Setelah 2 kali tertangguh kerana Covid 19...maka semalam 4 Disember 2021,
Alhamdulillah..
Selesai sudah konvokesyen Adah @ UiTM Shah Alam.
Walau dijalankan dalam
norma baharu,Alhamdulillah kebanyakan masih bertuah dapat menyarung jubah dan membawa ibu bapa masuk ke dewan.
Ada IPTA yang hanya menjalankan majlis konvokesyen secara maya sahaja.Tidak kurang juga,ada yang hanya membenarkan graduan sahaja menghadiri tanpa tetamu termasuk ibu bapa.
Tahniah,untuk anakanda Siti Nurshuhadah!
Semoga Allah mudahkan urusan dan limpahkan rezeki untuk dapat kerja dalam masa terdekat seperti yang diharap dan didoakan...
Tiada raptai dan tiada hari khusus untuk mengambil jubah.Hanya surat makluman tarikh,masa,tempat dan beberapa perkara lagi yang dimaklumkan.Dari review rakan-rakan yang giliran mereka minggu lepas,mereka memberi gambaran tentang flow sepanjang majlis.Juga dimaklumkan awal-awal bahawa tiada jualan bunga,makanan dan minuman seperti kebiasaan sebelum covid.
Tapi semalam nampak banyak sahaja jualan bunga secara carboot sebelum pintu masuk UiTM tu.Cuma kami tidak lah singgaj kerana sudah beli awal-awal kat KL masa keluar ke Central Market hari Sabtu tu..
Ada banyak juga hikmahnya.Antaranya,tidak terlalu sesak dan masa juga dapat dijimatkan.Parking pun tidaklah terlalu jauh.Cuma kuranglah sikit kemeriahan bila tiada gerai jualan.
Kami tiba seawal pukul 9.15 pagi.Sidang satu belum selesai.
Tapi diminta berbaris di kerusi yang disediakan.Ini beg jubah Adah masa konvokesyen diploma kat Segamat dulu.Masih elok.Bila dapat lagi beg baru,namlak serupa sahaja walaupun yang diploma tu sudah 4 tahun berlalu.
Kemudian,baru masuk bersama ke dalam dewan dan barulah berpecah.Graduan disebelah kanan ,manakala ibu bapa disebelah kiri
Kalau dulu ibu bapa akan masuk dewan dahulu,manakala graduan akan di arak masuk dengan iringan muzik gemelan.Masa tu kan pra graduan dapat la rasa macam diraikan pada hari perkahwinan kan..hihihi
Ibu bapa.Hanya dua orang waris dibenarkan masuk.Sama seperti kebiasaan.Cuma bezanya kerusi tidaklah disusun memanjang macam dulu.Sebaliknya di susun dua-dua.Maksudnya waris boleh duduk besebelahan dan wajib jarak dengan waris lain.
Pepandailah bayangkan.hihihi...
Sekurang-kurangnya pihak berkenaan sudah berusaha untuk mengembirakan graduan dan ibubapa.Dah keadaaannya sekrang begitu.Kita terimalah seadanya.
Pentas graduan bergambar solo.Semua graduan akan naik kepentas ikut giliran.Saya sangkakan di atas ni la mereka akan "menerima" scroll tu.Beria-ia saya pilih kerusi depan...🤣Rupanya Adah cakap atas ni hanya bergambar solo.Scroll dah terima di tempat mereka berkumpul sebelah kanan tu dan dah siap bergambar dah pun.
Maknanya semua graduan hanya dapat bergambar dalam keadaan memakai jubah bersama 2 orang waris sahaja menggunakan khidmat jurugambar yang dilantik.Gambar tu kena tunggu mereka pos kemudian.Tak boleh minta tolong cameraman tu tolong snap guna handphone kita sebab SOP nya tidak membenarkan.Nak selfie pun adalah dilarang ketika di sini.Peraturan haruslah dipatuhi.Makanya hanya ini gambar Adah berjubah yang sempat dirakam anak bujang tu.Tiadalah gambar bersama anak bujang tu.Kami sangkakan boleh pakai jubah sampai keluar dewan untuk bergambar di luar dewan.Rupanya bila sebelum keluar pintu ,kena tanggalkan dan pulangkan jubah.
Pentas graduan bergambar solo.Semua graduan akan naik kepentas ikut giliran.Saya sangkakan di atas ni la mereka akan "menerima" scroll tu.Beria-ia saya pilih kerusi depan...🤣Rupanya Adah cakap atas ni hanya bergambar solo.Scroll dah terima di tempat mereka berkumpul sebelah kanan tu dan dah siap bergambar dah pun.
Kemudian ,lepas turun dari pentas akan ada pula sesi bergambar bersama waris di fotobooth yang disediakan di ruang bawah pentas.Ni tengah tinggu giliran nak bergambar.
Aduhaiiii...hanya itu gambar Adah berjubah.Tiada gambar solo kecuali yang diambil jurugambar tadi dan kena tunggu mereka pos la.Ralat sangat tapi tak apalah.Sekurang-kurangnya nanti ada la juga bila mereka pos.Nak buat macamana..mereka juga harus menetapkan SOP agar tidak dipersalahkan dikemudian hari andai apa-apa berlaku.Sama-samalah kita saling memahami.Tak boleh la nak banding sebelum Covid kan..Semua pihak sudah cuba melakukan yang sebaiknya kan...
