Wednesday 14 April 2021

SET NASI & IKAN SIAKAP MASAK 3 RASA - IFTAR 1 1442

 Panjang tajuk entri ni.Kali pertama Ramadhan tanpa anakanda Cella bersama.Dengan abang & kakaknya sudah biasa bertahun .Masa depa study dulu memang tak dapat puasa bersama la kecuali sesekali depa balik.Tahun ini giliran Cella berpuasa jauh dari keluarga. Pagi semalam pukup 4.30 pagi dia whatsApp bagitahu sahur roti.Kami pun sahur pertama makan roti sahaja.Sahur ke 2 pagi tadi saya buar tortila sorang 1 roll .Tu sahaja sahur simple sebab semua tak nak makan nasi.Lepas maghrib semalam iftar 1 st Ramadhan dia cakap beli kat luar  nasi,ayam Korea,wedges & air.Harga semua tu baru RM5.Alhamdulillah,semoga peniaga tu dimurahkan lagi pintu rezeki yang halal lagi barokah.


Saya & Adah makan nasi 
Ada masak Nasi Putih Set Ikan Siakap Masak 3 Rasa.Beria Adah nak masak.Dia dah siapkan beberapa menu nak masak sepanjang Ramadhan ni.Syararnya no kuih,no bubur bagai.Hanya nasi & lauk.

1st Ramadhan dia pilih nak masak Siakap 3 Rasa.Tapi ikan tu saya jugak la kena siang...hihihi
Masak dia yang buat.Dia kata pukul 6 dia nak masak.
Saya pernah masak SIAKAP 3 RASA ....kat sini tapi Adah masak dia kata dia tak guna cuka & garam pun.Dia kata sebab dia guna fish sauce & kiub ayam.Pastu banyak guna bawang dadu halus + cili padi merah hiris agak banyak.Pedas tapi sedap juga la.Depa sekarang untung sebab ramai orang berkongsi resipi & tips dalam youtube bagai.Zaman kita dulu salin resipi dalam buku & nak kalau masakan banyak bahan pakai tak buat la..Hanya guna apa yang ada ditanam keliling rumah...Hihihi


IKAN SIAKAP 3 RASA.

1 ekor ikan siakap - sapu sikit garam
2 sudu tepung ubi
2 sudu sos tomato
2 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar @ daun bawang -hiasan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
1/2 sudu cuka makan

 

Bahan Blend:
2 cili merah
10 cili padi merah
1 biji buah tomato (sederhana)
1/2 bawang besar
2 bawang putih
2 daun limau purut
1 pokok  ketumbar -dengan akarnya sekali
1 serai
sikit lengkuas

1. Sapu ikan dengam sikit garam & sapu tepung ubi. Goreng ikan hingga garing
2. Dalam minyak yang sama,tumis bahan blend hingga naik minyak
3. Tambah sos tomato,garam,gula,cuka & daun limau purut.
4. Masukkan ikan & tabur daun ketumbar / daun bawang

Lepas masak ,dia suruh saya tolong tuang kuah ikan ni dia nak ambil video.Pastu dia bising cakap sepatutnya kena siram kuah tu atas badan ikan dulu ,bukan tepi pinggan...Mmmmm,mana saya tahu,saya bukan youtuber..Hihihi


Sayur Bendi Goreng Telur
Pun Adah masak

Ulam bayam brazil buat ulam.Kalau dulu saya rajin nak masak kuih la bubur la bagai.Sejajar dengan umur,sekarang dah malas.Memang tak buat kuih pun 

Rezeki,Dekat nak berbuka ada adik kawan Adah datang hantar kuih peria ni

Juga bubur caca ni..

Kurma 

Ni la hidangan kami 2 beranak untuk iftar...Ikan kerat 2,makan sorang 1/2.Adah amik video masa tengaj azan.Siap ada suara azan surau sebelah ni..Hihihi

Air Lemon Panas.Berazam tak mau minum ais (sebenarnya tengah batuk & sakit tekak) hihihi


Kami makan 2 beranak sebab anak bujang berbuka kat tempat kerja.Lepas isyak baru sampai.Untuk anak bujang yang tak makan ikan tu,saya gorengkan 2 ketul ayam untuk dia.Jadi kami makan Siakap 3 Rasa, dia makan Ayam 3 Rasa la.Hihihi




6 comments:

  1. Bagus tu amalkan minum air lemon untuk kesihatan.
    Sedapnya siakap 3 rasa. anak-anak suka lauk begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tua- tua ni baru nak belajar minum lemon...hihihi

      Delete
  2. Nampak menyelerakan sungguh sambal tiga rasa Adah tu. Ringan sikit dah bahu emaknya memasak, kan.

    ReplyDelete
  3. Saya baru nk masak siakap 3 rasa hari ini.saya tak guna cuka, tapi tambahkan perahan lemon dan hirisan bunga kantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi harum la kan letak bunga kantan...boleh try

      Delete