Monday 11 January 2021

EMPING PULUT PASAR KEMBOJA @PENDANG

 Pagi Jumaat, 3 hari yang lepas ke Pasar Kemboja @ Pendang. Kalau balik Kedah & hati Jumaat pula, wajiblah tentatofnya ke Pasar Kemboja. Selain visi membeli pakaian, saya pastinya akan mencari emping pulut, salah satu makanan tradisioanal Kedah. 

Sebelum wujudnya cornflake untuk sarapan pagi, yok nenek kita dah sarapan dengan riceflakes... Hihihi


Emping Padi Pulut. 
Setiap kali makan emping ni saya akan terbayang suasana mengemping masa zaman kanak-kanak
Emak saya selalu juga buat emping masa saya masih sekolah rendah. Untuk membuat emping harus gunakan padi pulut. Padi pulut pula tidak boleh terlalu masak nanti berasnya keras. Tidak boleh terlalu muda nanti isinya belum terbentuk. Padi yang terlalu muda isinya berupa cecair putih susu & pada waktu inilah serangga musuh padi suka menyerang untuk menghisap /menyedut cecair/susu padi yang lemak manis. Waktu inilah penjagaan sangat penting agar tidak diserang serangga. Jika padi sudah disedut cecair susunya, nanti tiadalah menjadi beras sebaliknya hanya kulit padi kosong yang dipanggil "hampa". Agaknya inilah wujudnya perkataan hampa&kecewa. Hihihi. Selepas padi dituai petani akan menampi padi untuk asingkan padi yang berisi & yang hampa.....

Kalau padi katakan padi, 
Tidaklah hamba tertampi-tampi, 
Kalau sudi katakan sudi, 
Tidaklah hamba ternanti-nanti... 
(haaa jawab...) 🤭

Untuk dijadikan emping hanya padi yang masih hijua tapi sudah hampir kuning atau padi antara masak sahaja yang digunakan... Seperti dalam lagu Gurindam Jiwa.. "Tuai padi antara masak..." 
(banyak pula kaitannnya kan..) 

Padi yang separuh masak tadi diketam menggunakan sejenis alat dinamakan ketaman. Rupa ketaman tu memang unik seakan perahu kecil sebesar tapak tangan& mempunyai mata blade (bagi yang tak pernah lihat tak perlulah bayangkan kerana memang sukar nak dibayangkan) hihihi. Senang cakap.. alat ni untuk tuai padi emping sahaja. Kalau tuai padi biasa ada sabit khas yang lain pula. Padi emping dituai pada leher padi sahaja & bukan pada batang padi seperti menuai padi matang. Tangkai-tangkai buah padi pulut itu di "irik" hingga lerai padinya. 

Padi pulut yang sudah lerai itu disangai dengan api perlahan sambil dikacau tanpa henti. Bila padi sudah mula meletus kecil @ setengah masak, padi pulut sangai itu akan segera ditumbuk sehingga leper membentuk emping. Kena tumbuk masa panas-panas semasa isinya masih lembut supaya leper menjadi emping. Kemudian ditampi bagi memisahkan kulit padi & isi emping. Barulah dicampur kelapa, sikit garam d sikit gula & digaul sebelum boleh dimakan. Kerjanya memang rumit & leceh tapi itulah nikmatnya kesusahan. Paling sedap ialah"ringgi". Ringgi seakan emping tapi tidak kemek & kenyal bila dimakan. Ringgi lebih rumit kerana menggunakan padi pulut yang isinya  baru mula hendak mengeras menjadi beras. Prosesnya seperti emping tapi padinya masih hijau & isinya masih lembut. Biasa aktiviti menumbuk emping dilakukan pada malam hari ketika bulan mengambang. Bunyi antan & lesung bertingkah menghasilkan irama yang unik. Bunyi tumbuk padi & tumbuk emping berbeza iramanya walaupun dalam lesung yang sama. Bunyi tumbukan emping lebih nyaring. Tang, ting, tung, tang ting, tung. bunyinya. Saya tidak tahu mengapa emping ditumbuk waktu malam, tapi saya andaikan mungkin untuk elakkan gangguan anak-anak yang sibuk nak meratah emping.. Hihihi. Kalau buat malam, esoknya anak-anak bangun pagi disajikan sarapan emping + kelapa bersama kopi 0.. Huh... nikmatnya. Tambah-tambah kalau hari hujan. 

