Thursday 14 January 2021

MASAK LEMAK CILI API IKAN KEMBUNG + PUCUK UBI KEBUN MAK

Minggu lepas hari Jumaat tu masa mak saya masak sambal udang, mak minta saya masakkan pucuk ubi masak lemak cili api dengan ikan. Padahal hari Khamis tu masa makan rumah Achik, dah makan masak lemak ikan dengan pucuk ubi.. Hihihi


Saya masak jugak la sebab ikan mak dah beli dah siap siang dan basuh bersih. Pucuk ubi pun mak dah siap petik


Tapi ikan yang saya masak tidaklah secantik Achik masak hari Khamis tu. Ikan yang Achik masak cantik tak terkopek kulitnya
Saya masak ni agaknya lama sangat & saya suka kacau. Lagi pun banyak sangat pucuk ubi. Hihihi dah boleh salahkan pucuk ubi, buat apa nak cakap salah sendiri yang tak pandai.. Kan... Hihihi. 


Pucuk ubi dari belakang rumah. Mak dah siap petik


Semua lembut dan segar.. 



Ikan jenahak & ikan temenong lemak pangkoq.. Ikan jenahak tu masak kari dengan ubi kemili tu. 


Haaaa... Mana lah ikan tu nak cantik. Asyik mengacau ja.. Pucuk ubinya pun melambak.....Hihihi

MASAK LEMAK  CILI API  PUCUK UBI 
1 cekak pucuk ubi
2 ekor ikan  temenong lemak
2 cawan pati santan 
1 batang serai - ketuk
1 asam keping
1 sudu teh garam

Bahan Tumbuk:
10 cili padi
2 bawang merah
Sikit bilis. 
1 kunyit hidup

1. Jerang 2 cawan air, serai & bila mendidih, masukkan pucuk ubi. 
2. Bila pucuk ubi lembut, tambah santan, garam, asam & bahan tumbuk
3. Masukkan ikan dan balik-balikkan hinga ikan masak
4. Sesuaikan rasa



Selain Pucuk Ubi Lemak Cili Api.. Mak saya masak sambal udang petai



Wajib la ada ikan goreng. Ikan temenong lemak pangkoq.. 
Goreng juga 3 ekor ikan lampam pekasam.Tapi tak perasan tak snap pic pun. 


Ulam segar dari belakang dapur. Pucuk kaduk, pucuk selasih, ulam raja & bayam brazil. 

Cabai tumbuk terlupa la pulak nak snap

10 comments:

  1. Meriah menunya, tentu masing2 makan penuh selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Tapi tu la...
      Kalau dok kampung kesian kat perut la.. Tak pernah tak penuh.. Hihihi

      Delete
  2. Sedap giler lemak cii padi ikan kembung dengan pucuk ubi... terliur pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan cikgu.. Lagi sedap sebab temenong ni versi lemak pangkoq

      Delete
  3. Seronok la nenek makan sebelum semua kena kurung (pkp)😷

    ReplyDelete
  4. sedapnya lemak pucuk ubi tuu tambah pulak di makan dgn ikan pekasam.aduh terliur saya.saya pun esok nk masak lemak ikan pelaling yg lebar tu tapi letak kacang panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak lemak dengan kacang panjang pun sedap. Kena plak dengan ikan masin @ pekasam..

      Delete
  5. Sedap masak lemak pucuk ubi tapi akak tak pernah pulak taruk ikan ...nak try juga lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Campur ikan ni kira 2 in 1 la... Boleh makan ikan dan sayur😁

      Delete