Saturday 30 January 2021

TERUNG PIPIT SAMBAL CILI PADI


Terung pipit ni kalau kat kampung tak dipandang sangat pun. Kalau zaman kanak-kanak lagi la, tiap kali mak masak sambal bilis letak terung pipit, eiiiiii tak sukanya. Susah nak cari ikan bilis yang jarang-jarang  dalam sambal tu. Penuh dengan terung pipit yang mostly kanak-kanak & remaja tak suka & tak akan pernah nak cuba mencari kesedapan rasa terung pipit ni. Hanya tidak suka & tidak akan suka!!! 


Tapi benarlah pesan cerdik pandai. 
"jangan terlalu membenci akan sesuatu, kelak nanti sayang kemudiannya" 


Maka benarlah juga dengan terung pipit yang semua penduduk kampung saya panggilnya sebagai Terung Belanda ini. Ia telah menjadi kesukaan saya sejak bergelar mak-mak. Dulu memandang pun tak sudi. Kini tercari-cari. Asal jumpa mesti beli. Kalau mahal, beli sikit.. 



Saya masak sambal guna cili padi & ikan bilis pun saya blend juga sekali bersama. Cili & bawang.
Saya guna cili padi dalam 1 cawan, bawang besar sebiji, bawang putih 3 ulas & sacawan bilis bersih. Asalnya nak blend kasar-kasar. Tapi terhalus juga walaupun hanya 2 kali on.. Panas minyak & tumis bahan blend. Campak sekeping asam, garam& secubit gula. Dah mendidih, campakkan terung pipit & tambah secawan air biar mendidih supaya terung empuk lembut. Kalau cara saya ni kena biar mendidih lama nak kasi terung lembut. Ada yang goreng dulu terungnya supaya cepat dimasak. Tapi saya kurang gemar nak goreng dulu sebab nanti terungnya akan  kemek & jadi kedut-kedut. 


Kalau masak tanpa goreng memang lambat sikit, tapi terungnya cantik  ploles macam pakai kolojen. Hihihihi.. Masak tak banyak pun. Tapi macam banyak la jugak.Lagipun saya sorang sahaja makan terung ni.Anak-anak takdak sorang pun nak makan. Rasanya lagi 20 tahun depa akan tercari-cari la terung ni macam saya sekarang. Zaman dulu tak makan, dah tua suka makan. Kalau menurun kepada mereka, nanti depa akan tau kesedapan terung ni.. Hihihi


Lauk ni untuk saya layankan selera saya.. Anak-anak depa makan lauk ayam. 
 




13 comments:

  1. Sekarang nak makan terung pipit kemain susah nak dapat. Tak sangka buah terung pipit yang kita suka main lastik burung waktu kecik2 dulu dah naik sahamnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan cikgu. Banyak flora dan fauna zaman kita kanak-kanak dulu kini mempunyai tempat istomewa di hati kita

      Delete
  2. Ape rasa terung ni kak..saya tak pernah makan terung pipit ni 😅. Tapi kalau tumis pedas camtu mesti sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi pada saya, kalau betul2 empuk baru saya makan sebab kalau tak empuk ada rasa maung sikit. Kalau yang memtah memang saya pun tak makan.. Hee.. Dah empuk feel pula bila kunya ada letusan kecil dalam mulut. Kena rasa dulu Jaja baru tau.. Hihihi

      Delete
  3. Sy x penah rasa terung pipit ni.. xtau lah kt sini panggil apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam nama terung ni yang saya baca la. Indon panggil tekokak. Nanti kalau Mim dah tahu nama panggilan orsng Sarawak, share tau

      Delete
  4. Kat tempat wak banyak lagi pokok terung pipit ni tumbuh meliar.
    Kalau kat padang ragut, memang wak tebaslah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish.. Seronoknya masih banyak pokok terung ni. Macam saya bokeh bayangkan pula pokoknya. Rebus buat ulam pun sedap wak. Masak lemak cili api pun sedap

      Delete
  5. Karang lagi doploh tahun berapa agaknya harga terung pipit tu sebungkus ya..??

    Sy belum lagi jadi penggemar terung pipit, tapi terung ungu masak berlado tu memang favourite la, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Masa tu boleh jadi lagi mahal tapi tak mustahil lagi murah sebab sekarang ramai dah rajin berkebun sejak PKP.. Hihihi.

      Delete
  6. Terung ni dolu kita buat peluru main tembak2...org dulu kalu masak pesen depa sama ja....org sekarang boleh olah masak jadi sedapkannnnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Naz, dulu buat peluru senapang papan. Terbayang lagi senapang kayu/papan tu.Tpai tu la dulu zaman kanak-kanak tak makan terung ni.. Hihihi

      Delete
  7. kalau arwah mak saya terung tu di rebus dulu dan di pecah2kan dgn anak lesung dan kemudian di gaul dengan sambal kelapa berencahkan ikan bilis atau udang kering dan di perahkan limau.kami anak2 memang tak makan lah.cuma ambil sambal kelapanya aje

    ReplyDelete