Minggu lepas hari Jumaat tu masa mak saya masak sambal udang, mak minta saya masakkan pucuk ubi masak lemak cili api dengan ikan. Padahal hari Khamis tu masa makan rumah Achik, dah makan masak lemak ikan dengan pucuk ubi.. Hihihi
Tapi ikan yang saya masak tidaklah secantik Achik masak hari Khamis tu. Ikan yang Achik masak cantik tak terkopek kulitnya
Saya masak ni agaknya lama sangat & saya suka kacau. Lagi pun banyak sangat pucuk ubi. Hihihi dah boleh salahkan pucuk ubi, buat apa nak cakap salah sendiri yang tak pandai.. Kan... Hihihi.
Haaaa... Mana lah ikan tu nak cantik. Asyik mengacau ja.. Pucuk ubinya pun melambak.....Hihihi
MASAK LEMAK CILI API PUCUK UBI
1 cekak pucuk ubi
2 ekor ikan temenong lemak
2 cawan pati santan
1 batang serai - ketuk
1 asam keping
1 sudu teh garam
Bahan Tumbuk:
10 cili padi
2 bawang merah
Sikit bilis.
1 kunyit hidup
1. Jerang 2 cawan air, serai & bila mendidih, masukkan pucuk ubi.
2. Bila pucuk ubi lembut, tambah santan, garam, asam & bahan tumbuk
3. Masukkan ikan dan balik-balikkan hinga ikan masak
4. Sesuaikan rasa
Goreng juga 3 ekor ikan lampam pekasam.Tapi tak perasan tak snap pic pun.
Meriah menunya, tentu masing2 makan penuh selera
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteTapi tu la...
Kalau dok kampung kesian kat perut la.. Tak pernah tak penuh.. Hihihi
Sedap giler lemak cii padi ikan kembung dengan pucuk ubi... terliur pulak!
ReplyDeleteKan cikgu.. Lagi sedap sebab temenong ni versi lemak pangkoq
DeleteSeronok la nenek makan sebelum semua kena kurung (pkp)😷
ReplyDeleteHihihi betoi...
DeleteAlhamdulillah...
sedapnya lemak pucuk ubi tuu tambah pulak di makan dgn ikan pekasam.aduh terliur saya.saya pun esok nk masak lemak ikan pelaling yg lebar tu tapi letak kacang panjang.
ReplyDeleteMasak lemak dengan kacang panjang pun sedap. Kena plak dengan ikan masin @ pekasam..
DeleteSedap masak lemak pucuk ubi tapi akak tak pernah pulak taruk ikan ...nak try juga lah.
ReplyDeleteCampur ikan ni kira 2 in 1 la... Boleh makan ikan dan sayur😁
Delete