Thursday 16 September 2021

CERITA HARI INI & KOPI GANTUNG

Pagi tadi ajak Adah untuk jadi supir nak gi cari bekalan lauk basah.Ajak gi pasar dia tak nak.Ajak gi Hero dia taknak.Dia nak gi Tesco yang dah jadi Lotus tu.Saya tak suka nak belanja barang basah kat situ,tapi dah dia yang jadi supir,streng kat tangan dia.Gi sarapan dulu kat BTR...Adah baru cukup haul 2nd dose dah boleh dine in.Pastu baru gerak gi Tesco


Dah sampai Tesco.
Ok Lotus...
Dapat parking,tapi mak datuk panjangnya beratur.Lupa hari ni orang lain pun cuti la...Jangan ingat kita sorang ja Cuti Hari Malaysia...hihihi.
Adah suruh pergi beratur.Beratur 15 minit tak bergerak langsung.Terus deside,keluar baris,masuk kereta.. gi Lotus Ampang..
Ok,ceritanya memang saya tak reti nak berbelanja kat situ.Kalau kat Hero,pejam mata pun saya dah boleh capai apa yang saya nak.
Kesudahannya..hanya ambil sotong kembang sekor,ikan talapia merah sekor & siakap sekor.Itu sajakah?
Percaya ka kalau perempuan,lagi-lagi mak masuk pasaraya beli itu saja?
Hahaha...tentulah tipu kan..Begitulah juga saya🤭🤭🤭
Ayam memang saya hanya akan beli kat pasar & kedai Aceh dekat rumah ni je.(Tapi ayam lauk ayam kat kedai makan tu..makan  jugakan😁)

          pic Google
Adah nak beli stok susu.Kalau datang Tesco selalunya susu kotak ni wajib la beberapa kotak untuk stok depa.Biasanya Adah & Cella la tukang perabih.

            pic Google
Rupanya pack lama tu masa Tesco.Masa baru-baru Lotus ambil alih Tesco,susu tu masih gambar & brand Tesco.Sekarang dah new..Tapi kenapa hidung lembu tu warna pink?
Aduhhhh,minta maaf,saya tak sengaja terbayang binatang lain.Kata Adah memang la hidung lembu warna pink....
Kata Adah jangan la bandingkan lembu New Zealand tu dengan lembu  di Malaysia.Lembu sana memang hidung pink kata Adah.
Lembu tu tak salah....fikiran saya yang salah tafsir...!
Maafkan lah saya...!


Masa keluar dari Lotus tu nak ke hi way nampak lori Susu Gantung.Teringat anak Pak Berahim pernah cerita dia minum KOPI GANTUNG ... semalam.Teringinya sebab nampak yang SK tu minum menarik dan sexy macam 3 layer.

Adah kata kalau nak,dia boleh u-tern.Sambil dia cakap sambil dia dah u-tern pun..Tapi katanya beli satu saja,dia taknak.Ok....


Beli la satu.Tapi dia bukan 3 layer macam SK beli tu.Ni dia dah kacau sesiap kot..! Pekat...melekat...manis.

Bagi saya ianya sesuai untuk orang yang sangat mencintai manis.

Adakah saya yang cerewet,banyak songeh?

Ok dah penat,ajak Adah singgah Baba Dona nak beli Ribena yang dipesan Cella tadi.Nak cari juga kopi dan biskut cream creaker cap pingpong.Adah kata tapaw ja lah lunch dah penat.Singgah beli nasi ayam.Masuk dalam restoran tu kaunternya tak ada staff.Terus ke tepi dapur nak pesan order sebab depa ramai kat situ.Laaa depa tengah bergaduh.Taktau bergaduh apa pekerja & tokey dia.Spoil mood nak beli,tapi pesan la juga 3 nasi ayam...Kan dah cakap nasi ayam kat kedai beli jugak kan...hihihi

Ya,Allah....jauhkanlah dalam diriku sifat mazmumah yang tercela...gantikanlah dengan sikap mahmudah...!


