Wednesday 11 August 2021

MAKAN NASI LAUK SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS,AYAM GORENG & ULAMAN

 Hihihi..panjang tajuk dari lauk...

Hari ni makan nasi awai.Belum pukul 12 saya dah lunch sengsorang.Makan dengan pelahap sebab lapaw...Hihihi

Makan nasi lauk Sambal Tempoyak Petai Bilis,Ayam Goreng Panas-panas,Ulam Pucuk Selom & Timun.


Masak Sambal Tempoyak Petai & Bilis sebaik sahaja habis GM.
Pepagi dah ronda KL gi hantar Adah kat tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.Sekarang tak risau nak redah KL pagi-pagi sebab memang tak jem.20 minit dah sampai.20 minit lagi patah balik..Elok-elok sampai rumah,tarik nafas kejap terus masuk GM.Habis jer terus bersilat kejap ja dah boleh makan.Tapi ayam dah defros awal-awal la sebelum hantar Adah.
Tu yang belum pukul 12 dah lunch...Lepas makan liat la nak sambung kerja..Tapi kena la buat juga kan.Malam tadi pun sama,plan nak tidur awal,tapi dah mengadap kerja terlajak juga sampai tengah malam.Apapun saya kena tidur sebelum anak-anak tidur.Saya akan tidur dengan lampu terpasang sampai lena & semua anak-anak kena alert tutup lampu selepas saya dah lena.Saya tak boleh jadi orang terakhir tidur.Penakut + lemah semangat...Hihihi

Dari dalam kereta dah plan nak masak sambal tempoyak petai ikan bilis ni.

SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS.

1 cawan ikan bilis bersih

1 cawan isi petai

1 cawan tempoyak.

1 cawan cili padi Bangladesh(cili padi merah)

1 bawang besar

1 ketul kunyit

1 asam keping.

2 helai  daun kunyit

Minyak,garam & gula

1. Blend bawang besar,cili padi & kunyit kasar-kasar.


2. Masukkan bilis bersih dalam blender yang mengandungi bahan kisar & kisarkan bersama bilis sederhana kasar.


3. Panaskan ½ cawan minyak & tumiskan bahan blen.Tambah tempoyak,asam,garam,gula & masak hingga mendidih.


4. Masak dengan api perlahan hingga naik minyak.Sesuaikan rasa & tabur daun kunyit hiris


Ulam kena ada kalau makan ngam sambal tempoyak.Pucuk selom & timun sahaja.
Kalau dapat ulam pucuk sentang(kami panggil pucuk stang) layur atas bara api.Huh,boleh tambah dua kali oooo..Pucuk sentang tu banyak nampak pokoknya ditanam sebagai teduhan sepanjang jalan.Kalau nampak geram jer.Tapi apakan daya ...hihihi

Goreng ayam panas-panas.Memang layan sungguh walaupun lauk simple ni ja..Puas makan kalau lauk-lauk kering & pedas.Tekak saya la...Hehehe..Ok nak sambung BDR.Sedar tak sedar dah tengah bulan Ogos dah rupanya...



10 comments:

  1. sedapnya ayam goreng.. tempoyak x reti mkn... hehehe.. jgn lupa buat laporan bdr ye kak

    ReplyDelete
  2. Lauk yang menyelerakan sungguh ni. Gembira perut dapat lauk ayam goreng panas panas, sambal tempoyak ikan bilis petai dan ulaman tu. Kecur tengok lauk akak masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...sama taste...
      Ada juga yang seleranya kena ada kuah.Saya suka kering-kering

      Delete
  3. Sama macam ibu saya, takut gelap, penakut + lemah semangat

    Ahhh.. sedapnya, klu sy dapat cam tu pun makan dgn lahap juga 😆

    ReplyDelete
  4. Ayam goreng panas-panas tu memang menyelerakan! Lagilah ada sambal tempoyak....aduuussss! Kalau dah lunch pukul 12, mau ulang makan pukul 3 petang hihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaaa....macamana boleh kantoi ni...🤣🤣🤣🤣

      Delete
  5. Alhamdulillah
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete