Wednesday 18 August 2021

JERUK MANDAI GORENG IKAN BILIS


Jeruk Mandai Goreng Ikan Bilis.

Lauk bermusim ni.Setiap tahun,kalau musim durian dengan tempoyaknya...petai dengan jeruk petainya.Musim cempedak juga istimewa dengan lauk jeruk madai goreng ni.


Telioq ni nak habaq mai..
Tengah menaip ni pun ngences...! Kata orang Jerman la...hihihi
Tapi ni lauk beberapa hari lepas.Masa bebudak tu makan ketam nipah tu,saya pulun jeruk mandai ni sorang-sorang..Berpeluh mengahabiskan sepinggan nasi...hihihi


Buah cempedak kiriman Achik dua minggu lepas.Eh,dua minggu ka dah lebih.Macam dah lama jugak la

Isi buat goreng

Kulit buat jeruk.Setiap tahun,musim cempedak,ni la dianya pembuka selera.Ni 1 balang ni hasil sebiji kulit .Saya buat rendam dalam air garam.Hanya itu sahaja bahan..Kulit cempedak kupas buang durinya.Potong agak-agak selebar tapak tangan.Basuh & sumbat dalam balang.Tuang air masak agak-agak tenggelam kulit cempedak & masukkan garam.Dulu saya bancuh dulu air garamnya.Sekarang saya masukkan dulu kulit  cempedak,isi air & tabur dalam 2 sudu besar garam kat permuakaan.Tutup..Nanti garam larut dia akan turun ke bawah.Dah nama jeruk,kena la peram dulu.Biar dalam seminggu baru rasa jeruknya..Ada orang buat jeruk mandai ni tak pakai air.Hanya tabur garam kasar & peram.
Tak pernah try lagi buat tanpa air tu.

Jeruk mandai berjiran dengan jeruk lemon.Ada projek dengan jeruk lemon tu.Doakan saya rajin...hihihi


Setelah lebih seminggu dijeruk.Ambil dala 2,3 keping perah airnya hingga kering & hiris.Saya suka siat nipis supaya bila goreng jadi garing.
Panaskan minyak macam nak goreng ikan.Goreng dulu ikan bilis,ketepikan.Goreng pula mandai hingga garing.Tambah bawang hiris & cili potong.Pastu masukkan semula bilis goreng tadi.Gaul rata...Siap la lauk untuk taste booster ..hihihi..

Ok nak sambung kerja..Sejuk,cuaca pun dah tiga hari ni memang mendung berselang hujan sahaja.


Tu suasana tengah Bandaraya KL pukul 7 pagi tadi.Langit mendung..Jalan pun masih lengang walaupun dah banyak sektor dibuka,untuk yang dah lengkap 2 dose.
Plan nak cuci kereta pun belum terlaksana lagi.Kesian kereta tu dah ngalahkan kereta kat Arab...🤣🤣🤣

10 comments:

  1. Saya biasa buat tanpa air. Pernah juga buat dengan air. Tapi lebih suka tanpa air, sebab itu ilmu memandai pertama kali saya dapat hihihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh cuba...
      Pernah tengok kat Bukit Tinggi dorang guna kulit nangka juga..

      Delete
  2. Tak pernah buat atau makan mandai ni
    Biasanya kulit cempedak buang aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lembu suka kulit cempedak wak..
      Boleh bagi kat anak lembu wak Cobik & Biden

      Delete
  3. SA x pernah buat dan x perna makan..nampak sedap tu...rasa nak try plak..hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tekak saya memang kata sedap la ..Rasa mac daging asin pun ada la juga..hihihi

      Delete
  4. Akk pun baru buat mandai .. kiriman cempedak dari kampung hasil keringar Almarhum emak & ayah.. dapat 2 balang besar.. Pernah buat guna kulit nangka tp x sedap.. x pandai buat.. Mcm2 jeruk ada.. limau kasturi.. lemon.. setoi.. belimbing buluh.. Dok mereka lepaih ni masak apa..

    Nak ikut resepi mak Cella nii.. 💕

    ReplyDelete
  5. Rasa macam pernah tengok ad blog share. Ke blog akak entah. Ada orang share baru tahu. Tak membazir macam ni isi dan kulit boleh makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai orang share..
      Dalam blog ni pun ada dlam oldpost..hihihi

      Dulu masa kanak-kanak arwah tok tiri orang belah laut ajar jeruk kulit cempedak,depa memang kreatif menggunakan sumber makanan yang terhad.Tidak akan dibazirkan...
      Mak saya tak pernah buat.Tapi semalam dia post pic kat family group..mak buat jeruk mandai ni...hihihi

      Delete
  6. Ooooo...kulit nangka tak sedap ye...saya belum pernah cuba..

    Limau kasturi ngan lemon tu sedap buat acar..
    Boleh taip namakucella-acar ikan talang
    Cara & bahan sama ja kecuali ikan talang ganti dengan jeruk limau @,lemon..ish kecur pulak

    ReplyDelete