Saturday 10 July 2021

KARI AYAM GORENG + KENTANG GORENG

 

Kari Ayam Goreng + Kentang Goreng.


Kata Cella inilah kari paling sedap bagi dia.

Bagi dia laaaaa...Mungkin jujur,mungkin ayat ambil hati...hihihi.



Sebenarnya saya masak ni ketika sangat malas.Ayam dah defross.Ada dalam 8 ketul isi + bahagian tulang.
Asalnya nak masak sup.Tapi macam nak yang berkuah keruh bukan jernih macam kuah sup.
Sudahnya ayam tu digaram kunyit sebab dah lama defross.

Ayam..
Kentang..
Rempah kari..
Bawang merah &bawang putih....
Sikit halia...
Santan...
garam...


1. Ayam dah goreng hingga garing Ketepikan.

2. Pastu goreng kentang yang dah digaram kunyit..

3. Tanpa mengeluarkan semua tu dari kuali,saya campakkan 2 sudu pes  bawang merah + bawang putih serta beberap hiris halia.Kacau rata.

4.Pastu saya tuangkan sepaket kecil rempah kari ikan & sepaket kecil rempah kari daging.Tambahkan secawan air.Masak hingga naik minyak.

5. Tambah tiga cawan air,garam & masak hingga mendidih & nampak ayam serta kentang lembut.

6. Masukkan santan kotak anggaran ¼ kotak sahaja.Bila mendidih perlahankan api & masak hingga naik minyak.Sesuaikan rasa


Kari ayam goreng + 
kentang goreng.

Kari ayam atau apa jenis kari kena masak awal beberapa jam sebelum makan.Baru pekat berminyak & lebih sedap.

Kari ni la saya makan dengan ketupat kacang tu.








8 comments:

  1. Replies
    1. In sha Allah sedap..
      Pasni kalau ada ayam goreng boleh recycle..hehehe

      Delete
  2. Wah.. x penah pulak masak kari dgn ayam grg.. rare ni kak.. rare bg sy.. kalau cella ckp sedap mmg sedap la tu 😋😋😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah sedap & isi ayam lebih pejal.Pasni kalau ada baki ayam goreng boleh try..hihihi

      Delete
  3. Boleh cuba nanti, agaknya peminat ayam goreng kat rumah ni, suka tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah...
      Kalau PI tu rasanya dia makan jer tapi tetap akan minta ikan goreng..hahaha

      Delete
  4. Sedap tu ketupat isi kacang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...bagi yang suka kacang macam kita la..Anak2 saya tak mau yang ada kacang..Payah budak muda sekarang ni

      Delete