Assalamualaikum rakan-rakan maya sekelian.Rindunya walaupun tak pernah bersua muka.Walau hanya bercerita secara maya,namun terasa semuanya dekat dihati saya.Beberapa hari terasa ada yang kurang bila tidak dapat bercerita di sini.Balik kampung kali ni line agak semput.Mungkin kerana Kedah dilanda banjir walaupun rumah kami tidak terlibat.
Kata Adah rugi nak tunggu esok pagi.Baik bertolak lepas habis kerja. Kalau sampai Kedah malam..Esok pagi dah kira ada kat Kedah 1 hari.
Alhamdulillah,awal perjalanan kami tak terlibat dengan jem.
Sampai R&R Tapah berenti sekejap saja.Itupun saya hanya duduk di pondok wakaf sementra Ada ke toilet & beli jagung cup.
Bukit bukau dan gunung ganang diseliputi kabus petang kesan panas dan dan hujan.Sudah lama tidak menikmati pemandangan sebegini.
Mujurlah tiada hujan malam.Saya cukup risau kalau perjalanan malam disusuli hujan kerana pandangan terbatas dan tak nampak line putih pada jalan.
Alhamdulillah perjalanan kami lancar dari KL ke Kedah walaupun hampir 8 jam di atas jalanraya.Selalu kalau Adah drive hanya mengambil masa 5 hingga 6 jam sahaja.Mungkin sebab pemanduan siang dan malam tidak sama.
Bawak balek semangat kampung halaman...
ReplyDeleteIn sha Allah...
DeleteTapi macam separuh jiwa masih dikampung laðŸ¤
Selamat bercuti dan berehat di kampung
ReplyDeleteAlhamdulillah dah balik KL
DeleteLata Kinjang tetap setia menyejukkan pandangan pengguna lebuhraya ke utara. Gunung Jerai gagah menyapu awan walaupun telah memberi kejutan pada kehidupan di kelilingnya
ReplyDeleteBenar....
DeleteSetip kali melintasi kawasan ini mata pasti menyorot Lata Kinjang yang sayup dipuncak gunung.
Jerai tetap teguh berdiri walau pernah menggemparkan penghuni dikakinya....Menurut Achik yang oernah melawat selepas kejadian kepala air tu..Banyak landscap dah berubah.Sungai asal kering,sungai beru terbentuk.Balak bersusun dalam kebun kelapa sawit.
Alhamdulillah selamat pergi dan balik. Paling risau kalau jalan jauh ni bila hujan. Takpelah lambat sampai asalkan selamat.
ReplyDeleteWahhh...tak pernah ke sana..Huhi
ReplyDelete