Monday 18 January 2021

MASAK NASI AMBENG

 Assalamualaikum ..Apa kabar ya bunda-bunda semua.Harap semuanya sihat-sihat aja ya..(baca dalam sleng Indon ya) hihihihi.Tetiba lidah saya bertukar dialek...sebab sudah makan Nasi Ambeng.

Hari ni saya tak masak,masih ditempat kerja ni  tapi Adah cakap dia dah order lnch untuk semua sebelum gi kerja.Alhamdulillah....

Nak ceritanya semalam...saya masak Nasi Ambeng

Semalam weekend ...Semua off semalam.Semua da kat rumah.So,saya plan nak masak something special.Maklumlah sudah agak lama makan masing-masing kerana kesibukan masing-masing dengan kerja & belajar.Terlanjur saya sudah masak Serondeng Kelapa,automatic tertingatkan Nasi Ambeng.

Maka gigihlah saya masak Nasi Ambeng.Siap minta Adah ke kedai carikan bahan yang tak cukup & yang penting kena ada daun pisang sebab saya nak feel betul-betul Nasi Ambeng..hihihi


Plan asal saya nak makan ber4 beranak dalam dulang besar.Tapi sayang dulang takdak.Nyiru besar bulat tu pun masa buat pameran saya lupa bawa balik.Maka makan la dalam pinggan memasing.Tapi still alas daun pisang



Seronok rasa bila semua anak-anak tak sabar nak makan.Adah 2 kali tanya tak boleh makan lagi ker dah pukul 12.45 tengahari sebab maknan dah siap hidang.Tapi sebab Cella sedang online class.Trengganu kan Ahad kerja/sekolah.Maka  dari pukul 8.30 pagi.Kelas akan habis pukul 1.00 & akan sambung semula pukul 2.30.Maka saya suruh semua bersabar hingga pukul 1 supaya semua dapat makan sama-sama.Nasi Ambeng akan lebih sedap makan sama-sama.Kalau makan sengsorang  dah tak ambeng dah..hihihihi


4 pinggan Nasi Ambeng menanti untuk dinikmati.Selalunya saya beli Nasi Ambeng yang sedap kat Pasar Tani Permaisuri.Tapi sebab sudah beberapa kali kecewa kerana bila pergi situ ,penjual Nasi Ambeng tu dah takde.Sebelum ni pernah beberapa kali juga saya masak sendiri Nasi Ambeng dan Cella dah pernah post NASI AMBENG....kat sini

 So, dah setting kena siapkan beberapa lauk...Nasi putih juga jangan lupa tanak

AYAM KICAP
1/2 ekor ayam
2 biji kentang
5 cili padi
1 sudu teh pes asam jawa
1 bawang besar hiris bulat
1 pokok daun bawang
1 pokok daun sup
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar rempah masak kicap
Secukupnya minyak

Bahan Blend
10 cili kering
1/2 bawang besar

 

1. Ayam digaul garam dan serbuk.kunyit
2. Goreng ayam sekadar untuk baginmasak..Tak perlu garing
3. Kentang potong bulat dan goreng
4. Panaskan 3 sudu minyak dak tumis rempah masak kicap..Kalau xde rempah masak kicap gantikan dengan rempah tumis sup tulang.
5. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
6. Masukkan kicap manis dan pes asam jawa yang dibancuh bersama 1 gelas air..biar mendidih.Masukkan juga cili padi
7. Masukkan ayam goreng dan kentang goreng..
8. Bila nampak pekat sesuaikan rasanya..
9. Sebelum matikan api masukkan bawang besar,daun sup dan daun bawang

 

SERONDENG KELAPA
1 biji kelapa parut putih
1 asam keping
1 ketul gula Melaka- hiris
1 sudu teh garam
3 helai daun limau purut
1/2 kotak kecik santan ( 1/2 cawan santan pekat)
1 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu minyak

Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 cawan ikan bilis belah ( buang tulang)
1 bawang besar
3 bawang putih
3 hiris kunyit
3 hiri lengkuas
1 batang serai

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend + serbuk kari ( bancuh bersama)
2. Tambah asam keping, garam dan gula Melaka
3. Sesuaikan rasa dahulu sebelum masukkan kelapa parut putih..
4. Tambah santan pekat dan daun limau purut.
5. Sentiasa kacau seperti menagacau nasi goreng supaya bahagian bawah tidak berkerak.
6. Perlahankan api dan terus sangai sehingga berderai..

Pesan mak aku:

* Tujuan dimasukkan sangan pekat supaya serondeng menjadi lebih lemak dan lembab




ARAP ULAM

1ikat daun selom

1 ikat daun pegaga

1 bawang besar-hiris

1 cawan kelapa parut putih

1 batang serai- hiris halus-halus

½  limau nipis

1 sudu teh garam

1 sudu makan gula perang

 

Bahan Tumbuk:

5 cili padi merah

3 biji ubi kencur /cekur

 

1.       Ulam dihiris kasar supaya lebih sedap

2.       Kelapa digaul bersama bahan tumbuk,garam gula & limau nipis

3.       Gaulkan semua ulaman & bahan lain & sesuaikan rasa

 

 

SAMBAL GORENG

2 keping besar tempe-hiris & goreng

1 tauhu- hiris & goreng

2 niji kentang –dadu kecil & goreng

1 cawan isi ayam –dadu( patutnya guna udang)

½ cekak suhun –rendam kembang

3 batang fucuk- rendam & hiris

15 batang /kacang panjang- hiris nipis

2 cili hijau- hiris

2 cili merah-hiris

1 sudu teh  garam

¼ cawa minyak

 

 

Bahan Tumbuk/blend :

1 bawang besar

5 bawang puih

1 batang serai

1 ketul kecik halia

Sikit ikan bilis

 

1.       Panaskan minyak & tumis isi syam yang digaul garam & sikit kunyit

2.       Bila ayam garing masukkan bahan tumbuk & goreng hingga harum

3.       Masukkan bahan yang sudah digoreng,cili hiris,fucuk & suhun.

4.       4. Tambah sikit air supaya suhun tidak melekat.

