Balik kampung kalau naik bas malam,rasa untung sehari sebab bila sampai waktu pagi dah terus boleh beraktiviti.
Dah lama tak makan nasi @ kampung.Selalu balik,makan kat rumah baru atau kat rumah Achik.Tapi balik kali ni Achik bz sebab on duty.Tapi Achik dah "wakafkan" Myvi merahnya untuk kegunaan kami sebab balik naik bas kan...
So,deside nak lunch kat kampung walaupun tanpa Achik,Pakcik dan Aqil.
Kami balik 3 beranak sahaja..Saya,emak & Cella
Ambil 2 ekor.Bawa balik kampung dan bersihkan.Mak cantas 1 ranting buluh buat semanggang untuk kapit ikan ni.Teruja Cella dapat kapit ikan pada semanggang tradisional.
Bakar ikan cara primitif..Mak pacakkan pangkal semanggang buluh di tanah lembab dan biarkan ikan meliut kearah bara api
Mak selitkan juga sekor ikan tamban masin kerana kata mak kalau makan nasi tanpa ikan masin,tak puas.
Semanggang ikan dicacakkan kedalam tanah dan ikan meliut ke arah bara api.
Bakar ikan tepi kebun getah...hihihiSambil tu tanak nasi.Mak pesan masak lebih.Patutnya tanak 2 cawan sahaja untuk 3 beranak.Tapi mak pesan tanak 3 cawan supaya boleh bawa ke malam.
Sebagai pelengkap..
Saya juga hiriskan bawang,tomato masak,limau nipis dan gaul bersama kicap Mudim untuk dicicah ikan bakar.
Mak pula kupas nanas madu.
Cella minta ambil sepelepah daun pisang dan dia longgokkan semua makanan tu atas daun pisang.Longgokkan 3 longgok nasi panas dan sebelum makan buat apa???
Hehehehe ..ambil gambar dulu...🤣
#Semua pic by Cella...sebab tu gambar nampak lebih cantik🤭
Kalau saya snap dah boleh bayang la kan...hihihi
Masya Allah,sedapnya lahai lunch simple namun sangat menggoda rasa.3 cawan beras yang ditanak selesai kami 3 beranak kerjakan bersama lauk simple ini.Tak bersisa..
Bukan banyaknya lauk menjadi ukuran dan umpan memancing selera.Rupanya semakin sikit lauk,semakin nikmat makan...Benarlah
"Less Is More"
Fabiayyi ala irobbikuma tukadziban
(فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ)
dalam Surat Ar Rahman yang beerti:
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”.
Alhamdulillah.....
Betul tu, semakin sikit lauk, semakin banyak nasi habis, hihi. Terliur betullah tengok nasi dan lauk atas daun pisang tu.
ReplyDeleteWah, dah balik bercuti ya, Cella. Selamat bercuti di kampung halaman emakmu. Kamu kampung KL, kan?
Hihihi..kampungnya diKL..
DeleteTerbalik dengan maknya.Masa mak kanak-kanak berangan seronoknya hidup di KL.Masa anaknya kanak-kanak dia selalu cakap seronoknya hidup di kampung..
Seronoknya menjamu selera lagu tu
ReplyDeleteBetoi Wak...makan lagu ni memang selera
DeleteNanti nak ikut MC balik kampunglah hehe...Sedapnya alahai makan simple camni, dalam kebun pulak tu. Nostalgia sungguh!
ReplyDeleteJom..jom...
DeleteTiap kali balik Kedah...adik saya akan bawa pi kedai makan kat Pondok Hj Salleh di Sik...
Ma sha Allah sukanya saya lauk pauk kampung kat situ..kerabu & ulaman rare dia walla
Seronoknya. Di manalah nak cari suasana sebegini kalau bukan di kampung. Rindunya nak balik kampung.
ReplyDeleteTerliur tengok ikan talapia bakar, lagilah makan bersama atas daun pisang!
Cuti sekolah ni tak balik kampung ka cikgu?
DeleteAtau mungkin kena uruskan anak2 didik SPM agaknya.
Semoga ada rezeki cikgu balik Bukit Hijau
Tak boleh jalan jauh, jaga sekolah, jaga exam.
DeleteAlahai ikan masin kenit tu tak nak ketinggalan menyelit kat semanggang ikan tawar gedabak tu hihihi
ReplyDeletehahaha...tamban kiat tu tumpang menyelit..
DeleteSaya pun baru perasan dua bandingan saiz...
Wahhh..sedapnya makan nasi alas daun pisang. Ikan pulak dipanggang dengan cara tradisional. Bertambah tambah selera makan. Seronoknya lah penyediaan makanan lauk kampung macam ni mama cella. Kalau saya pun teruja macam cella.
ReplyDeleteTu la...
DeleteTapi sayangnya balik kali ni tak dapat nak berlama..Esok lusa Cella dah kena masuk final sem dah
ammi tgk gambar 1st mcm "ehhhh makan ulam daun kari ke apa ni"?..
ReplyDeleteHeeee...Rupa dia macam daun kari kan...
DeleteAgaknya spesis dia jugak sebab bau pun ada iras.
Bunga dan buahnya pun hampir sama
Perut berbunyik tengok ikan bako tu.. saya suka ikan bako.. alahaii.. terliurrr
ReplyDeletehehehe...kalau tengok time lapa lagi laaa🤣
DeleteAduhaiiii....temptingnya makan macam ni.....best....
ReplyDeleteSesekali mengenang sejatah silam..hihihi
ReplyDelete