Monday 5 July 2021

POTONG KEK BIRTHDAY

Dah tua-tua baru nak rasa sambut birthday..hihihi.

Zaman muda kalut urus anak.Tak ingat & takmau ingat pun harijadi sendiri..Zaman tua ,bila anak dah besar,depa pulak sambut harijadi mak.

Jumaat malam ...masa saya dah balik Kedah...anak bujang ada whatsApp bagitahu dia ada belikan kek awal sehari sebab katanya saler dari Selangor kena hantar awal sebab 3 Julai depa PKPD.

Petang semalam sampai rumah tengok anak bujang tu takdak.Hanya tinggal adiknya Cella.Lepas mandi & solat maghrib,tengok-tengok atas meja ada sate .

Tapi semua sate ayam.Saya suka sate daging.


Kek siap dalam kotak macam kek bertunang pulak...hihihi..


Depa dah pasang lilin sambil pasang lagu happy birthday dari laptop. Belum sempat tiup lilin,mak call.Padam dulu la lilin tu..

Dah dua tiga tahun jugak la kebelakangan ni ,anak-anak akan beli kek bila birthday mak depa.Sudah banyak kali juga saya bising kerana membazir.Duit tu boleh guna untuk keperluan lain.Hari tu pun masa anak bujang tu hadiahkan handphone sebab handphone mak dia  dah oldschool susah nak buat kerja WFH,memang saya bising.Sampaikan anak jantan tu kecik hati & cakap saya tak pernah hargai apa yang dia buat,sedangkan dia berusaha untuk buat semua tu.
Ok..kali ini saya diam walau dalam hati tetap berbisik..tak perlu buat semua ni,simpan duit untuk kepentingan lain.Tapi saya tahankan mulut agar tidak berbunyi.
Hanya selitkan doa agar Allah ganjarkan pahala rezeki  yang melimpah kepada mereka.
Saya bukan ibu yang sempurna.Banyak kekhilafan dalam mendidik anak-anak.Semoga Allah ampunkan dosa-doaa kami semua.. 

🎼Potong kuihnya...🎶
🎵Potong kuihnya...🎤


Red velvet...

Wish by Adah..

Semalam juga sempena birthday...Adah belanja lunch masa on the way balik KL



By Cella...
Dia cakap tukar la purse lama tu sebab warna hitam sama dengam handbag & selalu menjadi masalah bila nak cari purse dalam handbag.Guna purse ni yang kontra warnanya supaya lepas ni tak ada masalah cari purse tak jumpa ..hihihi..
Ok..dah habis pasal birthday...!!!!





6 comments:

  1. Happy belated birthday Mama Cella. Moga sentiasa sihat, bahagia dunia dan akhirat.
    Biarlah anak-anak raikan, sebab mereka mahu melihat ibu mereka senyum gembira. Mereka ingin tunjukkan penghargaan, dan ikhlas. Kita terimalah seadanya. Alhamdulillah. Tindakan tepat tu Mama Cella sebab tutup mulut saja, tapi buka mulut untuk ucapkan terima kasih.... hehehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak ada ilmu mendidik anak lelaki.
      Tengok cara cikgu didik anak-anak sejuk hati

      Delete
  2. Tak apalah Ummi, setahun sekali sahaja, kan...

    ReplyDelete
  3. Anak2 yg baik yg menghargai kasih sayang dan pengorbanan ummi mereka sejak sekian lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..kadang saya sendiri sebagai mak pun saya keliru antara nak hargai usaha mereka & naknakar mereka bijak mengurus wang..

      Delete