Tuesday 10 August 2021

RENDANG AYAM GORENG TAHAN LAMA

Semalam hari terakhir 1442Hijrah

Masak Rendang Ayam Goreng.

Masak rendang ayam goreng ni.... antaranya sebabnya supaya tahan lebih lama & tahan lasak.Hihihi...
Tahan lasak tu sebab kacau ganas-ganas pun rakdak la risau hancur.Kalau masak sekejap pun tak risau dalamnya tak masak bagai.Elok untuk beginner.

Plan asal nak masak rendang daging.Tapi takdirnya tertulis rendang ayam goreng.

RENDANG AYAM GORENG

1 ekor ayam-potong 16

1 kotak santan 

(jika guna santan segar 

± 1 cawan santan perah tanpa air)

1 paket rempah rendang Adabi(paket kecil)

2 asam keping

½ keping gula nisan/

gula melaka

2 sudu teh garam

5 daun limau purut

2 daun kunyit

1 sudu besar kerisik

Minyak


Bahan Blend:

30 cili kering-rebus

2 bawang besar

1ketul lengkuas (saiz ibu jari)

1 ketul halia (saiz ibu jari)

1 ketul kunyit (saiz ibu jari)

3 batang serai


1. Garam kunyit ayam & goreng ayam hingga masak.Ketepikan

2. Dalam minyak goreng ayam tadi anggaran 1 cawan,tumiskan bahan blend hingga naik minyak

3. Masukkan ayam goreng,asam,gula nisan,daun limau purut,kerisik & gaul rata 

4. Tambah santan &masak hingga pekat.

5. Bila pekat kecilkan api & biar mendidih perlahan supaya naik minyak 

6. Sesuaikan rasa & tabur daun kunyit hiris.

*** Saya masak untuk 2 ekor ayam yang agak banyak.Bahan digandakan & saya blend cili bersama bawang.Serai,lengkuas & kunyit blend berasingan.


Ayam yang digaram kunyit digoreng garing.Sepatutnya goreng agak-agak masak sahaja tak perlu garing,tapi sebab saya goreng ayam ni tengahari,nak masak rendangnya malam.Maka saya taknak ambil risiko takut ayam rosak,maka saya goreng garing.

Sekuali penuh ayam dah siap  goreng

Tumis bahan blend hingga naik minyak macam tumis sambal.
Kalau ikutkan yang dinamakan rendang tu tak payah tumis.Semua bahan lebur bersama santan segar & masak hingga naik minyak.Tapi sebab saya guna santan kotak,kena tumis dulu.Nak harap minyak keluar daripada santan kotak tu...bagai menanti kambing bermisai.Jadi,baiklah tumis dah tentu berminyak..Hihihihi

Dah naik minyak,masukkan ayam goreng,daun limau purut & asam keping.
(kedengaran suara azan🕋)


Bila dah gaul rata masukkan santan.Selalu saya guna santan Kara yang memang pekat melekat.Tapi kat kedai habis stok.Terpasa guna santan brand lain.Nampak la cair tak sepekat santan Kara.
Bahan wajib dalam masakan rendang saya samaada rendang daging atau ayam...gula nissey @ Kelantan...Gula nisang @ Ganu..Kami @ Kedah panggil gula kerek..hahaha bukan kerek berlagak tu..hihihi

Masuk gula ni baru kick.Manis manja + lemak merdu.

Kena selalu kacau takut berkerak kat dasar kuali.


Bila rendang dah mula kering,perlahankan api biar mendisih perlahan supaya naik minyak


Masa ni dah boleh tabur hirisan daun kunyit.Nampak sedap kan rendang ni...
Masuk bakul angkat sendiri...Zama la ni tak payah masuk bakul,naik esculator ..pijak jer naik sendiri...hihihihi🤣🤣


Rendang Ayam Goreng siap disaji.



12 comments:

  1. Pertama kali dengar (baca) perumpamaan, menunggu kambing bermisai) 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat SK jer kwr yg banyak perumpamaan rekaan sendiri...hihihi

      Delete
  2. rendang ayam. goreng
    nampak. sedapp ni
    mkn dgn nasi panaa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lam..Makan lauk macam ni jangan ada gangguan lauk lain kan...🤭

      Delete
  3. Makan dengan ketupat atau nasi impit baru ngam

    ReplyDelete
  4. Bonda saya suka masakan begini. Goreng dulu baru diolah menjadi masakan yang sepatutnya. Masak kari ayam pun, Bonda goreng dulu. Apalagi masak kicap atau masak merah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..ayam goreng,ikan goreng lebih berperisa bila digoreng dulu.Saya terikut bila selalu tengok Indian Street Foods.Bukan takat ikan & ayam digoreng dulu,sayur seperti bendi & terung pun dorang goreng dulu.Katanya lebih sedap & memenag betul pafa tekak saya

      Delete
  5. Replies
    1. 🤭🤣
      A..aaa la...
      Baru perasan...hihihi

      Delete
  6. Wahh menggoda betul rendang akak ni. Ayam digoreng dulu tambah pulak gula melaka. Pasti sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah sedap...🤭🤭🤭🤭

      Delete