Aroma raya lagi.... dalam rumah ni...Hihihihi
Bau rendang satu rumah
Bersama nasi impit Adabi..
Sebabnya ayam pencen ni bau hamis dia agak kuat berbanding ayam daging.Rendam dalam air bercampur sikit tepung gandum nak kurangkan bau dia.Bila masak yang pedas berapi tak la terasa bau dia
RENDANG AYAM PENCEN CILI PADI
1 ekor ayam pencen- bersihkan dan rebus empuk
2 asam keping
2 sudu teh garam
1 sudu besar gula melaka
1 kotak kecil santan
2 sudu minyak
1 daun kunyit
Bahan Blend:
2 cawan cili padi hijau
1 bawang besar
3 serai
2 hiris lengkuas
1 ketul kunyit
1. Rebus ayam pencen hingga empuk
2. Panaskan minyak dan tumis bahan blend
3. Masukkan ayam yang dah direbus bersama air rebusan ayam
4. Masukkan garam,gula dan asam keping.
5. Masak hingga mendidih dan kering baru masukkan santan dan daun kunyit
6. Bila pekat dan naik minyak,sesuaikan rasa dan tabur daun kunyit hiris halus
Macam masak lemak cili api sebab masa ni baru masuk santanSaya rebus dulu ayam sebab nak singkatkan masa memasak..Guna santan pekat supaya cepat kering
Satu rumah bau rendang.
Saya rebus ketupat segera Adabi dalam 20 biji.Eh,ketupat Adabi sekarang dah tak keras macam dulu.Sekarang berasnya dah dikurangkan ke?
Saya pun baru mencuba ayam pencen buat gulai,sedap isi ayam ni kenyal2..cuma masa memasak agak lama
ReplyDeleteYa kan..saya pun suka sebab isinya macam fibre
DeleteAyam pencen memang sesuai dibuat rendang.
ReplyDeleteHari tu try buat masak ungkep pun sedap juga
DeleteKita belum pernah cuba masak rendang cili padi ni, mau berdesing telinga Pak Inche ni karang, hahaha. Tapi dia suka makan rendang daging kering2 stail mak dia, layannnnn
ReplyDeleteKalau guna cili padi hijau @cili burung tu tak pedas pun SK.Kalau cili api merah Vietnam tu memang pedas la
DeleteNaak.Sedapnya rendang ayam pencen tu
ReplyDeleteMai la raya ni.Kalau boleh rentas negeri mai Kedah.Kalau tak bileh rentas negeri mai KL..hihihi
DeleteAyam pencen skrg dah tak seliat dulu sbb semua dipencenkan awal
ReplyDeleteHahahah...kira bersara pilihan la ni...hihihihi
DeleteSedap rendang ayam pencen, daging tak hancur, rempah rendang meresap!
ReplyDeleteBetul tu cikgu.Isinya liat tapi sedap
DeleteHihii...lawak lah mak cella ni.Tapi sejak dah terbeli ketupat Adabi keras tu akak dah beli jenama lain.
ReplyDeleteYang pasti rendang ayam pencen memang sedap walaupun nak menunggu empuk sampai berjanggut lama nya😂😂
Bila makan ketupat adabi ni dah lembik,auto teringat akak...hihihihi
DeleteSaya rebus dulu ayam dalam rice cooker.Biar mendidih dalam 1/jam.Matikan suiz & biar ayam bertutup dalam rice cooker tanpa buka penutup.Biar hingga agak suam baru masak rendang.In sha Allah ayamnya lembut