Monday 7 February 2022

SARAPAN NASI KENDURI vs MINUMAN TERAS KEMUNING HITAM

Pagi-pagi dah makan nasi kenduri..🤭

Bukan kenduri hari ni..Kenduri semalamm....

JEMPUTAN KAHWIN @ KAMPUNG PENGANTIN


Nasi kenduri vs air teras kemuning hitam...dan lauk ayam masak merah kenduri ...hihihi


Nasi kenduri yang dipanaskan.Lauk oun dipanaskan..


Sebahagian daripada nasi kenduri semalam..dikukus hingga panas...bau macam rumah kemduri pula..
Sebahagian lagi dalam peti ais..mungkin esok atau lusa jadi nasi goreng pula .Hahhaa...tuan kenduri pun takde la nakan makan nasi kenduri 3 hari berturut..🤭


Ayam masak merah kenduri ..

Banyak...Rasanya  ada la ½ ekor ayam ni...Saya panaskan semula menjadi hidangan kami dua beranak bersama anak bujang tu.Adah keluar sarapan kat luar.

Sebenarnya Adah yang bawa balik nasi & lauk kenduri tu.Adah memang berkawan rapat dengan Nurul  anak Kak Ani tu.Mereka mula kena masa lepas SPM sama-sama buat kerja part time kat Petronas.Walaupun Kak Ani tu orang berada tapi anaknya dibenarkan bekerja part time lepas SPM tu.Bayangkan la anaknya kerja part time jer pun kadang dihantar dan dijemput driver bapa dia kot...hahaha
Sampai sekarang Adah & Nurul bersahabat baik.Bukan dengan Nurul sahaja bahkan dengan keluarga Kak Ani tu.Mereka sangat humble...Saya pula naik segan !

 
Makanya pagi sarapan nasi dan lauk kenduri la...panaskan sebab sayang.Dapat la makan nasi kenduri dua hari🤣

*** Cerita semalam...lupa nak publish..hari ni baru tengok

5 comments:

  1. Seronok dengar orang ada2 yang humble ni kan. Mesti sekepala di Nurul dengan Adah, sebab tu boleh serasi bersama.

    ReplyDelete
  2. Shukur dapat kawan-kawan jenis humble...SA selalu pesan dengan Dania..cari kawan yang humble...senang kita di kemudian hari...

    ReplyDelete
  3. Lain macamkan kalau makan nasi kenduri. Aromanya saja sudah cukup menggoda!

    ReplyDelete
  4. Jrg2 sgt dpt mkn ns kenduri 2 kali.. kecuali wedding rmh sedara mara.. dpt la dibekalkan bw blk rmh.. 😬

    ReplyDelete
  5. Bagusnya orang ada ada begini. Alhamdulillah..rezeki dapat bekalan nasi kenduri. Boleh sambung makan kat rumah :)

    ReplyDelete