Saturday 25 September 2021

SAMBAL TUMIS BELIMBING BULUH DENGAN IKAN BILIS


Masak Sambal Tumis Belimbing Buluh dengan Ikan Bilis.

Lauk yang boleh bikin tidak sedar nasi dalam pinggan dah licin dua kali.Hihihi....

Dapat belimbing buluh segar dari Rose.Dua hari lepas,masa balik dari tempat kerja singgah rumah Rose nak beli cili blend dari Rose.Kalau pergi rumah Rose selalunya bukan ambil cili sahaja.Bermacam la side yang mengiringi cili tu.Ros akan bagi pucuk ulam bagai.

Kali ni Rose bagi sebungkus asam gelugur(asam keping).Katanya kakak dia kirim dari Kelantan.Sukanya saya dapat asam keping ni.Bersih dan puas hati nak guna.Macam tahu-tahu pulak bekalan asam keping saya dah habis.Selalunya saya beli stok time balik Kedah.Beli kat Pekan Nat Sabtu.Ni Ros bagi,Alhamdulillah.Dia kongsi dengan saya banyak juga.Dapat la sebalang kecik tu..

Bukan asam keping saja.Rose berkali suruh petik belimbing yang tengah galak berbuah.Memang saya tak tolak la...Hari tu dah ambil.Ni buah yang baru berputik lagi.

Kata Rose,waktu malam tengok buahnya kecik lagi.Bangun pagi nampak buah-buah belimbing tu dah besar.Agaknya masa manusia tidur tumbuhan dan haiwan pula membesar..Saya suka menonton rancangan "Sicret In The Garden"
Seronok tengok bila video dilajukan kita boleh lihat proses biji benih bercambah,bunga berkembang,kupu-kupu keluar dari kepompong.Kalau dapat tengok rancangan macam tu,saya memang boleh hanyut "masuk" bersama dalam sreen TV tu macam saya juga berada di taman tu....hihihi



Dapat buah belimbing segar macam ni,teringat youtuber Thailand yang makan buah belimbing ni cicah sos colek Thai tu.Sapa saja yang tengok dia makan tak terkecur liur...even saya yang tak suka asam pun boleh penuh air liur dalam mulut...Hihihi


Memang dah plan dalam kepala,belimbing ni nak masak sambal tumis dengan ikan bilis.

SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH
1 cawan bilis bersih
10 biji belimbing buluh yang besar
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
¼  cawan  minyak

Bahan Blend
15 cili kering
1/2 bawang besar
3 bawang putih

1. Panaskan minyak & goreng bilis hingga garing.Terus masukkan bahan  blend.
2. Masak hingga naik minyak
3. Masukkan belimbing dan 1 cawan air. Air kena masuk sampai nampak macam kuah sebab belimbing perlu dimasak lama supaya keluar masamnya dan  rasa lebih sedap.
4. Biar mendidih perlahan hingga kuah kering dan pekat
5. Tambah garam & gula & masak hingga naik minyak
6. Sesuaikan rasa


Sebiji belimbing ni saya belah 6.

Selalu saya masak sambal belimbing guna cili padi merah Bangladesh tu.Tapi kali ni masak sambal versi cili kering pula..


Sambil masak,sambil telan air liur dah...Nasi jangan lupa tanak..Hihihihi


Masak sambal belimbing ni lebih sedap jika dimasak awal beberapa jam.Lagi sedap kalau dimasak malam untuk makan tengahari.Dia punya belimbing dah keluarkan masamnya dalam sambal & rasa sambal pula diserap belimbing.Warna belimbing pun dah lutsinar...Memang sedap pada tekak saya.


Walaupun guna cili kering..cili padi merah ketuk juga sebiji dua campak dalam tu sebab tak  sambal cili kering cukup pedas..

14 comments:

  1. Adoiii.. memang berkumpul ailio dalam mulut sampai lupa nak telan ni, Mak Cella uiii

    ReplyDelete
  2. Nasib baik ank kak lin dpt cari belimbing buluh ni.. terus kak lin try msk sambal belimbing buluh ni.. mmg sdp.. jd sambal fav.. tq mak cella sharing idea yg ohsem ni.. 💃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Sedap kan sambal belimbing.Saya lagi suka versi cili api...mengaum bila makan..hihi

      Delete
  3. fuhhhh merecik!
    tergoda iman kita tgok.. haha
    kecur air liur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok weekend boleh cari belimbing kat pasar..hihihi

      Delete
  4. Sambal tumis begini, kuah berminyak tu gaul dengan nasi panas pun sodap! Lupakan saja lemak-lemak yang bakap diternak hahahaa.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kak.. Dah petang Ahad br nampak posting ni.. Kalau tak boleh gak cari belimbing buluh kt pasar tani

    ReplyDelete
  6. Aih...SA yg baca ni ha...x terkira terkumpul bertakung air liur ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...perasan juga SA memang suka masam-masam kan...dapat dimasak lomak cili api kalau versi SA sodap ni

      Delete
  7. Lauk sodap ni. Selalu jugak masak bila tak tahu nak masak apa dah. Stok belimbing buluh saya frozenkan. buah belimbing buluh ni kalau dah berbuah, banyak betul kan. Itu yang kawan akak beria suruh amek tu. Dari jatuh gugur baik amek buat lauk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh...saya belum pernah frozen....boleh cuba ni...

      Delete