Wednesday 12 January 2022

ITIK SALAI LEMAK CILI API vs SIPUT SEDUT LEMAK CILI API

Dah sebulan rasanya tidak ke pasar.Tidak membali barang dapur.

Banyak makan kat luar dan banyak menapau sahaja sejak dua menjak ni.

Masak pun kadang sangat.Itupun masak sekadar apa saja stok  yang bersisa  di dapur.


Semalam minta anak bujang tu beli lauk sahaja.Adah tanak nasi.


Beli Itik Salai Masak Lamak Cili Api.


 Sebenarnya minggu ni dah dua kali tapau lauk ni..Sedap betul rasa masakan ni.Itiknya lembut dan tidak hamis.Kuahnya pula pekat,pedas dan aroma salai yang sungguh menggoda selera.Memang hirup hingga ke titisan kuah yang terakhir.

Siput Sedut ni untuk Adah.Dia tak suka itik.Beberapa hari lepas abangnya dah belikan lauk siput ni.Memang habis dimakan Adah.Kuah pun licin dihirup.Pekat dan cukup rasa kata Adah.
Anak bujang tu beli Daging Salai Masak Lemak Cili Api.Tapi tak ada pula dalam gambar kerana dia makan kemudian.

Hari tu tengok kat pasar siput sedut mentah ni sekilo RM20..
Mahal betul kalau nak banding tahun 90an dulu🤭
Ingat lagi jaman  kalau beli siput sedut kat pasar 1 bungkus +- 500gm tu harganya RM1.50 sahaja.Kelapa parut pun masa tu sebiji 40 sen.
Tapi zaman pun dah berubah..Kita sendiri pun dah berubah kan..Dulu muda remaja.Sekarang remaja purba..

Macam rupa Nasi Daging kan..hihihi
Adah masak nasi beras perang.
Dulu kalau masak beras perang pakat merungut tak sedap
Now ....pakat kata sedap pula..
Tak ingat pula ni brand apa..Cuma ingat saya beli kat Speedmart 99 tu dah lebih sebulan.
Sedap la beras perang yang ni...Rasa lemak-lemak liat macam makan barli pun ada....
 
Setiap orang makan sepinggan nasi beras perang dengan lauk masing-masing..Ini set Adah.Siput Sedut.


24 comments:

  1. Sedap nampaknya lauk depa :)
    Seronoknya kalau tak payah masak hihi...
    PH ni anak kecik2 lagi, nak tak nak lebih selesa masak sendiri...

    ReplyDelete
  2. Kak lin pun mcm mak cella.. xnk msk.. tp mkn nk plk.. 🤗
    Ank2 kak lin xnk mkn brown rice ni.. colornya buat potong selera katanya.. da biasa mkn nasi putih bersih.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pula masalahnya makan apa pun semua saya rasa sedap..
      Beras perang pun saya rasa sedap boleh lajak sokmo bila makan🤣🤣

      Delete
  3. Terkejut, RM20 siput sedut sekilo? Sy beli RM16 tu pulak kat Pontian, kalau kat JB, tak pastilah pulak berapa harganya. Tapi kalau Adah nak makan sorang, beli siap masak la kot, lagi berbaloi.

    Kat rumah ada jugak beras perang, tapi belum dibuka2 utk dimasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya SK....Kadang terfikir macamana la orang yg berniaga lauk nak jual kalau bahan mentah pun kemain mahal

      Delete
  4. Dulu² masa kecik abah selalu carik sendiri siput sedut. Masa kecik elok pandai makan.. dah beso² ni (sejak dr sek.men) dah tak pandai makan siput sedut 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena belajar semula untuk menyedit🤣🤣🤣

      Delete
  5. Memang mahal sungguh siput sedut sekarang ni.
    Zaman remaja dulu kalau nak makan siput kutip jew kat muara sungai, paya bakau dengan kawan-kawan. Dapat sebaldi, masak lemak cili padi dengan daun kaduk atau masak asam pedas dengan batang keladi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh ..puas dapat sebaldi ..
      Kampung saya takda laut..Tapi kami kutip pula siput sawah...Cuma siput sawah kena rendam beberapa malam sebelum masak nk kasi lumut kat badannya tanggal

      Delete
  6. Sedapnya gulai cili api itik salai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Harga pun berpatutan..
      Semua lauk dia RM7 sebungkus

      Delete
  7. nampak sangat pekat likat. sure sedap sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi ..betoi...likat lemak sedap...ada rasa la lauk dia

      Delete
  8. Replies
    1. Heeee....mai la sini
      Setiap hari ada jual kat sini..Tapi kana datang awal sbb pkl 11 dah start orang beratur dah

      Delete
  9. Masakan lemak bersalai beraroma asap memang sedap. Tengok kat blog kak SK ada siput sedut. Sini pun ada. Tak boleh jadi nak menyedut jugak ni.

    Dulu pernah cuba makan beras perang. Lepas tu bertukar beras beras parboiled pulak. beras perang ok tapi kurang rasa sikit kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa....Fiza mesti dah pandai merasa masak lomak dan lauk2 salai kan...

      Saya pun nak try juga parboiled rice tu ..Katanya lagi elok yer sebab kurang kanji
      Masalahnya saya ni semua beras pun sedap kat tekak saya🤣

      Delete
    2. Lauk salai salai ni dah merasa zaman kecik dulu. Mak suka gak masak lauk ikan baung salai dan daging salai. Tapi kat Pilah ni walaupun meriah dengan itik salai, keli salai tapi tak pernah merasa lah sebab tak makan dua tu. Hihi..

      Praboiled sedap dari beras perang :)

      Delete
  10. Saya tiap minggu buat masakkan rendang itik cili api, gulai siput sedut + nenas, daging salai + pisang muda, ikan keli salai + bacang @ mangga muda, telor itik + belimbing buloh dan macam2 masakkan citarasa aali NS.jualan secara online. Alhamdulillah, sabutan sangat menggalakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,area mana ni...
      Mana tau ada yang berminat...

      Delete
  11. 2-2 ammi tak kawan..ammi kawan dengan kuahnya aja

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤭🤭ooo Ammi tak kawan ek...🦤🦤🐌🐌🐌🐌
      Sedap ooooo

      Delete
  12. Okeh nak buat gak la siput sedut...x leh jadi ni...

    ReplyDelete