Nak bergambar di luar kat sini pun harus beratur dan ikut giliran kerana nak elakkan berkumpul rapat-rapat.Penat jugalah beratur.Tambahan pula jika ada keluarga yang bergambar di situ terlalu lama.Yang lain harus sabar menunggu.Tapi bagusnya bolehlah dapat penuh background tu.Kalau tidak lepas keluar dewan semua orang berebut nak rakam gambar kan... sampai tak nampak background tu..
Anak bujang tu segan nak bergambar sebab mata kirinya bengkak.Dia dapat MC kerana mata bengkak.Tu yang dia dapat ikut.Cella tak dapat balik.Neneknya kat Kedah pun tak sempat nak balik balik ambil bawa ke sini.
Tapi semua orang lain pun begitu.Hanya diiringi 2 orang waris.
Lepas tu,abangnya layanla Adah nak bergambar puas-puas sampai penuh galery..Saya dah kepenatan.tunggu saja bawah pokok.hihihi
Kata Adah ramai kawan-kawan tak dapat datang kerana berbagai komitmen.Giliran hari pun tak sama,tak dapatlah jumpa kawan-kawan lain.Kebanyakan pun hanya bergambar bersama waris sahaja keculi yang kebetulan sama tarikh dengan rakan lain.
Sebelum zohor kami dah bergerak balik.
Tak tahu nak kelakar atau sedih tadah tangan depan tiang. Apapun, tahniah Adah kerana dapat jugak merasa pakai jubah. Iman konvo lamberrrttttt lagik!
ReplyDeleteItulah...ingat tak jadi dah sebab dah 2x tangguh.Alhamdulillah..pengalaman baru..Konvo sebenar dah sempat rasa masa diploma..
DeleteSemoga dak Iman nanti dapat lah merasai suasana sebenar..Doakan juga untuk Cella
Kesian kan anak2 yg convo dikala covid ni.
ReplyDeleteKyra "grad" darjah 6 tahun lepas pun mcm tak ada apa2 yg berlaku. Kesian.
Rindu nak gi ITM.. tempat mula kenal dunia.
Semoga ada hikmah dikemudian hari untuk mereka..
DeleteUntuk Kyra juga semoga nanti ada rezeki konvo kat IPT...
Ooo Ammi ex ITM yer..Tahniah juga untuk Ammi...hihihi
Alhamdulillah.tahniah adah dan graduate. DATC tetap kukenang. UiTM Di hatiku.
ReplyDeleteWalaupun norma baru, nampak meriah jugak konvo.
Alhamdulillah...
DeleteBila tengok wajah-wajah ibu bapa yang sudah berusia dan kelihatan uzur tetap gagahkan diri untuk hadir...terharu bercampur insaf..
Wah,Fiza dah kira alumni UiTM la yer...belated congrats🤭
Ya, disinilah Convo degree. Sebelum tu konvo diploma kat Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) atas tu sebelum wujud DATC ni. Terima kasih mama cella :)
DeleteWaaaa..tahniah kak...sampai juga ke UiTM tempat saya kerja..heheheh..kalau sapa yang pernah rasa Konvo sebelum pandemik akan kecewa dengan keadaan sekarang..tapi apa kan daya..semua ingin yang terbaik. UiTM pon perlu lindungi kakitangan dan graduan serta keluarga yang hadir. Itu pon katanya ada student yang positif sehari selepas balik konvo..maknanya kemungkinan ada yang positif hadir semasa konvo. Moga dengan cara ini dapat melindungi semua dari berjangkit. Keselamatan dan kesihatan semua lebih utama. Andai panjang umur dan rezeki dunia..boleh jumpa lagi Konvokesyen yang gemilang seperti dulu. Mana tau adah sambung master, PHD..amiin mudah2an
ReplyDeleteOps...tempat kerjanya yer...
DeleteTerima kasih kepada pihak UiTM yang bersusah payah mengatur dan menjayakan majlis walau dalam keadaan yang pastinya bukan mudah.Semoga Allah memudahkan urusan kalian juga dan mengganjarkan pahala yang melimpah..
In sha Allah..doakan Adah terbuka hati nak sambung hingga PHD😍
Hari tu kemain semangat dia nak sambung master.Tapi ni macam dah suam-suam kuku jer dah🤭
Akhir Nov hadir konvo anak di ukm cuma penerima blh masuk dewan. Pengiring tunggu berselerakkan di sekeliling atau follow dlm link disediakan bila tamat sidang masing2 bertempiaran mencari lokasi tuk abadikan kenangan mungkin sekali seumur hidup. Siren security sentiasa berkumandang pantau pematuhan sop. Sangat terharu ada famili yg berkerusi roda dtg menghargai penat lelah pelajar.ada yg curi2 posing dikala senja dpn dectar setelah tiada security mungkin ini saja peluang dlm hidup.Semuga ada peluang dilain masa tuk sama2 merai dlm dectar yg gah tersergam
ReplyDeleteTahniah untuk ibu bapa dan anaknya..Alhamdulillah dapat juga diraikan walau dalam situasi berbeza.
DeleteBetul..bila tengok yang yang datang berkerusi roda bagai...rasa terharu
In sha Allah...semoga ada hikmahnya
Tahniah.. tapi dalam norma baharu, semua benda berbeza..
ReplyDeleteTerima kasih..
DeleteBetul..kita kena lalui dan terima keadaan dengan berlapang dada.Semoga ada hikmah untuk kita semua