Friday 30 July 2021

NASI DAGANG GULAI IKAN SALMON + UDANG

 

Nasi Dagang Gulai Ikan Salmon + Udang & Telur

Salmon,bunyinya macam have-have.Hakikatnya mengutip saki baki stok fosil dalam freezer untuk dimasak.Serba sikit sisa yang masih  berbaki dicampur untuk mencukupkan.

Dah beberapa minggu plan nak masak nasi dagang.Selalunya masak NASI DAGANG BERAS PULUT & BERAS BIASA macam versi Trengganu.Tapi ni teringin pula nak makan nasi dagang ala Kelantan iaitu yang menggunakan beras merah ni.Minta Cella tolong belikan beras nasi dagang merah @ Shopee.


Nasi dagang sedang dikukus.Nampak dak macam net putih tu.Tu sebenarnya net bekas bawang putih.Masa beli bawang putih dalam net tu,saya basuh net tu & gunting elok-olok & simpan.Nak kukus pulut ka atau apa-apa bijirin,saya bentangkan net tu dalam pekgukus.So,beras tak jatuh ke bawah & bila nak keluarkan nasi pun senang angkat dengan net tu.Nak basuh pengukus pun senang takdak sisa dalam bekas pengukus.

NASI DAGANG BERAS MERAH

1kg beras nasi dagang merah-rendam semalaman

3 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam & 1 sudu besar gula

(harus santan segar untuk rasa lebih sedap)

1ketul halia muda-mayang halus

5 bawang merah - hiris

1 sudu makan halba- basuh & rendam 10 minit

1. Kukus beras merah yang sudah diirendam anggaran ½ jam


2. Semasa sedang dikukus, setiap 10 minit siram dengan ½ cawan air panas untuk melembutkan beras. 


3. Selepas ½ jam beras akan menjadi nasi & tuangkan dalam bekas besar. 


4. Siram santan bercampur garam & gula. 


5. Gaul beberapa minit dan tambah halia halba dan bawang hiris. 


** Jika nasi sudah lembut dan untuk rasa lebih lemak, boleh terus hidang tanpa dikukus kali ke-2

***


Untuk lebih tahan lama.. Kukus kali ke-2


6. Selepas gaul sebati masukkan semula kedalam kukus 


7. Kukus semula anggaran 10 minit TANPA menutup pengukus supaya beras tidak pecah dan benyek



Dah masak.Cuma untuk lain kali saya nak beli beras nasi dagang yang lebih berkualiti untuk rasa lebih sedap.Kalau tengok kat shopee macam-macam harga ada & kena pilih yang banyak beras merah berbanding beras putih.Pilih yang warna lebih gelap.Ni yang saya beli ni harga sekilo dalam  RM7++  & banyak beras putih dari merah.Menyesal masa gi Trengganu tak beli beras merah ni.Kat shopee pun banyak ja.Cuma kena pandai pilih.Macam yang ni bagi saya berapa puas hati sebab berasnya keras & "pecah biji".Baik pilih beras nasi dagang yang mahal sikit yang nampak beras merahnya banyak.Pengalaman saya yang bukan Kelantanese ni pun boleh bezakan tekstur & rasa.Bila beli online ni benda tak nampak depan mata.Nanti kalau dapat ke Trengganu lagi nak borong beras merah ni buat stok.Saya pernah masak nasi dagang merah ni yang berasnya kawan sekerja beli di Kelantan.Nak kukus pun tak payah berkali-kali.Nasinya lebih melekit bertekstur & tak la pecah biji..Saya suka yang macam tu.Nak masak pun kena sabar & proses arun dengan  yang betul supaya nasi tidak pecah kerana terlalu kembang 


Gulai Ikan Salmon+Udang & Telur.Saya masak ikut suka sahaja tapi anak-nak cakap lebih sedap.Alhamdulillah...

