Saturday 11 December 2021

BELI BUNGA SEGAR @ KL

 Bila Adah cakap review dari rakan-rakan yang giliran konvo awal beberapa hari sebelumnya kata kali ni tak ada jual bunga,saya ajak Adah pergi cari bunga kat KL.Adah kata dia nak bouquet coklat.Mungkin sebab saya ni old school..maka saya nak juga bouquet bunga segar sebagaimana tradisi dulu-dulu..hihihi


Kami ke Lee Wah Florist.Antara tempat beli bunga segar yang popular @ KL ni.
Nak ke sini pun tak susah.Kalau naik kereta parking saja kat car park Central Market tu.Lintas jalan sikit ja dah sampai.Kalau naik LRT atau MRT pun stesen dia tak jauh.Jalan sikit ja dah sampai.

Kalau dah masuk sini memang rambang mata  tengok bunga.

Semua cantik..Kalau boleh semua nak..

Geram tengok bunga segar dan bunga kering aneka warna.

Ni RM 17
Perempuan dan bunga memang memang tak dapat dipisahkan..Tapi ada ke yang tak suka bunga?

Ni bunga kering

Bunga segar..Masuk sini dan dan tu la hati pun turut berbunga...hihihi


Mawar putih.

Tak ingat nama bunga ni.Tapi bunga ni banyak nampak kat Gunung Jerai dan Cameron.

Ni yang warna biru


Mawar dan ros aneka waena..Mawar dengan ros tak sama ke?

Ingatkan bunga orkid...Hihihi


Ros & carnation..Kalau zoom in nampak ja harganya..RM15.50


Carnation Local...Harga kat situ RM17.50..Rasanya 15 kuntum dalam tu
Pernah suggest kat SURIA AMANDA dalam komen masa dia post entri staycation dengan anak dara dia kat KL Central tu supaya hati anakandanya juga turut berbunga...hihihi

Pink colour...1 jambak tu RM 15.50

Carnation juga..Yang ni RM22.
Macam- macam warna macam-macam harga.Ada yang ..Ada yang harga lebih murah dan ada yang harga lebih tinggi..

Carnation...
Rasanya setiap jambang tu ada 12 kuntum.Tak dapat nak kira sebab bunganya kembang..Harganya RM15.50..Murah kan...
Teringat iklan dulu-dulu...susu Carnation 
🎼Lihat bunga ni...🎵
Ingat Carnation🎶
Saya tanya Adah...kalau dalam dalam Bahasa Melayu bunga carnation ni apa namanya?
Hihihi..kalau dulu semua dengan Cella...Now,siapa lagi kalau bukan Adah.
Ok..bunga carnation dalam Bahasa Melayu dipanggil "Bunga Teluki"
Jarang kita gunakan nama tu kan....
Sebab selalu guna nama carnation..

Tanacetum (Chamomile)
Tak tau dalma Bahasa Melayu nama apa bunga ni
Adah berkenan sangat dengam bunga ni..Dia suruh saya beli bunga ni saja untuk konvo dia..Lagipun harganya cuma RM 26

Ni RM23

Ni pun sama..Nampak ramai amoi-amoi beli yang ni...

Calimero Orange...
RM15


Bunga matahari ni cantik sangat...

1 jambak tu RM41...
Ada dalam 5 kuntum besar...kalau tak salah kiraan..


Rose Kenya David Austin..
RM132...

Tak tau apa istimewa bunga ros yang satu ini hingga harganya jauh berbeza dengan ros lain.
Kalau saya memang tak beli la..Baik saya beli ros biasa..Kalau dengan harga tu boleh dapat berdozen ros merah..hihihi

Punya lama dalam tu...
Sudahnya Adah nak yang ready made ni juga...
Padahal boleh pilih bunga dan minta dorang jadikan bouquet..

Kalau tengok harga yang dipamerkan tu ...Bouque bunga warna peach ni  ada 10 kuntum bunga ni..harganya RM 55
Tengok nama bunga tu ditulis garepra..tapi saya Google..Namanya Gerbera..hihihi

Kalau yang ada 10 kuntum ros pun RM55.
Kalau yang ada 12 kuntum ros RM75

Kalau ikut saya nak bunga Gerbera tu..Cantik berkembang...Tapi Adah tak berkenan..Dia kata old taste...huhuhu


Dia nak yang ni..Bunga campur-campur...
RM75
Kalau beli bunga yang sejenis sahaja lebih murah.
Bila post pic ni kat Cella...Kata Cella kalau dia ikut...dia sanggup pilih bunga sendiri campur-campur macam ni pun sebab  masih boleh dapat harga lagi murah daripada beli readymade.Tapi saya & Adah tidak segigih Cella.Cella jenis berjimat.Selagi boleh kurangkan bajet ...dia sanggup bersusah sedikit.


Sebab nak bagi kat dia...Ikut la yang dia nak...
Yang ni bunga campur-campur ni ada
--5 ros merah besar
- 2 gerbera
- 2 ping pong chrysanthemum
- Bunga-bunga kecil + daun


Grafiti...


Lama juga tidak suka merakam gambar sendiri.Tapi sejak  lepas PKP ni rasa suka pula bergambar.Manusia kan berubah- ubah...hihihi

Begitulah kisah membeli bunga di Lee Wah Florist


12 comments:

  1. Boleh tahan juga harga bunga segar
    Tapi memang cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya sebab bunga segar ni tak tahan lama dan kena penjagaan lebih..

      Delete
  2. Harga bunga-bunga segar memang mahal. Kalau saya singgah Kundasang selalu beli bunga ros dalam 10 kuntum buat jambangan di atas meja ruang tamu. Aromanya lembut mengasyikkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy suka juga bunga segar mekar di jambangan, tapi sejak dah anak2 bulus nu, jangan kata bunga segar, alas meja pun tak boleh bentang 😭

      Delete
    2. Betul tu Cikgu
      ..bunga segar ni aroma halus dan menjadi terapi..

      SK..
      Anak bulus pun suka kacau bunga ye..Selalu dengar peribahasa "bagai kera mendapat bunga"..hihihi

      Delete
  3. Masa kolej konvo dulu, sy jual bunga. Bunganya kami tempah siap jambak dari kedai bunga, dan jual. Tapi, sebab ada banyak gerai bunga lain, kami terpaksa lelong bunga2 tu, rugi2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman berharga tu...
      Rugi kepada penjual...Untung kepada pembeli dapat bunga lelong

      Beli bunga masa konvo Adah kat Segamat tu lagi murah rasanya nak banding beli kali ni..

      Masa konvo anak bujang tu kat Kolej pula berkali ganda lagi murah...Agaknya sebab saingan juga la kot..

      Delete
  4. Kedai fav saya ni. Selalu beli kat sini jugak dan park kat CM seperti kata mama cella. Bunga biru tu hydragae atau nama kampung dia bunga zaleha. Saya geng dengan cella kot. Suka beli fresh flower dan gubah sendiri. Konvo anak anak buah saya buat sendiri je. Memang jimat lagi. hihi..itu kalau ada masa lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...
      Fiza mesti peminat bunga.
      Rajin dan berseni tengok hasil tangan Fiza dalam blog tu..
      Untung anak-anak buah ada Mak Usu yang kreatif & pemurah.Semoga Fiza juga dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan

      Delete
  5. Ya allah...geramnyaaaaa......pernah ikut kawan opis kat sini...dia buat bisnes bunga tangan...memang syurga bunga sampai pernah SA terjebak beli bunga gak..letak kat meja opis....

    ReplyDelete
  6. Mahalnya.. Mujur ammi tak minat bunga

    ReplyDelete