5.       Bila sudah kering,ambah  kacang buncis,garam & kacau rata

6.       Masak sekejap sahaja supaya kacang buncis kekal rangup & sesuaikan rasa

 

Dah siap 4 lauk ni ,saya terfikir-fikir apa lagi yang kurang....


Owh...ikan masin.Selalunya orang gunakan ikan masin bulu ayam tapi saya hanya ada ikan puyu masin kering ni yang mak saya bekalkan minggu lepas.Ikan -ikan masin & pekasam yang mak saya sedikan memang bersih tanpa sedikitpun kesan darah sebab mak saya memang sediakan berus gigi khas untuk bersihkan ikan-ikannya.Bukan berus gigi terpakai yer..hihihi.Mak memang beli berus gigi yang murah khas untuk cuci ikan. Sekarang ni dah ada kedai 2 ringgit tu memang mak beli sepaket besar berus gigi.Sebaghagian stok untuk tuannya.Beberapa batang lagi untuk bersihkan ikan.

Dah siap semua isikan nasi & lauk pauknya ,saya rasa macam dah cukup lengkap setnya.Sekali,Cella tanya mana mee goreng?

Alamak, saya lupa suruh Adah beli mee.Nak goreng mihun macam lambat la pulak,dah lapar ni,


Teringat stok megi yang banyak.Hahahahaha...saya buat megi goreng.Derhaka la sikit yer.Jangan marah Javanese semua sebab saya guna megi kari brand Maggi tu & goreng simple sahja.tapi megi goreng ni pula jadi rebutan anak-anak..hahahah



Daun pisang Adah dah belikan,Saya koyak ikut saiz besar sikit dari pinggan & layur supaya tidak koyak & au harum





Seua bahan dah ready




Siap 4 set Nasi Ambeng...Sapa nak tambah nanti,pepandai la campur sendiri.LAuk-pauk banyak lagi.Ni kira menu ampai malam tau!



Siap..Setiap set ada 

- Nasi

- Ayam Kicap

- Urap

- Goreng 

- Ikan Masin

- Serondeng Kelapa

- Mee Goreng ( sebenarnya megi goreng)

Alhamdulillah rasa puas yang amat makan tengahari.Kenyang sampai ke malam

Tapi malam saya tetap makan juga sebab tak nak nyesal.Bukan selalu buat Nasi Ambeng ni.Hihihi 

Ok..nak solat jap...jap lagi nak sambung  buat kerja



14 comments:

  1. Mula ingatkan kenapa ada onde2 dalam nasi ambeng Mak Cella, rupanya urap, sedap jugak tu penambah selera.

    Sy pun semalam lunch nasi ambeng, tapi beli.. belum masukkan lagi ceritanya, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Kan.. Bafu perasan memang ada macam onde2 buah Melala tu la..

      Delete
  2. Wow best nya ambeng anak beranak ni...kau ilhamku mak cella😘

    ReplyDelete
  3. Sebelum ni akak kalau buat kenduri tahlil memang masak nasi ambeng..senang takpayah cuci pinggan mangkuk.Lagipun dorang makan sikit je,lepas tu bungkus sendiri untuk dibawa balik .Jadinya masa kita hidang tu sediakan juga plastik dan bekas utk bungkus makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah dengar cerita orang Jawa buat tahlil hidang nasi ambeng.Tapi tak pernah lalu pengalaman tu. Hanya makan sendiri beli atau masak sendiri
      Mesti nasi bacaan tu feel & sedap dia lain kan..

      Delete
  4. rajinnya mak masak nasi ambeng., opo wong jowo yo? hehehe

    ReplyDelete
  5. Ya Allah! Sedapnya nasi ambeng. Lauk pauknya semua menyelerakan... ayam masak kicap, sambal goreng, serunding!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Javanese mesti tidak asing dengan nasi ambeng kan cikgu... Saya yang bukan makanan kebiasaan saya pun suka sangat nasi ambeng.

      Delete
  6. Aduh aduhhh rajinnye mak cella ni.. kite yg orang jawa ni pun tak pernah lagi buat nasik ambeng sendiri kak.. sedap betul nampaknye tuuu. Kalau dekat, dah hulur tipuware dahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... Sebab bukan Jawa la saya kena masak sendiri. Kalau Jawa untung, dapat makan bila ada majlis tahlil yer.. Seronoknya tengok keakraban dalam masyrakat Jawa

      Delete
  7. Nampak sedap kejadiannya
    Kalau wak jumpa ikan puyu kering ni, meratah ajelah jawabnya
    10 ekor pun boleh habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Mak saya banyak buat ikan puyu kering sebab memancing.
      Iwak lele garing uga enak wak.. Hihihi

      Delete