Wednesday 20 January 2021

UBI KELADI REBUS vs KOPI O

 

Jom makan Ubi Keladi Rebus


Saya guna Keladi Cina
Tak tau la kenapa nama Keladi Cina
Keladi Melayu, Keladi India ada tak? 
Hihihi

Agaknya sebab orang Cina memang suka keladi ni kot sebab masa beli ramai yang beli tu asoh & nyonya
Tak tau la pula depa masak apa. 
Saya tahu rebus & masak kari sahaja keladi ni. Nak goreng selalunya saya guna keladinThailand @ Indonsesia yang lebih besar


Ubi Keladi ni midah empuk tapi tekstur dia macam belendir skit tapi saya suka

Nak kopek kulit pun senang bila dah rebus. 
Saya makan dengan kelapa+ sikit garam. Kat tepi tu gula perang. Kalau dulu makan ubi rebus kelapa, garam & gula mak saya ajar gaul sekali semuanya. Gula pun mak saya biasa pakai gula putih. Tapi sekarang saya suka guna gula perang. Minuman pun gula perang. Cuma lain jenis la. Makan ubi dengan gula perang ni 1st time saya makan bila ex cleaner dulu Kak Sariah yang ajar. Dia bawa ubi rebus ajak saya makan. Tengok kelapanya tak dicampur gula tapi dia asingkan & guna pula gula perang. Kak Sariah tu orang Indonesia tapi dia kahwin dengan orang sini. Kak Sariah tu  senior banyak tahun umurnya dari saya tapi wajah & badannya memang tak dimakan usia. Kalai banding dengam saya macam saya pula kakak.. Hihihi. Apalah rahsia Lak Sariah tu. Dia dah lama berenti kerja bila suami dia Pak Malik yang juga jaga kat tempat kerja saya tu bersara. Mereka pasangan yang sejuk mata memandang. Satu yang saya nampak Kak Sariah tu dia kerja tak merungut & jaga solat dan auratnya. Pak Malik pun pernah bercerita masa saya berbual dengan mereka, Kata Pak Malik walau Kak Sariah kerja cleaner & Pak Malik kerja jaga tapi duit gaji kak Sariah dia tak pernah usik. Kata Pak Malik duit simpanan kak Sariah kalau nak pergi umrah & haji lebih dari cukup. Menurut Pak Malik Mereka belanja ikut kemampuan. Ayam yang dibeli seekor dibahagi 4 & ada banyak jugak la tips mereka. Yang pasti jelas konsep barokah. Ada antaranya saya inpire untuk manage perbelanjaan keluarga saya.Semoga mereka dimidahkan urusan dunia dan akhirat




Makan ubi rebus wajib la ada Kopi O
Baru kaw.... 

6 comments:

  1. Keladi jenis ini kami panggil keladi mbote. Sedap direbus begitu saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... Mbote.. Jenuh saya cuba sebut.. Hihihi

      Delete
  2. Kaw nya kopi tu kak.. mmg sesuai sgt mkn dgn ubi rebus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kaw baru feel nak minum. Lagi satu saya hanya akan minum panas-panas. Kalu dah sejuk tak sedap. Cuma sebab migrain ni dah kena kurangkan.. Bancuh secawan tapi selalunya kongsi dengan cella

      Delete