Sunday 3 October 2021

APOM LENGGANG LEMAK MANIS

Pantas betul masa berlari..Dah minggu pertama bulan Oktober 2021.Kurang tiga bulan saja lagi 2021 akan meninggalkan kita.


Masak Apom Lenggang.


Nak temankan dengan Kopi Cap Gantang yang baru sampai order by Shopee tu.


Tiga pic atas ni by Cella..Orang muda ambil gambar macam tu ye?Gambarnya memang sekerat-sekerat saja.

Dia tengah cuti sem ni minggu ni. Tengah tunggu surat dari pihak universiti untuk dapatkan  tarikh balik ke kampus.Tu yang dia layan saja bila minta snap pic ni..hihihi...



Pic by mak Cella...Haaa baru la gambar penuh.Tapi Cella selalu cakap susah betul nak ajar maknya fokus gambar.Kelabu asap pucat semua kalau pic by mak dia...hihihi

Ada beza ka pic by orang muda & orang tua?



Apom Lenggang ni dulu saya rajin buat.Tapi ni rasa macam dah lama tak buat,tu yang buat sebab tiba-tiba teringin bila dok belek old post.Sebelum ni saya tak campur nasi.Hasil yang dicampur nasi lebih gebu dan sedap.


APOM LENGGANG.

1½ cawan tepung beras

½ cawan tepung gandum.

½ cawan nasi sejuk.

½ cawan gula.

½ paket mauripan yis.

½ sudu teh garam.

½ kotak santan kara.

1 cawan air.

1 biji telur.


1. Blend tepung beras,tepung gamdum,nasi,gula,garam,yis mauripan dan 1 cawan air hingga creamy.

2. Perapkan 2-3 jam.Biasanya kalau nak buat pagi saya blend malam.Biarlah perap lama pun.Takkan nak bangun pukul 2 pagi semata-mata nak blend tepung ni kan..hihihi.

Kalau nak minum petang saya blend semua ni pagi @ tengahari sambil-sambil masak lunch.

3. Kemudian nak masak baru  tambah santan dan telur.Kacau sebati.

4. Panasakan pan.Saya guna pan kecik yang buat masak pancake tu.Sapu minyak dengan tisu.Api jangan kuat.

*Sapu kali pertama sahaja.Lepas tu tak perlu sapu minyak dah.Kalau kuali  berminyak nanti warna kuih  bertompok tak sekata.

4. Tuang sesenduk bancuhan dan lenggangkan hingga tebing pan supaya nanti kuih ranggup di tepi dan gebu di tengah.


5. Bila gelembung buih-buih dah pecah dan permukaan kuih nampak kering,terus lipat dan angkat.Tak perlu terbalikkan.

**Apom Lenggang ni boleh lipat macam apam balik.Boleh lipat kiri kanan.Boleh juga gulung.


Saya guna pan kecik.Tuang sesenduk bancuhan kuih.

Lenggangkan sampai tebing pan.

Bila buih-buih dah pecah dan permuakaan kuih nampak kering ,itu tandanya kuih dah masak.Ralit tau,tengok buih-buih tu pecah..hihihi

Lipat dua..Tak payah balikkan.Kalau nak lipat dua belah kiri kanan pun boleh.Nak angkat dulu,kemudan gulung pun cantik.Cuma pastikan  sapu minyak kat pan tu sekali saja masa mula.Lepas tu tak payah sapu dah.Kita guna santan dan telur,in sha Allah tak lekat.Lagipun kalau pan berminyak,warna apom ni bortompok tak cantik.Macam buat  English pancake jugak la kekdahnya.

Nampak gebu tengahnya dan garing rangup tepinya masa panas.Masa dah sejuk tepinya tak rangup dah tapi lembut sedap.


Haa..nampak dak...Berulas cantik tengahnya.Gebu lembut lemak manis.

Kot tengah buntu nak buat juadah minum petang ni..buatlah Apom Lenggang ni.Ada masa lagi nak cari bahan.Kalau dah cukup bahan,blend la siap-siap.Petang nanti lenggang ja..Nak buat untuk side dish jamuan kecil pun sesuai sebab saiz dia comel kalau guna pan kecik.


17 comments:

  1. kalo tgk kat fb gmbr2 mkanan mmg pesem amek sekerat2 jela..
    org muda mmg gitu kot.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo..macam tu style bebudak sekrang..hihihi

      Delete
  2. Kalau ikut pada f&b, contoh tugasan untuk dimasukkan dalam portfolio pelajar bidang masakan, wajib ambil gambar penuh dengan pinggan, tak boleh tinggal sekerat atau hilang separuh nanti potong markah, hihi.

    Sy suka makan apom lenggang, tuang susu dan cicah kuah kari. Kalau India lepas cicah susu dia kaut gula merah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa...tudiaaa,penerangan dari pensyarah jangan buat main..Silap.haribulan kena repeat paper.

      Kalau yang SK cakapntu appam mamak punya tu lagi garing sedap kan..Ka macam ni juga...

      Delete
  3. Replies
    1. Saya pun suka.Tapi anak-anak tidak begitu berminat..Padahal punya la sedap apom ni..hihihi

      Delete
  4. Apom lenggang memang tak ada inti ye? Baru tahu. Seni masing masing mama cella. Kena tanya bidang yang pakar pasal gambar ni. Hihi..Kalau saya, suka fokus pada subject utama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fiza.Apom lenggang tak ada inti sebab dia dah lemak manis.Yang ada inti tu kami panggil Apom Perlis...hihihi

      Delete
    2. Ohh macam tu. Makanan ni ada macam macam panggilannya kan. Lain tempat lain bunyinya.

      Delete
  5. Sedap sangat ni Mama Cella.
    Kalau ada kat situ, saya nak ganggu Mama Cella melenggang apom, saya tukang makan! Sedap makan panas-panas ni...cecah kuah kari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha
      ...mai la cikgu...bawa kari sekali tau

      Delete
  6. kopi faveret kita..
    ammi ni asyik lupa je nak order kat shopee..dah habis sungguh kang baru terhegeh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sediakan payung sebelum hujan...Sediakan kopi juga masa hujan jangan tunggu sampai habis terus🤭

      Delete
  7. Sekali pandang macam apam balik...nampak sedap dan menyelerakan...eh.kena cuba ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la...Tak susah & tak banyak bahan..Pak Zain pun boleh buat😅

      Delete