Sunday 4 April 2021

AYAM MASAK CABAI DULU- DULU

 Teringin nak makan makan ayam masak cabai macam selalu makan zaman kanak- kanak.Kalau kenduri zaman tu,kat kampung kami,tak jumpa ayam masak merah yang masam manis tu.Yang ada hanya ayam kampung dimasak cabai.Masak cabai ni macam sambal tapi aroma serai,lengkuas & yang paling harum ialah bau kunyit segar.Tiada penggunaan tomato puri @ sos tomato.Kuahnya macam sambal,tapi  lebih berminyak.Apabila digaul dengan nasi warnanya kuning & rasanya unik beraroma.Penggunaan kunyit hidup yang agak banyak memang melekat bau & warna  kuning pada jari walau selepas dicuci tangan.Selalu mak yang guling cabai,Tapi bila menginjak remaja,kalau ayah sembelih ayam kampung & mak nak buat masak cabai,saya akan jadi tukang giling cabai.Lenguh juga nak lumatkan hirisan serai,lengkuas,kunyit,cili,bawang merah & bawang putih.Tapi paling best lepas mak masak,semua berebut nak gaul nasi dalam kuali berminyak bekas masak cabai tu.Nasi yang digaul pada kuali bekas masak cabai tu sedap dia lain macam.

Sebab nak menikmati rasa ayam masak cabai ni,hanya masak 1 lauk ni sahaja supaya rasanya tidak lari.Hanya tambah hirisan timun sebagai sayur.Keropok tu sebab terpengaruh dengan masyarakat Indonesia yang sering menjadikan keropok sebagai selingan setiap kali makan nasi tidak berkuah.Mula- mula pelik tengok orang Indonesia makan keropok dengan nasi.Keropok moni,keropok belinjau,keropok nasi ,waima jengkol@ jering pun mereka proses jadi keropok untuk dimakan dengan nasi.Mula- mula pelek,dah lama teringin nak cuba,dah cubah,eh,sedap la....

Live dari kuali.Tak menyempat nak hidang sebab semua makan sendiri- sendiri.Ada yang dah lapar nak makan,ada yang baru nak mandi & ada yang belum nak makan.So,biar sahaja dalak kuali.Siapa nak makan nanti sendukkan sendiri. Walaupun nampak gelap,tapi bila digaul dengan nasi,warna kunyitnya terserlah & menimbulkan selera.

AYAM MASAK CABAI DULU-DULU


1/2 ekor ayam-8 ketul   (gaul garam+kunyit) 

1/4 cawan minyak

1 sudu  garam

2 sudu teh gula perang

Bahan Giling /Blend

30 cili kering - buang biji & rebus

1 bawang besar

5 bawang putih

2 batang serai

3 hiris lengkuas

3 hiris halia

1 ketul kunyit

( sebesar ibu jari kaki)


1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak(tak perlu garing) 

2. Dalam minyak yang sama anggaran 1/4 cawan, tumis bahan blend hingga naik minyak

3. Tambah garam, gula & masukkan juga ayam yang sudah digoreng. 

4. Gaul rata & biar hingga kuah pekat dan berminyak. 

5. Sesuaikan rasa. 



Makan lauk masak cabai ayam ni tak perlu lauk lain supaya rasanya tidak tetganggu dengan lauk lain.Cukup dengan ulam timun.

Bila digaul dengan nasi panas,aroma kunyit dia terserlah.Puas hati & puas selera dapat menikmati ayam masak cabai dulu-dulu.


10 comments:

  1. Mesti Pak Inche pun suka lauk ni, sebab dia selalu la suruh masak cabai ni, cuma disebut sambal. Tak pernah letak kunyit dan lengkuas sebab tak tahu resepi sebenar, halia dan serai pun main ketuk aje hihi. Tapi memang laju la dia makan kalau ayam masak sambal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la kot-kot kena dengan tekak Pak Inche...hihihi

      Delete
  2. Saya pun terkenang sambai dulu2 awat la sedapkannn rupanya guna kunyit hidup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Naz...bau dia memang teringat ayam masak cabai dulu-dulu..Simpan menu untuk bulan posa ni..hihihihi

      Delete

  3. Sedap ni ada pulak ulaman memang bertambah lah nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...kita kan pecinta ulam,dapat 1 lauk dengan ulam dah boleh on nasi 2 pinggan...kan

      Delete
  4. senang jer masaknya ni cuma rajin x rajin je... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAn....kalau kena dengan olahannya macam ikan goreng tu kalau guna kunyit hidup,bau dia pun dah membuka selera kan

      Delete
  5. Cabaikan ayam tak pe mama Cella jgn cabai mulut dah la. Paling negeri kalu orang tua2 dulu nak cabaikan tuuut sbb gatai sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...teringat dulu-dulu kita tak berani cakap sebarang kan takut mak cabai mulut.Sebut nak cabai tuuut tu dan-dan rasa ngilu...hihihihi

      Delete