Saturday 20 February 2021

PULUT SAMBAL BILIS

Rasa macam dah lama tidak berpulut. Semak oldpost.. Heee.. Lama la jugak,dah 2 minggu lebih. Last masak pulut, cuti Hari Wilayah 1 Februari hari tu. Lama la tu bagi  sticky rice  lover macam saya. Hihihi


Makanya malam tadi merendam pulut & pagi ni bersarapan pulut sambal ikan bilis vs kopi O. Gabungan yang sedap sungguh pada tekak saya. 


Saya jarang masak pulut tanak kecuali kalau makan dengan durian sebab on the spot nak makan. Biasanya saya suka kukus sebab lebih sedap dan cantik pulutnya sebiji-sebiji serta tidak berkerak. Cuma kena plan awal la kalau nak buat pulut kukus. Kena rendam pulut dulu sekurang-kurangnya 3,4 jam. Kalau plan nak makan pagi rendam la malamnya. Kalau nak makan petang, pagi pun sempat lagi rendam. Cuma guna extra santan supaya lembut. Santan haruslah santan segar baru sedap & berkilat. Kalau santan kotak, nanti pulutnya kusam tidak berkilat & bau pun tak la seharum santan segar. Hari ni saya guna 1/2 biji kelapa parut putih diblend degan 2 cawan air dan perah. Saya suka beli kelapa parut putih sebab bila perah santannya bersih tiada bintik hitam. 

PULUT LEMAK
1kg  beras pulut- rendam semalaman
3 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam & 1 sudu besar  gula
2 helai pandan

1. Beras pulut yang dah rendam,kukus sampai masak
2. Masa masih panas tuangkan dalam mangkuk besar & gaul dengan santan yang dah campur garam & gula.
3. Mula gaul memang nampak berair tapi jangan risau sebab nanti pulut tu akan serap santan & pulut akan jadi cantik & berkilat.
****Tips supaya tahan tidak basi sampai ke malam... Lepas gaul santan kukus semula TETAPI JANGAN TUTUP pengukus.. Biar naik wap & wap tidak terperangkap. Jika selepas gaul santan jika dikukus semula  dgn menutup pengukus, pulut akan lembik dan cepat muak bila dimakan 


SAMBAL BILIS SIMPLE
1mangkuk bilis bersih
1 mangkuk cili blend
1 bawang besar +5 bawang putih (blend bersama) 
1 asam keping
1 sudu teh garam
1/4 keping gula kelantan (2 sudu gula melaka hiris) 
1 cawan minyak

1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga garing
2. Dalam kuali berisi minyak & ikan bilis goreng tu terus masukkan cili blend, bawang blend & kacau bersama ikan bilis hingga  mendidih. 
3. Tambah asam keping, garam, gula & masak hingga naik minyak. Sesuaikan rasa. 


Pulut sambal bilis  vs kopi 0



اَللّٰهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَالنار

8 comments:

  1. Okey, nanti sy nak tiru menu ni sebijik2 ikut resepi, tapi kena panggil orang datang rumah la, baru best makan ramai2.

    Iman tak balik poli, sem 4 ni masih kelas online start Mac nanti, insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau panggil orang datang lg feel masak pulut kuning. Pulut kuning vs sambal bilis pun sedap.

      Owh, ingatkan sekolah buka, poli buka jugak.. Cella pun start sem 3 bulan Mac ni tapi tak tau lagi juga boleh balik ke tak. Semoga dipermudah urusan anak-anak semua

      Delete
  2. Hari ini ramai yang mengentri makanan nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Masing-masing pakat masak puas-puas wak, sebelum anak-anak naik sekolah & PKP pun dah nak habis. Hihihi

      Delete
  3. Habis dah pulut kuning rendang daging di dapur saya. Datang sini jamu mata dengan pulut sambal bilis pula.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya,akak suka je pulut tapi tak biasa buat untuk sarapan .Terimakasih perkongsian cara kukus pulut,boleh ikut cara mak cella ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sarapan hari cuti ok la kak. Kalau hari kerja, nasib la
      Sebab makan pulut cepat menagntuk.. Hihihi

      Delete