Ni Emping Kelapa kat Pasar Kemboja @ Pendang. Emping plain  yang sudah dikeringkan ada sahaja dijual di Pekan Rabu Alor Setar. Boleh beli & balik camputkan kelapa, garam & gula.Biarkan 1/2 jam supaya mesra & emping lembab. Tapi pastinya emping segar yang baru dibuat lebih terasa nikmatnya. 


Emping ini tidak pernah tidak menarik selera saya. Biar 10 kali ke Pasar Kemboja, maka 10 kali juga saya akan mencari & membelinya


Kali ini saya dapat membeli yang betul-betul segar kerana panjualnya baru sahaja membuka gerai jualan


Selain emping pulut, turut dijual kerabu jagung kelapa manis, Emping + jagung manis, Tiwo Ubi Kayu & kuih muih tradisional


Tiwol ubi kayu ni juga memancing selera

Tapi saya hanya beli emping & kerabu jangung kelapa manis. 1 bekas hanya rm2. 50..Sangat berpatutan kerana bagi saya.. Kerana saya bukan sekadar membeli emping tapi juga memborong bersama gamitan kenangan masa silam.. Rindunya hati pada masa & kenangan yang pernah dilalui. 

Jagung gaul kelapa, garam & gula ini juga sangat menggamit nostalgia kerana dulu emak rajin menyediakannnya sebagai sarapan pagi terutama ketika emak bertanam jagung di huma. 


Campuran emping & jagung juga turut dijual. Semua sedap dinikmati sambil mengimbau kenangan.... 

7 comments:

  1. Replies
    1. Tu la..sesuai la dengan selera kita yang umur dah banyak ni.. Hihihi

      Delete
  2. Seronok baca nostalgia akak dulu². Saya walau membesar di kawasan sawah padi, tapi tak pernah main selut lumpur bendang. Mungkin sebab abah saya kakitangan awam, buat bendang sebagai sampingan je. Ade la sekali dua main kat palong, tapi pastu semua terkujat sebab jumpa belut 😂😂. Pastu memang takde pi sawah lagi dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang anak kampung pure yang tinggal dikawasan agak pedalaman.Seronok tu pengalaman Jaja main kat palong boleh mandi.. Hihihihi. Kampung saya takdak palong. Hanyabharap air hujan semulajadi untuk penanaman padi. Tapi carok & parit banyak la memjadi habitat ikan darat.. Hutan pula, buah-buahan nadir pun banyak. Tapi itu dulu.. Huhuhu

      Delete
    2. Ye..sawah padi belah utara memang xde palong kan..hanya ade batas je utk sempadan sawah. Masa kat uum dulu, ade kawan mengeluh sebab bendang mak dia, batas tenggelam. Masa tu pelik jugak, dah lama tu baru taw sawah kat utara tak sama sistemnye dgn kat selangor 😅

      Delete
  3. teringat zaman sekolah dulu2 tumbuk emping waktu mlm....dulu kerat padi pun sblh mlm, masa bulan mengambang, semua kaum kerabat turun ke petak(bendang/sawah) termasuk budak2, yg pompuan kerat padi yg jantan mukui padi...syahdunya kenangan tersebut

    ReplyDelete
  4. Betoiii... Seronok kan kerat padi malam-malam tak panas. Dulu-dulu tak takut sebab jarang dwngar orang jahat @ perkara2 tak diingini. Paling pun takut binatang berbisa @ takut hantu sahaja. La ni takut kat orang..

    ReplyDelete