GULAI IKAN SALMON+UDANG &TELUR
2 keping ikan salmon
6 ekor udang
4 biji telur rebus keras
2 paket kecil rempah kari ikan.
2 cawan santan 
1 asam keping
2 cili hijau
¼ gula nissey/gula melaka
Minyak,garam

Bahan Blend:
10 cili kering
1 ketul kunyit
1 ketul lengkuas besar ibu jari
1 bawang besar

1. Ikan salmon dipotong 3 setiap keping.Gaul garam kunyit & goreng garing.Udang juga digoreng.

2. Panaskan ¼ caqan minyak & tumis bahan blend +serbuk kari.Masak hingga naik minyak.

3. Masukkan santan,garam,gula melaka,asam keping & masak hingga mendidih.

4. Tambah ikan goreng,udang goreng & telur rebus.Biar mendidih perlahan supaya kuah pekat & naik minyak.

5. Sesuaikan rasa & masukkan cili hijau yang dipatahkan.

Ikan salmon 2 keping.Tengok tarikh beli dah dekat 2 bulan dalam peti ais.Harga 2 keping belasan ringgit sahaja sebab ni bukan salmon organic atau salmon liar.Ni mesti spesis salmon bela sebab tu harga lagi murah daripada ikan tenggiri. Setiap keping saya kerat 3 dapatlah 6pcs.Saya garam kunyitkan dulu & goreng garing.Geram jer kulit dia yang menggoda tu.


Udang pun ada 6 ekor sahaja.Bukan saiz besar pun.Saiz RM25/kg kat Tesco.Asalnya simpan 6 ekor ni nak buat rencah mee @ campuran dalam tomyam.Pun saya garam kunyitkan & goreng hingga merah &masak.


Siap masak gulai ikan salmon + udang.Sebenarnya + juga telur rebus.Haaa..ikan,udang & telur.


Pekat melekat.Gulai versi sendiri 

Untuk anak bujang yang tak makan ikan tu .Kari ayam dalam tin.Kari tin ni beli kononnya untuk stok kecemasan supaya depa boleh panaskan sendiri & terus makan.

Hasil 1 tin sedang.Tengok dalamntin cantik berminyak kuah dia.Bila panaskan jadi tak cantik & bau pun tak menarik selera.Tapi dah anak bujang tu tak makan ikan,dia cakap sedap ja kari ni..Hihihi

Tak tahu apa rasa sebab tak cuba pun.Habis anak bujang tu sorang makan sebab kami yang perempuan makan gulai ikan salmon +udang & telur.


Sebenarnya ni menu breakfast  merangkap lunch kami semalam.Tanpa acar,tanpa sambal kelapa.Hanya nasi & gulainya..Alhamdulillah.  


8 comments:

  1. tgk nasi dagang ni tetiba teringat Terengganu..cepatla pkp ni berakhir..x sabar dah nak merayap..hihihi..

    ReplyDelete
  2. Sy selalu kalau balik Kedah, selalu jumpa beras ni jual kat sana. Biasanya sy beli sebungkus, buah tangan utk ibu. Tak pernah nak masak nasi dagang, kalau nak makan memang beli jer sbb dua beranak ni tak minat. Good idea la guna net tu utk alas mengukus. Gulai salmon nampak sedap bebeno 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo ada ek...
      Hihihi
      Pasni balik boleh cari kat sana pulak..
      Sodap lg gulai mamak SK 🤭

      Delete
  3. Bygkan.. kutip saki baki bole jd 1 dish yg menyelerakan.. teringat plk mkn nasi dagang pak malau kat langkawi.. dgn tiupan angin di sawah padi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woh nasi Dagang Pak Malau dagang bertempat,
      Dagang hamba menumpang lalu...😁
      Seri Mersing

      Delete
  4. Maaaakkkkk! Nasi dagang kayangan ni....ada gulai salmon!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tapi mahal lagi ikan tenggiri & ikan merah kalau kat KL ni

      Delete