Tuesday 19 April 2022

RONDA-RONDA WAKTU MALAM TENGOK ORANG SHOPING RAYA

Balik majlis berbuja puasa @ Surau As-Sobirin tu,kami pusing-pusing KL tengok orang.


Tahun ni lampu raya tak meriah sangat.


Ni kat bangunan apa tu yang susur nak ke bulatan Bank Negara tu....nampak meriah kat bangunan putih tu.Ramai orang macam ada sesuatu.



 So..Go..!

Tahun 90an meriah kat sini

Adah terlepas simpang...berpusing ke Bukit Nanas...
Dulu sebelum terkenal dengan KL Tower ni...pernah terkenal dengan kereta kabel...
Ingat lagi tak lagu KBSR tahun 80-an & 90-an..?

Lagu Kereta Kabel ke Bukit Nanas

🎼Kereta kabel ke Bukit Nanas,
Bawa ku pergi ke tempat tinggi,
Bukit yang tinggi dapatku lintas,
Hatiku riang tidak terperi...🎶🎵

Mari bersama ke Bukit Nanas,
Mari bersama ke Bukit Nanas....🎶

(tu ja wording yang masih ingat)
Saya nyanyi lagu tu masa lalu sini..Adah pandang pelik..hihihihi


Dulu sebelum wujud bangunan ni...kami hanya kena Aked Ibukota,Kamdar,Nagoya..hihihi...

Banyak juga kenangan di sini ...Bukan shoping..tapi short cut dari parking Dang Wangi nak ke Semua House🤣

Adah kata nak gi Muaz cari tudung .Sudahnya jamu mata saja tengok orang..hihihi


Dah, jom balik ngadap jem...hihihi
Tapi esoknya Sabtu,Adah keluar juga gi Jalan TAR tu dengan kawan-kawan sama intern kat TV Hijrah dulu.Saya memang tak ikut la...kalau ikut,sapa nak mengadap adunan cookies ..hihihi

7 comments:

  1. Kita pun malam tadi ronda gak, pusing-pusing jerr survey.. pun takde berkenan...

    ReplyDelete
  2. belum masuk KL lagi semenjak posa...plannya malam Isnin nak ke KL tapi lain pulak jadinya

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak masuk KL :(
    Sebelum balik kampung nak juga jalan-jalan tengok suasana hihi

    ReplyDelete
  4. Rajinnya Adah jenjalan mengimbau kenangan....SA dah pergi Jlan TAR semalam...tobat la..x nak dah pi time2 cenggini...

    ReplyDelete
  5. Dulu waktu masih kja di KL, sanggup dtg ofis awal pg n menapak ke jln Tar.. mcm2 ada.. 💃

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Puan sharekan video jam2 di KL. Terubat rindu 15 tahun tak raya di Msia. Terima kasih ya Puan.

    ReplyDelete