1. Banyaknya kenangan!
    Tentu satu demi satu memori lama menjelma kembali dalam ingatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah semestinya...
      Jalan cerita kita zaman kanak-kanak ada tidak jauh beza cikgu..Kita sezaman mungkin berbeza umur setahun dua...🤭

      Delete