Sebenarnya,masih terbayang sepasang warga emas masa dalam Lotus tadi.Mereka masuk sama dengan kami,keluar pun sama.Dalam Lotus tu pun asyik berselisih dengan mereka berdua.Makcik & Pakcik tu rasanya baya mak saya dalam 70-an.Makcik tu berkerusi roda disorong suaminya(agaknya la).Makcik tu kemain cerewat mengarahkan suaminya sorong ke sana ke sini..Nak pilih udang,nak pilih ikan,sayur semua dia nak pilih sendiri,taknak suami dia pilihkan.Bayangkan la dengan sesak trolly di hari cuti,manusia bersesak di setiap stesen ikan,udang sayur bagai tu.Dengan bekeng makcik tu lagi.Tapi Pakcik tu cool menyorong kerusi roda tanpa mambantah.Masa keluar boleh juga tersama dengan mereka.Pakcik tu parking kereta tepi pintu keluar Lotus tu.Sekali lagi makcik tu menengking suaminya kerana parking kereta dekat sangat dengan tiang,kerusi roda tersekat.Suaminya berkali syyy...syyy..syyyy memberi isyarat jangan jerit-jerit malu kat orang.Adah kata kesiannya Pakcik tu dari dalam tadi isterinya asyik bekeng...!

Pakcik tu sabar membantu  isterinya masuk kereta,buka dan tutupkan pintu.Tidak melawan mulut walau isterinya sengaja menguatkan suara hingga orang sekeliling perasan.Apakah hikmah berselisih pasangan warga emas tu pada hari ini?

Melihat gelagat Makcik tu,hati terusik & semoga bila hujung usia nanti, jangan la saya secerewet tu..Saya kena didik hati,banyakkan berdoa dan paling penting kena banyak bersyukur.

Ya,Allah mudahkanlah urusan Pakcik dan Makcik tu.Semoga mereka bahagia hingga ke Jannah


10 comments:

  1. Ya Allah.. mudah2an sy juga tak menjadi wanita yang menengking2 suami di khalayak ramai...

    Kopi gantung sy semalam, elok tak manis sebab dia guna susu full cream. Rasanya kalau manis ni guna susu pekat manis tu kot.

    Hurmmm.. dah beli nasi ayam tu, tak masaklah kan. Yg orang kat rumah ni, suruh kita masak nasi ayam, tapi ayam potong 18, mana sedap masak nasi ayam, kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah sama2 kita didik hati & doa agar dijauhi sikap & ujian begitu
      Ayam potong 18..ngeri ooo teringat kisah jenayah..nauzubillah

      Delete
  2. sabarnya pakcik tu.. hai kak.. rindu sy x? ahahaha.. selamat hari malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh....Mim dah muncul...Rindu la...
      Tengok pulut kuning teringat Mim..Dah bertikar ke tempat baru ke?Semoga dimudahkan urusan

      Delete
  3. Nauzubillah..moga2 kita tak jd mcm tu bila umur di ujung usia nanti..

    makcella terbeli kopi gantung yg versi potong kaki agaknya ,🤣🤣🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita doa.In sha Allah...

      Hahaha...minum tak sampai suku pun...manis sungguh

      Delete
  4. Biasalah kalau seorang bekeng seorang lagi ena kool
    Kalau dua2 bekeng, tak kekallah sampai ke warga emas macam tu.
    tapi pakcik tu hari2 makan hati berulam jantunglah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak......Dua-dua diuji dengan cara berbeza.
      Takut juga Allah uji macam makcik tu..Lagi bimbang jika diuji macam pakcik tu.Takut tak kuat & tak sabar

      Delete
  5. Panjang ceritanya harini. Nak taknak kena lah ikut driver kan. Syok lagi shopping kat pasar. Hero tak pernah masuk lagi sebab tak ade kat sini. Tesco ni jarang masuk sebab macam overprice kadang. Sejak tukar Lotus tak pernah pergi lagi. Ohh sebab nak beli susu tu yang Adah nak pergi Lotus ni.
    Nampak sedap kopi susu gantung tu, nama dia nampak uniklah sikit walaupun merujuk kepada bungkus ikat tepi. Sedap kopi susu pekat macam ni tapi kalau manis tak suka gak. kena kaw rasa kopi baru sedap.

    Aduh, sedihnya kisah suami isteri tu. Mujur suaminya cool je. Kesian suaminya. Doa yang sama juga untuk mereka. Semoga kita tak jadi isteri yang sebegitu cerewet. Aaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah Fiza...Kita cuba didik hati & doa agar tidak diuji macam tu.Ujian kepada mereka,mungkin untuk kita lihat & jadikan teladan dan sempadan...im sha Allah

      Delete