Thursday 22 July 2021

GULAI IKAN LENGAT NOSTALGIA DULU- DULU

 
Gulai ikan lengat antara lauk yang menjadi nostalgia.Ikan dilengat supaya tahan lama kerana tiada peti ais Sebabnya dulu zaman kanak-kanak belum ada elektrik kat kampung.Zaman remaja baru bekalan elektrik sampai.Gaji pertama saya belikan mak peti ais.Itupun bayar bulanan.Brand Redifussion.Masa belum ada peti ais jarang makan ikan basah.Kalau ada pun kena tunggu hari Sabtu.Setiap hari Sabtu mak kayuh basikal pergi pekan nat & beli  ikan,mak akan lengat.Lengat tu mak susun ikan dalam periuk & tabur garam kasar & asam keping.Masukkan sikit air & biar mendidih hingga mata ikan terjojol menandakan ikan dah masak.Setiap hari ulang panaskan.Sehari goreng beberapa ekor sebagai lauk.Kalau ada kelapa mak akan masak ikan tu jadi kari.Selalunya ikan yang mak rajin lengat ialah ikan kembung & ikan tongkol yang mak panggil ikan mamu.Rasa kari ikan mamu lengat macam rasa gulai nasi dagang sebab ikan tu memang dilengat dulu.


Gulai ikan lengat.

Ikan mamu lengat + keledek.Mak & orang kampung panggil keledek tu sebagai ubi tela.Sesekali makan kari ikan lengat teringat la zaman kanak-kanak.Kalau balik sekolah mak masak kari untuk lunch,seronoknya.Dari jauh dah bau kari atau mak sebut gulai.Gulai guna rempah yang mak giling sendiri.Nak pula kalau musim hujan.Balik sekolah dengan pakaian  basah lencun,memang kebiasaan.Kadang sampai kecut tangan kwsejukan dek terlalu lama redah hujan sejauh lima batu jaraknya dari sekolah.Makan nasi panas-panas kuah gulai..Sedap sungguh!

KARI  IKAN  LENGAT ..

5 keping ikan tongkol lengat

5 sudu serbuk kari ikan

1 sudu pes asam jawa/2 kepinga asam keping

2 ketul keledek- potong besar

½ kotak santan + 2 cawan air

garam

Bahan Tumis:

3 bawang merah-mayang

3 bawang putih cincang

1 sudu halba campur

1 tangkai daun kari

1/4 cawan minyak


 1. Panaskan minyak & tumiskan bahan tumis hingga harum.


2. Bancuh sebuk kari & tuangkan dalam bahan tumis.Masak hingga pecah minyak


3. Masukkan asam keping/air asam jawa dan garam


4. Masukkan ikan & keledek


5. Masukkan santan, dan biar hingga mendidih hingga keledek empuk.


6. Biar mendidih perlahan  dan kecilkan api supaya kuah pecah minyak.


Ikan goreng.Kalau dulu-dulu biasanya ikan masin la.Ikan tamban kering yang dibeli dikedai runcit.4 ekor ikan tamban masin tu 20sen.Besar nilai 20 sen bagi kami kerana duit belanja sekolah pun sepuluh sen sahaja.Sepuloh sen zaman saya sekolah dapat beli sebiji kuih @ sebungkus kacang.Air teh 0 kami bawa bekal.



Sesekali makan gulai ikan lengat ni mengingatkan kenangan lalu & mengajar erti bersyukur atas segala nikmat Allah.


10 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KAK, BARU SEMPAT NAK BUKA BLOG AKAK SBB SIBUK RAYA..HAHAHA..ADA REZEKI HARAP DPT JUMPA KAK NAK BELI KETUPAT PALAS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya elyda...
      elyda tinggal kat mana..

      Delete
    2. saya tinggal kat Klang Selangor kak..jauh ke dari rumah akak?..hihihi..

      Delete
    3. Lebih kurang 1 jam perjalanan.Merentas daerah & negeri jugak la..hihihi

      Delete
  2. Cerita Mama Cella ini mengingatkan saya zaman kecil dulu. Kalau arwah ayah beli ikan, tak cukup sekati dua. Mau 4-5 kati sebab pasar ikan jauh di Sungai Buluh. Memang Bonda kita pun buat ikan lengat. Segengam garam kasar tabur atas ikan. Bonda simpan ikan lengat dalam periuk besar yang ditindih dengan periuk lain. Bukan takleh simpan dalam gerobok lauk. Masalahnya nanti ada kucing kepala hitam ratah habis hihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan lengat dulu-dulu sedap dia lain macam kan..Ikan apa pun la masa dulu sedap.mak tak kasi ratah-ratah kononnya nanti kecacingan...hihihi bijak orang dulu

      Delete
  3. Semua yang nostalgia ni kalau tengah makan boleh buat air mata bergenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SK...
      Mengenang kesusahan tidak sekali-kali menyesali takdir Ilahi kan...Sekadar mengimbau untuk kita lebih bersyukur atas nikmat Allah

      Delete
  4. Kenangan & rezeki semua orang berbeza.. Allah the best planner..
    Banyak info yg kak lin dpt dari mak cella ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Lin...
      Yang kita nak belum tentu baik untuk kita.Tapi yang Allah beri,itulah yang terbaik dari Allah ...
      Semoga Allah ampunkan segala kekhilafan kita

      Delete