Berbaki kurang lebih 15 hari lagi,in sha Allah jika diizinkanNya ,kita akan bertemu Ramadhan.Bulan penuh barokah yang dinantikan seluruh umat Islam.Malam Nisfu Sya'aban iaitu pertengahan Sya'ban,selalunya menjadi penanda aras untuk kita mengingati semakin hampirnya Ramadhan.
Ketika dikampung zaman sekolah ,saya memang menantikan bulan purnama kerana kampung saya agak pedalaman & tiada elektrik.Cahaya bulan penuh akan menerangi seluruh alam,& itulah peluang kali menikmati pemandangan malam yang indah.Paling penting cahaya bulan 15hb hingga 25hb mengikut calendar Islam sebab tarikh- tarikh tu bulan lambat tenggelam & masih terang waktu pagi.Dapatlah berbasikal ke sekolah berteman cahaya bulan.Kalau tiada bulan penat kena guna tenaga lebih nak kayuh basikal yang ditekan dynamo pada tayar basikal untuk menyalakan lampu basikal.Hihihi zaman saya dulu dynamo tu untuk nyalakan lampu basikal .Budak sekarang Dynamo tu depa hanya tahu sabun cecair basuh kain.
Jika bulan tiada,seluruh kampung kami gelap gelita namun indah dihiasi kerdipan cahaya kelip- kelip yang sungguh banyak pada ketika itu. Tahun 1988 baru ada bekalan elektrik.
Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah. [Lihat: Talkhis al-‘ilal al-Mutanihiyah, 184]
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إنَّ اللهَ تعالى يَنْزِلُ ليلةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا ، فيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كلبٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan sebanyak bilangan bulu kambing pengawal”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 670] Al-‘Aini mengatakan hukum hadith ini adalah munqathi’. [Lihat: ‘Umdah al-Qari, 11:116]
Sumber info:
Terima atas perkongsian info yg dpt menafaatkan kita semua.marikah kita sama2 mula persiapkan diri utk menerima kehadiran bulan Ramadan Almubarak.mmg zaman kita kecik sgt bergantung pada cahaya bulan manakala skrg kengkadang smpi tak sedar bulan mengambang
ReplyDeleteBetul tu.Sekarang kalau tak perati memang tak perasan kehadiran bulan kerana cahaya neon lebih mendominasi.
DeleteUntung sikit sebab bilik tidur saya mengadap kiblat ,kalau bulan mengambang memang cahaya terus dari jendela menyuluh muka yang sedang tidur.Hihihi
Allahu Akbar! Semakin dekat dengan Ramadhan Al-Mubarak.
ReplyDeleteCantik sungguh gambar bulan dari lensa kamera handphone itu
In sha Allah semoga kita dipertemukan Ramadhan kali ini.
DeleteGambar cantik sikit sebab try phone baru hadiah dari anak bujang.Katanya kesian tengok handphone lama saya gambarnya dah macam orang rabun malam..hihihi
Salam nisfu saaban
ReplyDeleteSalam kembali
DeleteDah dok bau2 ramadhan.
ReplyDeleteTak sabar nak gali pahala di bulan yg berkah ini..❤️
in sha Allah...
DeleteSemoga Ramadhan ini menjadi Ramdham terbaik untuk kita
Salam Nisfu Syaaban.
ReplyDeleteSalam juga untuk Fairus..
DeleteSemoga ada rezeki bertemu Ramadhan